Tuesday, November 10, 2009

Oily Skin aka Kulit berminyak...

Wahh..sejak bile MamaQaseh pandai bab2 beauty tips ni???
Actually saya sebenarnya x layak nk bg beauty tips sbb kulit saya pon byk prob..kang bg tips sure org x layan punye..hahaha..ok2 back to the topic..

I have an oily skin..really2 bad. even after 1 hr cuci muka..my skin will oily again. Can u imagine after 9 hours kt ofis..then get back home..ur hubby will notice ur face shining from far..hahaha..lebih kurg camtu le betapa dasyat nye masalah kulit berminyak saya..

Byk sbb nye..1st thing sure le sudah genetik mcm tu kot. Then maybe sy guna set penjagaan yg tidak sesuai..dh try dr yg murah ke mahal..mcm tu gak. Tapi xde le sampai tahap sume produk kt pasaran sy dh try kan..hehehe..

So, sempena x byk keje sgt..sy google and found few interesting PETUA yg bleh di try...

Sumber 1

  • Daun peria 1 helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan-lahan sapukan pada kulit sebelum tidur.
  • Segenggam daun saderi dikisar halus dengan sedikit air. Sejukkan dan sapu rata pada kulit. Bila kering bilas.
  • Segenggam daun bayam dikisar halus dengan sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca teh madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan 30min kemudian bilas.

Petua dr: http://zaisbeautyformula.com/

Sumber 2

Parut (kisar) halus buah epal, kemudian sapukan pada muka. Biar selama 15 minit. Setelah itu, cucilah dengan air suam dengan bersih. Petua ini boleh dilakukan berturut-turut, apabila diperlukan.

Petua dari: http://petua-kahwin.blogspot.com/

Sumber 3

Ambil kentang dan kupas kulitnya. Bersihkan kentang yang telah dikupas. Hiris nipis-nipis kentang tersebut dan kemudia letakkan di seluruh muka. Biarkan seketika sebelum muka dibersihkan.

Di samping dapat mengatasi kulit berminyak, ianya juga dapat mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Ianya juga berkesan dalam menghilangkan bengkak di sekitar mata.

Petua dari : http://www.tipsdanpetua.com/

Sumber 4

  • Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.
  • Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
  • Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  • Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.
  • Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Petua dr: ooppsss lupe nk copy..hehehe

Itupon dh byk..x ter'try' sume kot..maybe start dengan bahan2 yg senang dpt..so xde rasa menyusahkan sangat kan..dasar pemalas..hehehe..

2 comments:

Byzura Mj (By) said...

alamak camne nak cari daun cermai? huhuhuhu..susah skang ni nak cari daun tu

MeL said...

dl muka i pun oily kaw2 & berjerawat hbs satu muka. wat i did was parutkan siket kentang pastu cmpurkan ngan bedak sejuk tepek satu muka. pakai everynight sebelum tdo cuci.

skg muka less oily, just guna oily sheet or tissue u dap2 kan kat muka supaya serap minyak tu.