Friday, December 2, 2011

TESCO terkecil

Baru-baru ni TESCO Sri Iskandar baru dibuka. Dari mula buka mmg berhajat nak pergi. Tapi konpem orang ramai gila. So, fikir nanti2 le pergi.

Then kawan ofis yang tinggal di Sri Iskandar kata kecil je TESCO nya. Dalam erti kata lain tidak best sangat lah. Even tak best saya nak pergi juga sendiri. Lunch hour semalam saya angkut Qaseh pergi sana.



Yup memang kecil saje TESCO nya. Parking area pon kecil dan comel gitu. Padan le dengan saiz TESCO nya. Bagi saya, TESCO Sri Iskandar ni adalah TESCO TERKECIL pernah saya pergi. Ceh cakap macam banyak benor TESCO yg saya pernah pergi kan.

Kejap...hhmm...mari list down Tesco yg pernah saya pergi:

  1. TESCO Station 18 (4-5kali sebulan mesti pergi)
  2. TESCO XTRA (Tasek)
  3. TESCO dekat dgn JUSCO Ipoh
  4. TESCO Mergong Kedah
  5. TESCO Kajang

Ceh...5 je rupenyer. hahaha...Tesco Sri Iskandar ni yg ke-6. Even Tesco Kampar pon tak pernah gi. Jauh pula kalau nak ke Kampar kan.

Jarak Tesco Sri Iskandar dari Batu Gajah dalam 15-20min. Ikut jalan highway Ipoh Lumut. Lancar je drive 90km/h. Lebih kurang je jaraknya kalau dari Batu Gajah nak ke TESCO Station 18.



Kat dalam TESCO tu takde outlet best pon. Yang ada:

  1. King's Bakery
  2. Food Court
  3. Ocean Playland
  4. Kopitiam
  5. Kedai jual2 baju kurung, tudung.
  6. Kedai kasut
  7. Kedai handbag
  8. Vida Beauty
  9. Kedai cermin mata
  10. and few others outlet.

Facilities yg ada standard la, Toilet, surau, ATM , baby room & breastfeeding area.



Kesimpulannya, bagus ada TESCO di Sri Iskandar sebab kawasan tu tengah membangun. Ada UTP & UiTM. Senang skit student nak beli barang tak perlu gi jauh2. Orang2 Bota/Parit pon tak jauh nak shopping situ.

Bayangkan kalau time kami study kt UTP dulu ada macam sekarang ni. BEST GILE. Duit pon cepat abih, KONPEM!! Secret Recipe pon dah ada kat situ. Tak perlu sampai ke JUSCO untuk beli 1 slice of cake. hhmmm...

OK..adik2 junior di UTP korang patut bersyukur ye. Takde le rasa study kat pekan kecik macam kami dulu.

2 comments:

Huda said...

meh tesco manjung :) huda pun x penah lg masuk tesco sri iskandar ni..duk lalu lalang je :)

Marsha~ said...

Waaahhh.. Boleh jadi duta Tesco ni.. Hehehehe... Bila nak dtg melaka? Kalau nak bagi suggestion psl homestay, mmg melambak kat melaka ni... Tp kalau nak yg ada bbq dan dekat dgn pantai yg bersih... Gi je area Pengkalan Balak... Sana pantai bersih compare area bandar.. Sana byk chalets.. Homestay pun ade tapi mostly rumah biasa.. Takdelah gempak mana pun... Tp yg dekat dgn pantai.. Chalets lah... Sepanjang pantai pengkalan balak mmg byk choices of chalets.. Pengkalan balak adelah area masjid tanah- tg bidara.. Cuba try google ada tak no phone.. :)