Thursday, December 8, 2011

Baju oh Baju...

Sempena adik lelaki saya nak kahwin bulan ni, tak pasal2 saya telah menempah 3 pasang baju. Giler..kalah macam nak sambut raya pula.

  1. Baju time dia nikah
  2. Baju time persandingan belah perempuan
  3. Baju time majlis resepsi belah lelaki.

Pengsan mengeluarkan duit tempah baju banyak2 ni. Kalau ada bonus takpe le jugak. Time raya pon jarang tempah baju byk2. Ada sepasang baju pon dah syukur. So, secara rasminya Puan Apash simpan baju tu utk Raya tahun depan. Minta2 badan tak gemuk. huhuhuhu..

Nak jimat duit, saya hantar kat tailor cina di Bt. Gajah ni je. Dulu baju tunang & nikah saya dia ler yg jahit. Untuk wedding adik ni saya buat baju kurung moden 2 psg. 1 kurung biasa. Tapi kain semua ada under lining. Untuk 3 pasang baju RM210 (harga kain tak termasuk..adehh~~) Kire ok le tu..sebab 1 dari baju2 tu baju lace. Kakak saya hantar kat tailor Ipoh utk upah jahit baju lace tu saje RM180.

Bila berbaju lace ni rasa macam nak kawin je kan. Tailor tu pon heran tgk dtg dengan 2 org anak tapi baju serupa mau kawin. hahaha..

Bukan saya seorang je melaram. En.hubby pon siap tempah baju melayu. Sebab akan berbaju melayu lengkap time persandingan belah perempuan. Nak kena dgn tempat persandingan kan.
Takkan nak pakai t-shirt je.

Untuk budak kenit berdua tu..hanya baju time persandingan belah ppuan je dah beli. Lain belum. Bila nak gi beli ni...Next week Pak Su dah nak kawin ni..


PAPA, JOM SHOPPING!!


No comments: