Monday, August 15, 2011

Butter punyer cerita


Jumaat lepas, lunch hour pergi TESCO. Hajat hati nak beli susu ANMUM Lacta tu. Masa tgh jalan kat notice board TESCO tu ternampak "BUTTERCUP RM3.65"



Waahhhh..murah beb. Selalu RM4++. Terus je memborong 8ketul sumenyer. Then update kat FB pasal harga murah tu. huhuhu..


Tak lama kemudian adik Ipar SIL (nurul) sms bgtau Buttercup di Pasaraya TF (Bt Gajah) hanya RM2.99. Cissss..berbulu je dengar tau. Beza 65sen tu. Kalau darab 8 dah RM5.20. Sabar je la. Dah takde rezeki di situ.

Tak lama tu order cheese tart bertambah lagi. Maknanya mmg nk kena beli butter le lagi. Dah tanam niat dalam hati nak gi TF beli buttercup lah. Pagi sabtu pula, Nurul SMS lagi bgtau TESCO buat promo 3ketul RM8. Jatuhnya seketul RM2.67. Lagi murah...tapi limited 6ketul 1 family je la..

Apa lagi terus ke TESCO borong 6ketul buttercup. Akhirnya ada le 14ketul sebagai stok dalam peti sejuk. huhuhu...Suka ada stok kat rumah senang nak membaking bila masa2 pon.

Terima kasih ye Nurul untuk info2 terkini pasal BUTTERCUP ni..Awak tak meborong ke utk buat kek2???




Saya ada terbaca (lupe dah kat mana) yang Buttercup is not a BUTTER at all. Dia adalah some sort of Marjerin tapi "kasta" tinggi skit dari marjerin biasa. Tak tau le teman kan. Marjerin dari vegetable oil tapi butter dari susu lembu. Buttercup ni lepa susu. Mmg ada brand butter lain yg lagi bagus. Tapi kalau guna butter yg mahal camne nak jual dengan harga yang rendah. Lagi2 lah kita yang baru start berniaga ni. Mahal2 sapa le yg nak beli kan.

At the mean time stick dengan Buttercup je la dulu. Masa hadapan tak tau le kan..

2 comments:

Ya ALiya said...

mak ya pun kalu buat biskut guna buttercup je........sedap tau biskut guna buttercup ni....

Puan ApasH said...

Ya,

Dulu2 time kecik2 mak guna SCS..lama2 SCS makin mahal guna je la buttercup..uhuhuhu