Monday, August 30, 2010

Semperit


Semalam berjaya juga buat semperit. Dah bape kali tertangguh niat nk buat semperit tu. Bila dh siap doh baru sedar xde acuan buat semperit tu. So, tinggal jap kuar gi pekan beli acuan. Takut 1 jenis acuan x jadi..saya bedal je beli 3 jenis. Standby...

Start kol 2ptg..tekan punye tekan..sampai dh x larat tgn ni ooii...ala2 nk pitam pon ada. saki baki doh saya main hentam je buat bulat2..kahkahkahkah..x larat dh. Ptg tu nk balik kg en.hubby kt Bota plak. So nak tak nak buat aje bulat2..

Masa bakar tu heran gak kenapa le kureng wangi semperit ni..Dalam hati terfikir gak..sbb aku x letak esen vanilla ke. Mmg resepi yg Along bg tu xde mention soh bubuh. Last2 call mak..Cet rupe2nyer my bro tertinggal masa dia type resepi semperit tu. X pasal2 semperit gua x harum..huhuhuhu...

Tapi nasib baik rasa ok. Kena dgn lidah yg x ske manis2 sgt ni. En.hubby pon puji sedap. Dia bila nye x kata sedap kan. Jaga hati isteri katakan.

Thursday, August 26, 2010

Rezeki ada di mana2...




En.hubby dah 2 hari tak sehat. Mental & fizikal. Terlalu byk stress di tempat kerja. Poor my hubby. Lepas kami berbincang, baik resign dari terus terseksa jiwa raga kat kilang tu kan. Lagipon x sanggup lihat cinta hati saya dok stress gitu selalu. Kalau korang sanggup tak?? Rezeki ada di mana2 asalkan kita terus berusaha kan.

Ya Allah Ya tuhan ku Yang maha pemurah..Kau murahkan rezeki kami sekeluarga amin...

Wednesday, August 25, 2010

Persiapan Raya Keluarga Kecil Kami

Qaseh

  1. Baju jalan2 (gown, jeans, blouse, tshirt) sudah setel sebelum puasa lagik. Maybe nk tambah 1-2 gown lagi kot. Baru plan le..
  2. Kasut done. And baru2 ni kasut adidas yg Paksu dia kasi dulu dh muat. Kire kasut raya le jugak tu =P
  3. Baju Kurung belum lg. Plan nya beli kain Opah nye nk jahitkan. Cam thn lepas. Tapi kainnya belum beli pon lagik.

Mama Qaseh

  1. Baju kurung sama kes ngn Qaseh. Kalau last minit x beli2 gak kain. Cari baju yg dh siap le jawabnye.
  2. Kasut/Sandal belum beli. Actually bukan utk raya sgt. Sedang carik sandal yg comfortable utk pakai sepanjang pregnancy ni. Tak jumpe2 lg. Almaklum le kaki species kaki gajah susah skit.
  3. Tudung..baju tarak..konpem2 tudung pon x beli lg.
  4. Baju jalan2..xde kot. Pakai yg mana ada je la.
  5. Handbag raya?? Ade sesape nk sponsor?? Pakai yg mana ada je la. Save bajet!!

Papa Qaseh

  1. Kain baju melayu dh berkurun beli. Tp x hantar2 ke tailor lagik. Xde le kot. Simpan tahun depan je la kain tu. Beli siap?? Papa Qaseh x ske..so x yah baju melayu raya tahun. ni Senang cerita.
  2. Pendek cerita Papa Qaseh pon xde beli pe2 pon lagik.


Kesimpulannya..Qaseh sorang je la bergaya dgn baju baru tahun ni. Mama & Papa pakai pe yg ade je la.

Terasa Hati

Tiada mood utk berblogging. Sedang terasa hati..T__T

till then~

Monday, August 23, 2010

Gadis Sunti Bermukah

Terbaca di harian metro hari ini. Astaghfirullahalazim...12thn dah pandai. Ish..ish..Patut le orang kata bela kambing lebih senang dari bela anak perempuan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhilah perkara-perkara buruk dari keluarga kami. amin"



KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

Saturday, August 21, 2010

Khas utk 'Anonymous"

Click utk view lg besar


Sepanjang 2thn++ Pn. ApasH berblogging ni..semua indah2 belaka. hehehe..Apa saja rasa nak blog..saya blog. Tak kisah le rasa tak puas hati ape2 sampai le entry mengarut2 pon ada. Biasa le setiap entry yg kita buat, kalau dapat comment dari kawan2 dan readers sure buat kita senang hati.

