Thursday, October 6, 2011

Nilai Duit Dari Mata Qaseh


Masa raya haritu baru menyerlah erti duit pada Qaseh. Almaklumlah time raya le dapat banyak duit raya. Macam budak2 lain sudah tentu Qaseh pon pandai dah terima duit raya. Ikut mood dia kadang2 dia bagi Mama terus untuk simpan. Kadang2 dia tak bagi nak pegang sendiri. Tapi bila dah jemu dia akan bagi juga kat Mama akhirnya.

Qaseh ni pantang nampak duit. Nampak je mesti dia mintak. "Ma, nak duit.." Selalunya kalau bagi pon duit RM1 je la. Bila tanya " Duit tu nak beli apa?" Konpem dia jawab "Beli ais tim (read ice-cream)".



Ahad lepas saya bawa dia ke kedai. Memang saya selalu bawak dia ke kedai tu beli Milo la, ice-cream dll. Bila sampai di kedai tu saya bawak terus ke peti sejuk untuk ambil Milo tapi dia kata nak ice-cream. Bila berpaling tuan kedai bagi duit kat saya. Rupe2 Qaseh dah siap2 bagi duit yg dia pegang tu kt Tuan Kedai. Bila masa dia bagi pon saya tak perasan. hahaha

Satu pelajaran baru bagi dia kot. Maybe dia dok tengok Mama bagi duit kt tokey kedai tu kan. Tu sebab dia pon bagi. Tapi Mama bayar lepas ambik barang. Bukan bagi duit dulu baru amik barang. huhuhuhu..

Tapi Qaseh ni ada angin skit. Dia ske renyuk2 duit tu. Kat rumah tu merata2 boleh jumpe duit singgit. Tu kerja Qaseh la. Kat sume orang dia minta duit. Setakat renyuk tu boleh tahan lagi kan. Ada sekali tu dia buat perangai dia koyaknye duit tu. Nasib baik RM1..cuba bayangkan kalau duit RM50 ke..alahai anak oii..Singgit tu Mama boleh beli sebungkus nasi lemak tau...



Qaseh belum paham betul2 apa erti duit tu. Sebabkan mmg dah perangai ske koyak2 kertas dan kadang2 buku. Dia rasa duit tu macam kertas, maybe tu sebab dia koyak je.

2 comments:

Rizziela said...

Sama macam Haziq..tp dia cuma tau RM1 ajer..semua duit lain x layan..nak singgit ajer :D

Ara Nadea said...

hehehe.. comel je qaseh ni.. nanti dah tau nilai duit, seringgit pon simpan.. haha