Friday, November 12, 2010

Ketika ini saya terbayangkan...


Pagi ini dalam perjalanan ke ofis hujan renyai-renyai. Ketika jam menunjukkan jam 10pagi cuaca masih mendung dan sejuk. Saya yang agak kemalasan pagi ini hanya mengelamun sahaja. Pandang ke luar tingkap melihat pokok-pokok yang hijau terus teringatkan Frasier Hills.



Saya berkesempatan berada di sana beberapa tahun lalu. Cuaca ketika itu seperti hari ini. Cuma di sana sudah tentu lagi sejuk. Selepas melalui jalan yang bengkang bengkok untuk sampai di sana hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah hujan tidak turun ketika dalam perjalanan di jalan yang agak merbahayakan. Teringat juga bagaimana saya menahan diri dari muntah keluarkan segala isi perut.




Saya di sana ketika cuti sambutan Krismas. Hotel penginapan penuh dengan hiasan krismas dan memasang lagu2 krismas. Terasa sekejap berada di luar negara. hahaha perasan!!




Memori paling best ketika di sana adalah masa breakfast. Turun ke coffee house pagi itu dalam cuaca yang sejuk. Saya memilih meja yang berhampiran dengan taman bunga hotel tersebut. Saya boleh lihat bunga ros yg sedang mekar di taman tersebut. Cuaca yang sejuk serta alunan lagu2 romantik di coffee house betul2 mengasyikkan.

Terasa seperti sekarang juga mahu ke sana...hhmmm tapi memikirkan perjalanan yang terpaksa melalui jalan bengkak bengkok untuk ke puncak mematikan segala keinginan. Dengan keadaan tengah mengandung dan mudah pening, loya & muntah ini sudah tentu anda boleh jangka apa yang akan terjadi bila melalui jalan seperti itu.

Bagi saya Frasier Hill sesuai untuk orang yang betul-betul mahukan ketenangan dan mahukan rehat dan relax. Sesuai juga untuk berhoneymoon dalam suasana romantik. Hanya menghabiskan masa berjalan berpegangan tangan sambil menikmati udara segar dan dingin. Romantic abis!!

Bie..bila lagi boleh kita "beromantic" macam tu?? Lama dah tak gi holiday ni....

p/s: Semua gambar google saje.

2 comments:

Huda said...

huda x penah smpi lg..bila ajak encik abang dia kata sana xde apa..mmgla, nak rasa sejuk2 je kan :) berdua, romantic..ahha..

ApasH said...

Huda:

mmg pon xde ape sangat kat sana. Lagi2 kalau malam. Tapi masa akak kat sana maybe sbb krismas ade show bunga api sekejap. Malam2 orang ramai just lepak kat dataran town sembang2 dan sambil makan snack mcm burger dll.

Sape yg adventurer skit bleh le gi jungle tracking dan pergi ke air terjun. Akak tak pernah gi cuma tau dari baca pengalaman orang lain.