Monday, October 17, 2011

Hari Ahad Saya.....

Hari Ahad saya.....

Bangun awal pagi. Even hari ahad tak dapat nak ngelat bangun lewat. Lagi2 si Hannah jam 6pagi je mula tak tak keruan di atas katil.

Saya ada hal di luar ada appointment jam 1ptg. Jadinya dalam jam 12tghari dah nak keluar sebab tempatnya jauh skit. Jadi En.hubby yg akan tolong jagakan anak2.

Sebelum pergi kena setelkan kerja2 rumah dulu. Terjaga jam 4.30pagi utk buatkan susu untuk Qaseh terus saya masukkan baju2 kotor dalam machine dan ON kan. Then sambung tidur balik. huhuhu..

Lepas subuh mula operasi. Sidai baju, basuh botol susu, mandikan anak2. Masak lunch then tak lupe pam susu. Itulah adat BF mommies kan.

Jumaat lepas en.hubby ada mentioned menu lunch kantin tempat dia Nasi Ayam. Tapi org kantin tu buat nasi ala2 nasi ayam tapi tak guna air rebusan ayam untuk dia. Maklumlah dia kan tak makan ayam daging. Dia kata sedap. Macam bagi hint je. So saya pon masakkan le nasi yg lebih kurang mcm tu tp version saya le. Hasilnya sedap...eceh..Selain tu masak sotong tumis rempah kari, ikan nyok nyok kicap pedas dan sayur sawi je.

Then saya siap2 untuk keluar dah 12.05pm. Qaseh sibuk nak ikut. Tak pasal2 nak kena bawak ke kedai rasuah MILO dulu. Padahal kat rumah bukannya takde MILO. Masuk kereta siap nak pergi. Baru teringat check Purse takde. Check dalam bag pump susu takde. Dashboard kereta takde. 2 tempat tu yg selalu saya letak. Sebab saya ni jenis pergi kerja tak bawak handbag. Bawak bag pump & cooler bag je.

Then rasa kot2 tertinggal kat ofis semalam. Adoiyaii..mula2 takut nak bgtau en.hubby. Konpem kena marahnya. Tapi tak baik tipu suami kan. Last2 bagitau dia. So, sebab tak berani nak drive tanpa lesen jadinya en.hubby le tolong bawa ke ofis then plan lepas tu en.hubby tolong hantar saya ke tempat appointment.

On d way ke ofis..ada le 2-3km lg nak sampai. Terlintas kat fikiran saya yg purse saya sebenarnya ada dalam handbag grey saya. APASH BENGONG!! Sebab semalamnya (Sabtu) keje half day je so malas nak bawak pump ke ofis. Balik kerja baru pump kt rumah...alahai..Tapi sebabkan dah dekat sampai ofis better just check to make sure mmg takde kat ofis.

Bila kat ofis takde, dan dalam hati yakin dah ada dalam handbag grey di rumah. Terus en.hubby cakap "Tak payah pergi..balik terus". Call orang sana inform cancel appointment.

Saya redha sebab salah saya. huhuhu..Tak tau kenapa jadi camtu..Sampai rumah terus cepat2 check dalam handbag grey..alhamdulillah mmg ada. Then kena sedas dari en.hubby "Lain kali buat le lagi ye"...uwaaaa....

Plan asal nak ajak en.hubby gi UTP Convofair petang tu. Tup2 ada game semi final rugby New Zealand lawan Australia. En.hubby kata "Alamak Sayang..ada game le..Live tu" Saya pon redha je la.

Pergi dapur goreng nugget ikan dan sosej udang. Buat makan petang....Nescafe ais utk en.hubby.

Lepas maghrib tidurkan anak2. Saya tgk CSI Miami. Ulangan ke tak saya tak tau. Tengok sebab saya belum pernah tgk. Dah dekat ending, si Hannah merengek2 nak ngempeng. Masuk bilik. Bila dia dh tidur balik. CSI pon habis. Dah tak tau sape yg bunuh. huhuhu..

Then sambil lipat kain layan The Social Network pula. Cerita pasal FB tu le. Dalam tgk2 tu ada le 2-3 kali si Hannah tu terjaga. Apa kena ntah dia malam tu tidur tak lena. Pendekkan cerita. Ending cerita tu pon tak dapat tgk. Alahai.....

Ok..itu cerita Hari Ahad saya. Sekian!!

No comments: