Tuesday, December 20, 2011

Lesson learnt

Petang semalam masa saya tgh suap Hannah makan, Qaseh sedang duduk2 kat sofa. Mcm biasa doing her own things. Sambil pegang duit syiling. Selama ni mmg Qaseh suka main duit syiling. Tapi tak pernah letak kat mulut watsoever. So, macam selamat je dia main. Cuma since Hannah dah pandai moving ni kami jarang bagi dia main duit syiling dah sebab takut nanti Hannah mengutip lalu masuk dalam mulut.

Tapi kisah semalam, masa tgh ralit suap Hannah, MIL menjerit tanya Qaseh telan duit syiling ke. Sebab dia ternampak si Qaseh macam terbatuk2. Saya kelam kabut pergi ke dia tanya kenapa. Terus si Qaseh ni nangis melalak.

Dengan cuak saya buat gaya Heimlich Manuever (bantuan kecemasan utk tercekik) yg saya belajar dulu. Dengan tekan perut si Qaseh. Terus le si Qaseh muntah segala isi perut. Tapi takde keluar pon duit syiling. Saya tgk muka dia ok takde tanda biru2. Dia tetap melalak. Kalau dia boleh melalak tandanya dia bleh bernafas le kan.

Still cuak rasa nak bawak ke hospital je. Bila tanya Qaseh, "Piyah makan duit ke?" Dia jawab tak..Bagi mandi sume..then bagi susu. Tak lama pastu dia tidur.

Lesson learnt, NO MORE coins dah. Even dia pandai takde main masuk mulut. Accidents can happen right?? Prevention is better then cure. Alhamdulillah, takde perkara buruk yg berlaku.

4 comments:

MaryaYusof said...

Duit syiling tu jumpe x? Alahai...seram sy baca...

. i . n . a . z . said...

masa affan baru merangkak pun dia pernah tercekik. makan sticker zara yang ada sponge. dah biru muka. sebab dah tak boleh bernafas. nasib baik rumah dr raoofah sebelah tadika je. bergegas2 kitorang pegi rumah doktor.alhamdulillah, selamat.
memang accident boleh berlaku masa yang tak terjangka. ada anak kecik ni, kita as parents memang kena berhati hati

Puan ApasH said...

Marya:

Kami tak pasti bape banyak duit syiling tu kat tangan dia. Dia ambil sendiri duit tu dalam handbag saya. Tapi masa kecoh2 tu mmg ada 20sen kt tgn dia.

Puan ApasH said...

Inaz:

Alhamdulillah affan xde ape2. Nasib baik Dr. Raoofah dekat je ye. Moga2 takkan berulang dah kejadian mcm tu lg.