Tuesday, August 16, 2011

Cuti Raya & Kenangan Raya


Tahun ni kami takde le cuti sakan sangat. Saya amik cuti 2hari je pon. Raya ke-5 dah kerja. Hari sabtu kerja 1/2day je. Rugi le nak cuti...

Lagipon en.hubby tak amik cuti langsung. Cuti yg PH je. Nasib baik le 3hari cuti kan. Kire orite le. Kampung kami pon bukan jauh. Batu Gajah - Ipoh je. En.hubby kan baru start kerja tempat baru, takkan nak cuti lama2 pula. InsyaAllah MIL akan menunaikan haji pada musim haji nanti. So, better en.hubby simpan cuti time nak hantar MIL kan.

Tapi kali ni best sebab cuti 2 hari before raya. So dapat feel last minit preparation raya. Seronok..Saya suke suasana masak2 nak raya ni. Terbayang kesedapan nya. Auuww meleleh air liur. Kuah kacang mak yang marvelous makan pula dengan ketupat. Diiringi dengan rendang dan ayam kurma. Mantap!! Lemang?? Beli saje..lama dah tak masak lemang sendiri. Dulu2 abah ada le buat. Skang tak larat dah..lgpon takde sape nak tolong...Anak2 jenis malam raya baru sampai.



Dulu masa sume dok muda remaja tak kawin lagi. Along in-charge kemas rumah from A to Z. Saya pula tolong mak di dapur. Abah bakar lemang. My bro tolong Abah. Angah in between tolong mak and tolong Along. Selalunya berlarutan sampai ke 2-3pagi baru siap. Pastu masing2 terbongkang keletihan. huhuhu..

Then paling best pagi raya tu sape yg tinggal rumah tak pergi semayang raya akan siap2 juadah raya kat meja. Ngan air pilihan. Then tunggu sume balik dari masjid mula le sessi maaf bermaafan. Sessi air mata le kan. Setel dapat duit raya masyuk dari abah & mak. Time makan le pula. Makan satu family. Priceless moment. Berebut peha ayam dengan my bro. Hahahaha..Makan sampai buntat.



TAPI...lama dah tak merasa camtu. Last tahun 2001 kalau tak silap. Skang tak dapat makan complete satu family dah. Sedih....rindu juga moment gitu...Tapi apakan daya....(tiba2 mood sedih..sob..sob...)

2 comments:

Ya ALya said...

bila masing2 dah berkeluarga memang susah nak makan sama2 di pagi raya...masing kena ikut turn balik kpg kan.....

Puan ApasH said...

Ya,

Actually part yg sedih tu sebab Abah saya tak duduk sekali dah dengan Mak. So tak dapat le makan complete 1 family. Kami adik beradik raya mesti jumpe..takde masalah..