Cuma kali ni je dpt 1 comment yg hentam saya balik. Terkejut gak..selama ni saya beruntung dapat readers yg baik2 belaka. Yela blog saya ni bukan fofular mana pon Unique Visitor (UV) hari2 kalau update pon plg tinggi 100++ je..kalau x update belas2 UV je pon..hehehe..

Berbalik kepada comment tersebut. Thanks to "Anonymous" sbb sudi baca gak blog saya yg x seberapa ni. Everybody ada opinion masing2. And I respect your opinion. Tapi kenapa nk selindung disebalik "Anonymous"..kenalkan diri anda. Ke kita dh kenal sebelum ni??? Kalau belum kenal..mana tau pas ni bleh start kawan ke??

Dari pemahaman saya le..Comment awak tu refer more to my hubby kan. Gara2 statement saya di entry Kad Merah Punyer Cerita, "En.hubby pon dah anti dgn government clinic/GH"...kesian en.hubby saya..dia bukan nye baca sgt blog bini dia ni..last2 dia yg kena hentam..hehehe.

Saya akan jawab comment awak ye, cik/puan/Encik/tuan/Dato/Datin "Anonymous"

"what wrong wit ur hubby? if he rili anty gov service so please please please stay away from them. Gov try their very hard for us malaysian. tp kalo ada org asyik complaint itu ini susah aar. Sampai pertikai kena layan u b4 house visit, this rili too much! kat rumah tu pon nyawa u pun nyawa! so don't ask too much..dah kaya sgt pi ja la private which i guess ur hubby akan puas ati sgt!"

kami tak kaya sgt..dan kami x kaya pon. Biasa2 saje..cukup utk makan minum pakai. Tu sebab kami tak mampu untuk tanggung all the expenses utk bersalin di private. Even kalau kena admitted pon kami x mampu ke private. Setakat hari ni kami tak afford utk amik insurance (medical benefit)..tu sebab kami terpaksa ke gov clinic/GH. Kalai kami mampu mungkin x kan pernah wujud pon entry "Kad Merah Punyer cerita" tu..

My hubby anti gov clinic/GH je..bukan semua gov service. Gov service tu macam2. Dia anti pon sbb dari pengalaman2 yang kami faced. Itu sebab saya mention yg kami ni kurang bernasib baik. dan itu mungkin dugaan kami. Orang lain deal dgn Gov clinic/GH xde masalah pon.

Dan mungkin saya left out 1 point..Gov services sebenarnya xde masalah. Cuma certain kakitangan awam yg "kurang effective" membuat org complaint dgn Gov services. Jgn salah paham ye. Kami bukan pihak pembangkang yg ANTI benor kat Gov. My parent, FIL, my sis, my bro, my BIL and SIL also a gov servant. Semasa bersalinkan anak yg pertama saya kena bermalam berhari2 di wad class 3 GH Ipoh. Saya dh lalui pertukaran shift nurse/doc tu ntah berapa kali. Dah naik cam muka2 nurse tu semua. Most of them semua bagus2 belaka. Cuma segelintir je la..Itu le sebab nila setitik..rosak susu sebelanga.

Ok bab house visit tu. Yup I agreed point u yg "kat rumah pun tu nyawa, u pun nyawa"..Ok..for ur info. Hari utk buat kad merah di klinik desa tu hanya pada hari Isnin & Selasa sahaja. Dan saya dh paham benor kena datang before lunch. Sbb lepas lunch dorang akan buat house visit. So masa utk buat kad merah adalah limited. Saya pon pernah merasa house visit. So secara kesimpulan dalam seminggu time utk wat kad merah tu 8 jam sahaja. 4 jam sehari. Tak termasuk dengan checkup utk org mengandung lg. Kalau orang yg di rumah tu agak kritikal buat ape nurse yg dtg baik panggil ambulans je bawak ke hospital.

