Semalam saya telah melakarkan sejarah baru. Cewwahhh....1st time berjaya masak Char Kuetiaw. Untuk makluman semua saya tak pernah masak mee goreng, bihun goreng mahupon kuetiaw goreng. Selama ni makan je tau..hahaha...SIL yg selalu masak.
Ceritanya semalam SIL masak char kuetiaw. Sume pakat makan. En.hubby pula dapat rasa skit je sebab dia nak pergi potong rambut. SIL pula nak balik rumah MIL. Konpem en.hubby nak makan lagi bila balik dari potong rambut. Sape pula nak masak???
So, SIL crash course resepi buat char keutiaw tu. Dan alhamdulillah menjadi. Tetiba2 pula rasa 'kacang' je...hahaha berlagak...tak baik tau.
^__^
Meh tengok resepi sempoi ni..Rasa pon sedap not bad.

CHAR KUETIAW SIMPLE & SEMPOI
Resepi : Puan Azmawaty
Tukang Masak : Puan Apash
Bahan-bahan:
4 ekor udang dibersihkan
1 sudu besar bawang merah + bawang putih yg di blend
1 sudu besar cili kering yg dikisar
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar Kicap Mee
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
Segenggam besar kuetiaw (kuetiaw kecik)
Segenggam taugeh + kucai
1 cawan air
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih + bawang merah sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering + air. Masak sebentar.
3. Masukkan kicap mee, garam dan udang. Kacau.
4. Masukkan kuetiaw, taugeh & kucai.
5. Tambahkan kicap pekat manis. Rasa.
6. Bila cukup rasa, pecahkan telur dan kacau. Sedia untuk dihidangkan.
Peringatan:
- Selepas pecahkan telur dan kacau, cepat2 angkat. Jangan sampai telur terlalu masak dan jadi berketul2.
- Makan pon cepat2..sebab char ketiaw cepat kembang.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment