Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya Air Tangan Sendiri


Semalam berkesempatan buat 2 jenis biskut raya. Resepi turun menurun my mum. Resepi dulu2. Simple je janji sedap. Takde lah fancy dgn rupa yg menarik cam biskut2 raya sekarang ni.

Pepagi start dengan biskut arab. Buat skit2 je. Tak lalu le nak buat banyak2. Bukan ada helper. Semua buat sendiri. Cuma MIL tolong jagakan anak2 je la.

Bulat bulat yg cute. (Before bakar)


Lepas bakar kita golek2 kan biskut dalam gula icing. Then letak dalam papercup. Senang saje. Sekejap je dah setel.


Biskut kedua adalah Biskut Kacang. Permintaan Angah. Nak sangat katanya. Biskut ni mmg dah berkurun tak buat. Sebab silap gaya tak jadi. Then remeh nak buatnya. Tapi kesian kan Angah. Saya buat le juga.

Mula2 kena 'sangai' kacang dulu. Then buang kulit. Pastu potong kecik2 plak. Memang banyak kerja nye.


Lepas terap dengan acuan pilihan. Sapu putih telur then letak kacang dan gula. Lepas tu bakar le. Alhamdulillah satu pon takde yang over bake. huhuhu..




Last2 dapat le sebalang biskut kacang. Penat weh buat biskut ni. Tobattt...

Selalaunya saya jadi helper my mum dalam buat biskut2 raya ni. Seingat saya since darjah kot. Selaunya saya jadi tukang sapu2 putih telur then letak kacang/badam/ceri...Bila dh besar skit task bertambah dengan tukang jaga biskut dalam oven jangan bagi hangus. huhuhu..

Tapi bila my mum dah tak larat nak buat biskut raya ni, saya le kena buat dari A to Z. Tu yang penat benor tu...huhuhu...

4 comments:

Huda said...

rajin akak membakar :)

Puan ApasH said...

rajin tu mmg rajin. Sebab mmg minat. Cuma masa takde..

Ya ALya said...

biskut arab tu cam sedap je.......tak pernah buat,tapi suka makan....hehehehe

Puan ApasH said...

Ya ALya,

sape suka minyak sapi yg lemak2 tu pasti suka. Tapi makan byk2 muak juga.