Malas dh nk pin point lg. Kesimpulannya, semua orang bebas utk suarakan pendapat. Mmg x salah. Cuma cara kita suarakan tu yg penting. Awak tak tahu ape yg telah kami lalui dan kami x tau ape yg telah awak alami sampai bleh menghentam saya/en.hubby mcm tu sekali. Apa salahnya kita berbudi bahasa. Tegur dgn cara yang baik. Kan lagi bagus..

Ape pon kepada "Anonymous"..sempena bulan baik ni..xyah le ada sengketa. Saya minta maaf le kalau entry saya mengganggu awak. Kalau x suka x yah le jenguk blog saya yg tidak seberapa ni.


Friday, August 20, 2010

Friday Random



Kejap je rasa dh hari jumaat. Dah nk weekend. Happy Weekend everybody. Esok tuan tanah keje lagik..belum bleh berhappy weekend lagik. huhuhuhu...

Hari ni tewas akhirnya. Actually dari malam tadi perut cam pedih semacam. Bangun pagi tadi nk ke tempat keje pon dh siap muntah semua. En.hubby yg risau pon soh buka puasa. Nanti bleh ganti balik. So balik lunch kat umah. Mkn le nasi lebih sahur tadi. X sampai 15minit..semua keluar balik. Alahai...lembek dibuatnya. Hhmm...dah dekat seminggu makan ubat tahan muntah masa sahur berjaya kurangkan muntah. Tapi hari ni tak pulak. Punah harapan nk puasa penuh.

Activity hari ni sambil buat kerja rutin adalah download lagu raya. hehehe..padahal kt external hard disk kt umah dh ada. Saje buat stok dalam PC ni plak...Dari pagi download laju le. Masuk tghari..hampeh...terbantut usaha di situ. Koleksi belum complete lagi ni...

Ceh baru puasa 10 ari dh nk dengar lagu raya ke Pn. Apash??? Saje je download awal2 senang..hehehe..

Actually tangan dh gatal nk buat kuih raya ni. Korang dh buat ke?? Ke tempah saje?? senang kan..SIL & MIL pon dh order few. Tapi tangan ni gatal nk buat semperit. Tapi tak terbuat2 lagi. Bukan apa..Last week puasa akan busy dgn order cheese tart. Mesti x sempat nk wat kuih raya sendiri. Awal2 ni je la ada masa. Lagi2 tgh mabuk2 ni. Lepas buka puasa asyik flat je..Saki baki tenaga guna utk layan anak dara sorang tu je. hhmmmm..


Pic credit to google

Rindu plak moment2 buat kuih raya ngn mak tiap kali puasa. Mak skang dh x larat nk buat kuih. Ingat lagi masa kecik2 lu time sekolah rendah..mana ade mixer..pukul pakai tangan je tau. Naik lenguh tangan dibuatnya. Dulu kuih yg selalu buat, semperit, biskut arab, biskut badam, biskut kelapa, biskut kacang...resepi turun menurun family mak..hahahaha..bila time masuk asrama kami semua berebut2 tapau bawak balik asrama. lagi2 kalau kelas ade buat jamuan hari raya...alahai memori...

Thursday, August 19, 2010

Kad Merah punyer cerita

Actually 09/08 aritu saya & en.hubby cuti. So lepas bincang2 dah alang2 bercuti baik pergi buat kad merah tu. Time tu baru 7weeks. Yela kat pintu Klinik Desa tu pon ade tulis utk datang buat kad merah tu sebaik tahu pregnant. Then Lin bagi info..even berlaku keguguran, ia harus direkodkan..so better pergi.

Kami sampai di klinik dlm 11.30am. Saje pergi time tu utk elak org ramai. Lgpon government lunch hr 1pm kan..so kire ok le time tu.

Sampai2..bgtau nurse tu nk wat kad merah..terus bagi alasan macam2.

Kandungan saya awal lagi. Tunggu 3bulan pon boleh. Ntah2 gugur ke nanti.
Kandungan sebelum ni takde masalah. So xpe buat lambat.
Dorang dh nk keluar buat house visit. Xde masa..lagi2 buat kad merah tu lama.

Then pujuk2 saya soh datang lg 2 minggu ke. Ape kes..masalahnya kami dh datang situ. Jadi satu hal nk kena datang lagi. Dah le kena dgn bulan puasa. mmg x kuasa nk melepak lama2 kt klinik tu time puasa.

Yang paling x bleh terima opinion nurse ni berbeza2. Padahal dah ada mentioned soh datang seawal tahu dh pregnant. Dia siap kata "ntah2 gugur ke"...

Actually a week before saya dh call klinik tu tanya bila masa sesuai nk dtg buat kad merah tu. Siap tanya perlu ke nk tunggu 3bulan. Nurse tu ckp x perlu. Siap soh dtg the same day masa saya called tu. Padahal masa tu baru 6weeks je. Bila gi sana nurse lain cakap lain. Sbb nurse yg saya called tu MC.

Itu semua gara2 dorang utamakan agenda dorang nk buat house visit tu. Padahal house visit lepas lunch pon bleh. Tak fikir kita ni dh cuti ke ape.

Nurse tu ckp lagi kalau x mau bulan puasa dtg lepas raya 13/09 tak pon 14/09..Dah bengang punye pasal saya ckp..tgk le dulu, masa tu org sibuk cuti raya nk kena dtg klinik plak.

En.hubby yg mmg dh anti ngn government clinic/GH pon dh bengang. Tak tau le nape kami ni selalu kurang bernasib baik bila berurusan dengan dorang. Lagi2 time nk bersalin kan Qaseh lu. Maybe itu dugaan kami kot. Kalau mampu mmg kami ke private je. Tapi x mampu nk kuar 100% duit sendiri utk semua kos..hhmmm...

Tapi apepon kami tetap bersyukur dengan apa yg ada. Bersyukur dikurniakan Qaseh yg sehat and insyaallah baby no.2..

Wednesday, August 18, 2010

Ikan bilis oh ikan bilis


Sepanjang seminggu kita berpuasa ni..menu utama saya ketika bersahur semestinya IKAN BILIS. Itu saje yg menjadi pembangkit selera saya untuk makan nasi. Kire dh menjadi sumber penting saya utk berpuasa tahun ni. Kalau x de selera makan nasi..mana nk dpt tenaga berpuasa. Dah tekak + perut org melayu..nasi juga yg dicari. Waktu berbuka nasi amat tidak tempting..Air saja yg dibalun..so kalau berbuka hanya sedikit nasi yg masuk perut...Sahur harus le hentam nasi.


Menu ikan bilis saya cukup simple. Berbeza2 skit. Samada sambal tumis ikan bilis kering2..so dpt mengekalkan kerangupan ikan bilis tersebut. Ikan bilis tumis kicap pon jadi..no hal punyer. Kalau time x rajin or bangun agak lewat utk masak sahur..Ikan bilis goreng saja pon cukup... Makan pulak dengan nasi panas2..sedap!! Alhamdulillah utk rezeki dan selera tersebut.

Ikan bilis pon bukan sebarang ikan bilis tau. Sini dekat pangkor..so senang dpt supply ikan bilis pangkor. Pilihan saya adalah ikan bilis yg dah siap belah buang isi perut & kepala. Ikan bilis gred bagus punyer. Sekilo RM35 youu...Sehari sebelum puasa hari tu beli RM10 je. Last pagi tadi masak. Dah abih stock...huhuhuhu..so kena beli lagi nampak gayanye..Tapi nk beli kt mana ye. Haritu beli kt pasar malam hari selasa. Hari ni dh rabu..hhhmmm....

Dah seminggu puasa ni belum lagi menjamah ayam mahupon daging sebagai menu berbuka puasa. Sangat teringin daging masak kicap. Almaklum la en.hubby & SIL' s hubby x makan ayam daging. So kami pon kena le tempias nya. Mmg x beli stock ayam daging di rumah. Tapi akan ku usahakan..sbb teringin bebenor.

Satu hal lagi..pegedel..hhmm..selalunya saya akan buat utk juadah berbuka mahupon sahur. Paling ngetop pegedel daging. Marvelous!!..tapi daging tu probnya..Kalau buat pegedel kosong tanpa rencah mcm x best plak. Pernah sekali buat ngn sardin..lama dh masa belum kawin lg. Tapi x kena ngn tekak saya plak. hhhmmmm..


Note : Pic credit to google.

Tuesday, August 17, 2010

7 ramadhan



Ntah kenapa mood utk kerap update seperti selalu sudah ke laut. Tapi jenguk blog kawan2 tetap jadi rutin di pejabat. Jarang sekali on9 di rumah..hehehe..

Adakah sebab pregnancy beserta morning sickness menjadi punca?? skang ni nk tgkp gambar pon cam malas jer..Orang sibuk2 update menu buka puasa..saya?? ntah malas tol kadang2 cam tak teringat langsung nk snap photo2 utk update di blog. Sungguh bukan ciri2 blogger tegar. hhhmmm...

Alhamdulillah, sehingga hari ni..tiada gastrik dtg menyerang seperti pregnantkan Qaseh lu. Tapi adalah amat tidak secergas seperti biasa. Lembek aje..Alhamdulillah lepas start mkn ubat tahan muntah masa sahur..muntah adalah kurang. Selain terbau bau2 yang tidak menyenangkan lubang hidung ku..hehehe..x tertanggung nk tahan muntah. So..muntah saje lah. Muntah dengan tidak sengaja..xpe kan. Cuma rasa dehydrated le skit. Fluid dh kuar tapi xde topup balik. Tunggu time berbuka balun air byk2..hehehe..

Semalam 16/08/10 pergi scan kt Klinik Dr. Mimin Pantai Putri Ipoh. Kali ni abdominal scan je la. Alhamdulillah baby's growing accordingly. So, setakat ni dah xde prob..mintak2 sampai 37weeks semua nye ok dan baby ready utk dikeluarkan. Mama doakan baby sehat dan sempurna..amin...




Masa scan macam blur skit sbb pundi kencing kosong. almaklum la..org berpuasa kan. Scan pon dh dekat tghari mesti le saya dh kencing dari last minum time sahur tadi. Tapi still boleh nampak le. Heart beat pon alhamdulillah ok.

Thursday, August 12, 2010

Home Made Watermelon Juice




Confirm telan air liur tgk gambar tu kan...sungguh keji Pn. ApasH tayang watermelon juice time2 skang ni kan..hahahaha...




Bukan apa..ari ni xde rasa nk ke PaRam...Cuma terasa nk home made watermelon juice je utk berbuka...kol 5ptg kang zasss ke kedai berhampiran yg jual tembikai. Minta2 ade jual le..sebab malas nk bersesak kat PaRam utk sekadar beli tembikai..

SIL plak nk buat sardine roll ptg kang..marvelous..mintak2 x loya bau sardines..hehehe..lunch hr tadi tak tido sbb balik umah masak agar sirap je..makan sejuk2 mas buka nanti..best2..

Lauk Pauk?? Terserah padal MIL..hehehe...

2 Ramadhan

Alhamdulillah berjaya puasa semalam tanpa sebarang dugaan. Tiada loya, tiada pening dan of course xde muntah2. Itu le kuasa Allah..mempermudahkan puasa saya semalam. Cuma pedih ulu hati tapi masih boleh bertahan.

Lepas ofis hour terus ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng. Misi utama membeli Din Murtabak. RM2.50..x kisah le janji dapat makan. Beli skit mknn yg dipesan oleh my mum. Lepas hantar kt my mum terus pecut balik Bt Gajah. Sampai Batu gajah b4 kol 7pm. Saya x mcm isteri2 lain yang bersilat di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Sebab MIL dah siap masak semua. hehehehe..Insyaallah weekend nanti saya masak.Masa berbuka saya cuma jamah 2 ketul kuih dan murtabak saje. Tak lalu makan nasi. sebab malam tadi baru loya datang balik.

Sahur tadi baru saya ke dapur. Masak nasi goreng sbb en.hubby dh request masa time berbuka. Menu saya sahur tadi, Nasi panas, ikan bilis goreng + 2-3ekor udang masak sambal tumis. Dah 2x sahur saya makan ikan bilis. Itu je yang tekak ni bleh terima. Ikan bilis bukan murah tau. Sekilo RM35 tau...

Masuk Puasa hari ke-2..Bangun subuh tadi Ya Allah kepala sakit gile. Loya ya amat..kejap2 "uweekkk"..bunyi je..xde mende yg keluar lagi. Sbb sayang le makanan yg baru makan tu x sempat hadam semua lagi. Now 10.40am masih bertahan dr muntah. Itu dugaan hari ni. Moga2 saya dpt tahan sampai waktu berbuka..

Menu berbuka hari ini?? Tak tau le..terpulang pada MIL..kalau agak2 saya x lalu..ikan bilis ada..goreng saja..kalau rajin buat sambal tumis kering2 tu....

Wednesday, August 11, 2010

kekeringan..

Seperti keringnya tekak bagi yg sedang berpuasa seperti itulah kering idea utk berblogging..Camne eh??

Back to work..buat keje dgn tekun supaya masa berlalu dgn pantas!!...

Note: Rasa mahu ke PaRam petang ni..tapi 1st day ni ramai ke yg dh start niaga. Kang jauh2 gi PaRam kt Medan Gopeng tu..tiba2 Pak Din Murtabak x start niaga lagik..adeh!!...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Menjelang lagi..




Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat.


Alhamdulillah sekali lagi saya diberi peluang untuk berpuasa penuh tahun ini. Tapi semasa mengandungkan Qaseh saya diserang gastrik jadi gagal untuk berpuasa. Tahun ini moga2 gastrik tidak menyerang agar saya dapat berpuasa seperti biasa dan insyaallah berpuasa penuh. amin...


Note: Pic source en.google

Friday, August 6, 2010

Love being pregnant but Hate morning sickness







I wish I am at home lying on my bed....


Mabuk2 ni mcm lagi teruk dr pregnantkan Qaseh. Padahal baru je 7 weeks..Itu le every pregnancy is different...lembek dibuatnya..

Nak buat ape pon cam rasa lemah aje..rasa cam nak cuti jer.....

Thursday, August 5, 2010

Budak Dumuk Mama...


Gambar ni Cik Along yg amik last weekend. Gambar profile saya di FB skang ni. Actually lately cam perasan yg muka Qaseh dah makin bam bam. Dulu masa waktu dia kurang makan mmg nampak bandan susut. Opah kata montot pon kecut..hahahaha..

Tapi since selera dia bertambah especially dalam minum susu Enfagrow ni..nampak skit perubahan dia. X tau le berat dia berapa. Tunggu bulan 10 nanti baru gi timbang masa 18months nanti. Apepon Mama tetap doakan Qaseh sehat sentiasa..x moh sakit2...

Lately saya notice susu badan dah semakin kering. Yela..Qaseh nenen time nk tidur or datang angin ngada2 dia baru dia mintak nenen. Skang dh rutin sebelum tidur dia mintak susu (FM)...dan dalam masa tidur antara jam 3pg - 6pg tu dia akan jaga nk nenen..tapi merengek2 x lena tidur. Maybe sbb dia x puas susu badan saya skit. So time tu le, tggjawab papa bangun untuk bancuh susu..hehehehe...

Setelah 15bulan papa tidur dgn lenanya..tapi sekarang tidak lagi ye papa..hehehehe...kire orite le tu kan..demi anak tersayang.


Note: Perasan tak almari belakang Qaseh yg dah ternganga xde pintu tu. hehehe..compartment kecil belah kanan tu adalah kerja Qaseh. Pintu yg compartment gantung baju tu plak keje Mama. Almari murah..sungguh x tahan. Tersilap skit dah terkopak dan tercabut..murah2 pon makan RM100 gak tu..(kalau x silap le..cam ingat2 lupe)

Wednesday, August 4, 2010

Present for Qaseh @ 16months


Semalam genap Qaseh 1thn 4 bulan. Lunch gi TESCO..jalan2 ternampak mende alah ni "Splash & Play" ni ada diskaun. Jadinya RM23++..terus amik. Then beli 1 bag balls tu lagi utk topup..byk skit baru best. 1 bag baru RM17.90.




Balik dari ofis kebetulan Qaseh baru bangun tidur. Terus le Mama dgn gigihnya tiub pool tu. Mengah dibuatnya. Tak larat nk tiup bagi betul2 tegang. So pool x berapa nk betul2 bulat. Tapi jadi la kan. Qaseh pon x sabar nk main. Tunggu Papa balik nanti baru tiub bagi tegang.




Rambang mata Qaseh. Ada blue ball, green ball, red ball & yellow ball...almaklumle..Toy fav Qaseh adalah ball ye puan-puan.



Sambil dia main dalam pool tu, mama suap mamam kanji. 1 mangkuk penuh habis licin dia makan. Jarang dia makan byk tu sekali. Good gurl!!




Tapi Qaseh dr petang sampai ke time tidur behaved je. Xde le mcm selalu tu. Even masa Mama tgh busy baked cuppies pon dia xde nk kacau mcam selalu. Takde minta2 nk dukung. Cuma sekali sekala dia ke dapur.."pot pet pot pet" kat saya..saya pon jawab. Dia cam puas hati dia gi tgk tv sambil2 main balik. Such a good gurl...kalau hari2 camni kan bagus. Time tidur pon senang jer..Ngempeng terus lena..ngn mama2 dia pon lena sekali....hehehehe..

Happy 16months birthday sayang!!

Tuesday, August 3, 2010

Akhirnya nampak juga "dia"


Semalam gi followup checkup kt pantai putri. Sepatutnya harini..tapi smlm cam kurang morning sickness..so better pergi smlm. Maklumle gi drive sendiri. Kalau org antar xpe. Kang nk termuntah2..susah plak. Call tanya bleh dtg tak..doctor free je..so terus pergi.

Sampai2 dr. Mimin terus wat scan...masa dia tgh gerak2 mende scan tu kat bawah ttoottt...dia ternampak 'janin' tu. Tapi belum confirm kat mana. Godek2 punya godek..alhamdulillah dalam rahim. LEGA rasanya...

Kandungan saya beru berusia 6weeks 4 days. So x boleh guna tarikh last period. Seperti tertera..EDD 24/03/11. Qaseh dulu EDD 22/03/10. Cuma Qaseh lambat kuar..

Kalau korg tgk gambar scan tu..kantung tu kat tepi je. Selalunya doctor akan amik gambar scan tu and bagi view tgh2 kan. Kali ni senget ke tepi je plak kan.

Rasanya kalau saya x silap paham le..itu sebab rahim saya SENGET KE KANAN..dan kantung plak berada PALING KANAN sekali. Itu sbb susah nk nampak lagi2 masa tu kandungan still awal lagi. Lagi2 scan di buat dari bawah tooottt..

Lepas nampak tu..terus Dr. Mimin try detect heartbeat..alhamdulillah dah dpt dgr jantung dia. Dr. Mimin soh dtg another 2 weeks for abdominal scan plak.

Semasa scan Dr. Mimin repeat balik..mentioned pasal rahim saya senget. Tanya balik samada previous doktor xde bgtau ape2 ke. Mmg xde. Saya langsung x tau rahim saya senget.

kali ni saya banyak skit tanya pasal condition rahim senget ni. Dari penjelasan dr.mimin, rahim saya mmg semulajadi senget ke kanan. Selalunya condition tersebut membuatkan wanita susah nk hamil. Dalam kes saya..saya amat beruntung. Alhamdulillah...semua rezeki dari Allah.

Satu persoalan..bila eh nk buat buku merah. Dulu masa ngn Qaseh tunggu sampai masuk 3 bulan baru pergi. Tadi call KD Bemban dia kata skang pon boleh buat dah. hhhmmm...en.hubby kata tunggu 3bulan gak. Sbb bila dh 3 bulan tu kandungan dah kuat possibilities keguguran dh kurang..

Pizza Sandwich




Hari ahad tu sempat cuba pizza sandwich. Resepi saya amik dr Lin...Thanks Lin. Cuma saya guna sos cili somano yg x berapa pedas tu. Qaseh pon makan le jugak. Niat buat pizza sandwich ni utk Qaseh yg satu hari x mau makan nasik. Last2 jadi habuan perut mama, mak long & opah. Dia makan skit2 je.




Utk Papa & Pak long plak..saya modified tukar sosej ayam tu dgn scramble egg. Almaklum la dorg x makan ayam/daging kan. Orite juga rasanya.

Semenjak ada oven ni rajin bebenor cuba macam2..hahahaha...

Note: Sorry gambar gelap + blurr guna HP je..