Friday, August 26, 2011


Kami sekeluarga mengucap SALAM AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini. Jika sepanjang saya berblogging ini pernah mengguris hati sesiapa, sepuluh jari disusun, ampun maaf dipinta.

Berhati-hati semasa memandu. Biar lambat asal selamat. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Blog akan sunyi seminggu. InsyaAllah kita akan bersua kembali minggu depan.

Gaya tidur baru si Hannah_Part 2





Gambar ni Mama snap pagi tadi masa tengah siap2 nak pergi kerja. Sorry gambar gelap. Kang pasang flash takut si kecik terjaga.


Dulu Mama kalau buat aksi gini tanda nye tengah senggugut. Yang kamu tidur style gitu nape Hannah ooii?? Sakit perut juga ke???

Thursday, August 25, 2011

1st time selsema



Dah few days Hannah selsema. Tapi selsema dia bukan jenis yg meleleh je tu. Tapi hidung dok tersumbat je. Cam susah nak nafas ler. Dah bawak ke klinik. Tapi doktor yg kami selalu jumpe tu tak bagi baby kecil ubat selsema. Dia kata terlalu kecil untuk bagi ubat selsema. Tak elok gamaknya. Dulu time Qaseh camtu gak. Yang dia bagi ubat titik bagi cair hingus je. Tapi kami tak de le guna selalu. Kalau dah kronik sangat baru guna.



Bila time sah tersumbat sangat tu nak nenen pon rasa terganggu je. Cian anak mama. Bila hidung dah 'ketat' tidur dalam air cond lagi le susah nak nafas. Tapi kalau tak on air cond panas le plak. Hannah ni jenis bukan boleh panas. Kuat berpeluh..

Hannah berjangkit dari Mama & Papa ni. Nasib baik si kakak tak berjangkit. Tak best le raya2 ni tak sehat kan. Papa plak batuk tak hilang2. hhmmm....

p/s: baju kurung raya Hanna dah siap. Kecik je...cute sangat. Tadi nak pegi kerja, Opah tgh buat last finishing baju Qaseh. Wah..wah..tak sabar tengok dorang boria di pagi raya.

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya Air Tangan Sendiri


Semalam berkesempatan buat 2 jenis biskut raya. Resepi turun menurun my mum. Resepi dulu2. Simple je janji sedap. Takde lah fancy dgn rupa yg menarik cam biskut2 raya sekarang ni.

Pepagi start dengan biskut arab. Buat skit2 je. Tak lalu le nak buat banyak2. Bukan ada helper. Semua buat sendiri. Cuma MIL tolong jagakan anak2 je la.

Bulat bulat yg cute. (Before bakar)


Lepas bakar kita golek2 kan biskut dalam gula icing. Then letak dalam papercup. Senang saje. Sekejap je dah setel.


Biskut kedua adalah Biskut Kacang. Permintaan Angah. Nak sangat katanya. Biskut ni mmg dah berkurun tak buat. Sebab silap gaya tak jadi. Then remeh nak buatnya. Tapi kesian kan Angah. Saya buat le juga.

Mula2 kena 'sangai' kacang dulu. Then buang kulit. Pastu potong kecik2 plak. Memang banyak kerja nye.


Lepas terap dengan acuan pilihan. Sapu putih telur then letak kacang dan gula. Lepas tu bakar le. Alhamdulillah satu pon takde yang over bake. huhuhu..




Last2 dapat le sebalang biskut kacang. Penat weh buat biskut ni. Tobattt...

Selalaunya saya jadi helper my mum dalam buat biskut2 raya ni. Seingat saya since darjah kot. Selaunya saya jadi tukang sapu2 putih telur then letak kacang/badam/ceri...Bila dh besar skit task bertambah dengan tukang jaga biskut dalam oven jangan bagi hangus. huhuhu..

Tapi bila my mum dah tak larat nak buat biskut raya ni, saya le kena buat dari A to Z. Tu yang penat benor tu...huhuhu...

Saturday, August 20, 2011

Promosi "Dessert Table" 2011

IMPIKAN DESSERT TABLE UNTUK MAJLIS ANDA??

Apash Sweet Treats
menawarkan Pakej sesuai untuk anda.

*Click for enlarge*


Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Apash:
H/P: 0195736516
E-mail: fadzh_lyiana@yahoo.com
FB: Lyiana Tamizi

Friday, August 19, 2011

Minta Tolong

Salam Jumaat untuk semua,

Saya teringin nak letak activity calendar di Apash Sweet Treat blog. Untuk memudahkan saya track tempahan dari customer. Tapi Tak tahu camne nak buat.

Ada sesiapa dapat bantu saya di hari Jumaat yang mulia ini???

Thursday, August 18, 2011

Favorite Qaseh





Qaseh lebih suka Mee dari Nasi. Mee dalam bahasa Qaseh merangkumi mee, bihun, kueh tiaw, spaghetti & macaroni. Tapi makan nye macam tu le. Kalau masak mee berkuah konpem dia makan mee saje. Kalau yg goreng tu kalau tak pedas sangat dia makan le. Paling suke makan fish cake / fish ball. Lauk lain ayam ke ikan ke langsung tak mahu. Telur kadang2 nak kadang2 tak nak.



Sama kes dengan nasi. Makan nasi kosong je. Ish..ish..sungguh tak balance nutrisi si Qaseh ni. Sayur & buah-buahan kirim salam le nak makan. Jumpa doktor dulu dah bagi vitamin. Tapi tak jalan juga. Last2 doktor kata maybe Qaseh ni jenis memilih makan. Makan yg bagi dia sedap je.


Kisah Qaseh dgn susu FM nya. Alhamdulillah dia dah 100% bertukar ke Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan. huhuhu..No more Engafrow. Jimat le dekat 1/2 bajet beli susu tiap2 bulan. Sebelum2 ni agak susah nak tukar susu. Dia rasa skit..then lain macam rasa terus tak mahu.

Dengan Anmum ni saya amik step campur2 susu. Enfagrow + Anmum. Mmg ada facts kata tak elok. Tapi nak wat camne kan. Alhamdulillah dalam 2minggu gitu dia dah boleh terima rasa susu Anmum tu. Lagi satu hal dia panggil susu Anmum tu "Susu Mama" sebab lebih kurang sama dengan susu yg saya minum Anmum Lacta. Bila saya kata "Bukan, ini susu Piyah(qaseh)"..Dia tetap dengan pendirian dia.."Bukan, susu Mama"..ape2 je la anak oii..

Tuesday, August 16, 2011

Cuti Raya & Kenangan Raya


Tahun ni kami takde le cuti sakan sangat. Saya amik cuti 2hari je pon. Raya ke-5 dah kerja. Hari sabtu kerja 1/2day je. Rugi le nak cuti...

Lagipon en.hubby tak amik cuti langsung. Cuti yg PH je. Nasib baik le 3hari cuti kan. Kire orite le. Kampung kami pon bukan jauh. Batu Gajah - Ipoh je. En.hubby kan baru start kerja tempat baru, takkan nak cuti lama2 pula. InsyaAllah MIL akan menunaikan haji pada musim haji nanti. So, better en.hubby simpan cuti time nak hantar MIL kan.

Tapi kali ni best sebab cuti 2 hari before raya. So dapat feel last minit preparation raya. Seronok..Saya suke suasana masak2 nak raya ni. Terbayang kesedapan nya. Auuww meleleh air liur. Kuah kacang mak yang marvelous makan pula dengan ketupat. Diiringi dengan rendang dan ayam kurma. Mantap!! Lemang?? Beli saje..lama dah tak masak lemang sendiri. Dulu2 abah ada le buat. Skang tak larat dah..lgpon takde sape nak tolong...Anak2 jenis malam raya baru sampai.



Dulu masa sume dok muda remaja tak kawin lagi. Along in-charge kemas rumah from A to Z. Saya pula tolong mak di dapur. Abah bakar lemang. My bro tolong Abah. Angah in between tolong mak and tolong Along. Selalunya berlarutan sampai ke 2-3pagi baru siap. Pastu masing2 terbongkang keletihan. huhuhu..

Then paling best pagi raya tu sape yg tinggal rumah tak pergi semayang raya akan siap2 juadah raya kat meja. Ngan air pilihan. Then tunggu sume balik dari masjid mula le sessi maaf bermaafan. Sessi air mata le kan. Setel dapat duit raya masyuk dari abah & mak. Time makan le pula. Makan satu family. Priceless moment. Berebut peha ayam dengan my bro. Hahahaha..Makan sampai buntat.



TAPI...lama dah tak merasa camtu. Last tahun 2001 kalau tak silap. Skang tak dapat makan complete satu family dah. Sedih....rindu juga moment gitu...Tapi apakan daya....(tiba2 mood sedih..sob..sob...)

Monday, August 15, 2011

Gaya tidur baru si Hannah



Back View


Side View



Close up


Close up lagi.


Mengantuk sangat anak mama ni. Tak pon empuk sangat bantal Mak Long tu. Ooppss..ini mmg angkara Mak Long ye. Mak Long menerap depan laptop Hannah pon kena sepesen ngn Mak Long.

Lepas berbuka Mama goreng keropok kat dapur. Mak Long tolong jaga Hannah. Setel goreng tengok2 Hannah dah sedap tidur dalam bilik Mak Long.

Lama juga Hannah tidur dalam position tu. Mahu dekat sejam...Itupon Mama amik bawak masuk bilik. Sebab Mama pon nak titon dah.

Habis sume seisi rumah favorite tidur meniarap. Mama juga yang sakit dada kalau tidur meniarap. Tak aci..dulu ok je..Bila preggy kan tak boleh meniarap. So terbawa2 sampai sekarang dah tak reti tidur meniarap. huhuhu

Butter punyer cerita


Jumaat lepas, lunch hour pergi TESCO. Hajat hati nak beli susu ANMUM Lacta tu. Masa tgh jalan kat notice board TESCO tu ternampak "BUTTERCUP RM3.65"



Waahhhh..murah beb. Selalu RM4++. Terus je memborong 8ketul sumenyer. Then update kat FB pasal harga murah tu. huhuhu..


Tak lama kemudian adik Ipar SIL (nurul) sms bgtau Buttercup di Pasaraya TF (Bt Gajah) hanya RM2.99. Cissss..berbulu je dengar tau. Beza 65sen tu. Kalau darab 8 dah RM5.20. Sabar je la. Dah takde rezeki di situ.

Tak lama tu order cheese tart bertambah lagi. Maknanya mmg nk kena beli butter le lagi. Dah tanam niat dalam hati nak gi TF beli buttercup lah. Pagi sabtu pula, Nurul SMS lagi bgtau TESCO buat promo 3ketul RM8. Jatuhnya seketul RM2.67. Lagi murah...tapi limited 6ketul 1 family je la..

Apa lagi terus ke TESCO borong 6ketul buttercup. Akhirnya ada le 14ketul sebagai stok dalam peti sejuk. huhuhu...Suka ada stok kat rumah senang nak membaking bila masa2 pon.

Terima kasih ye Nurul untuk info2 terkini pasal BUTTERCUP ni..Awak tak meborong ke utk buat kek2???




Saya ada terbaca (lupe dah kat mana) yang Buttercup is not a BUTTER at all. Dia adalah some sort of Marjerin tapi "kasta" tinggi skit dari marjerin biasa. Tak tau le teman kan. Marjerin dari vegetable oil tapi butter dari susu lembu. Buttercup ni lepa susu. Mmg ada brand butter lain yg lagi bagus. Tapi kalau guna butter yg mahal camne nak jual dengan harga yang rendah. Lagi2 lah kita yang baru start berniaga ni. Mahal2 sapa le yg nak beli kan.

At the mean time stick dengan Buttercup je la dulu. Masa hadapan tak tau le kan..

Friday, August 12, 2011

Hannah 5 bulan

Rabu lepas genap Hannah 5 bulan. Terlambat pula Mama update. Sorry ye sayang. Janji update eh.

3hb Aug sepatutnya appointment check up Hannah. Tapi busy kat ofis then Along masuk spital plak. So bawak ke esok hari nya 4hb. Berat Hannah 7kg. Naik 400g dari bulan lepas. Alhamdulillah cucuk kali ni Hannah tak menangis pon. Demam pon tak. Cuma badan dedor skit jer. Tapi tetap bagi makan ubat supaya tak demam teruk kan.

Dengan Hannah, Mama sorang je pon boleh bawak gi clinic. Tak perlu angkut Opah + Qaseh untuk teman. Sebabnya Hannah mahu duduk dalam car seat dia. Rileks je..takde le nak nangis2 macam Qaseh dulu. Lagipon klinik bemban tu bukan jauh dari rumah pon. Thanks to Mak Ngah Hannah sebab sponsor kan car seat infant tu.


Suke sangat main lidah. Ni ajaran sesat Pak Long le ni.


Progress si Hannah:


Hannah start meniarap masa 3bulan. Skang mmg dah pusing2. Kejap2 ke depan..kejap2 dia ke belakang. Punggung pon dah terangkat..Minggu lepas masa tu Mama takde gi keje. Mak Long tidurkan hannah then letak atas katil. Buat benteng guna bantal je la. Tak lama tu bunyi "ok..ek..ok..ek" tapi bukan nangis. Tengok2 si Hannah dah jatuh katil. Nasib baik dia jatuh atas bantal. Tu yg takde ape2. Nangis pon idak. Alhamdulillah. Orang tua2 kata budak2 ni ada malaikat yang jaga.

Hannah ni kurang tidur waktu siang. Kalau tidur pon kejap2..Kadang2 tengah sedap tidur si kakak datang gerak 'Hannah, banyun"...Tapi kalau senyap sunyi takde sape kacau pon tidur kejap2 juga. Dia takde le cam baby lain tidur lama2 waktu siang. Mana badan nak mok2 macam kakak dulu. Tapi malam dia tidur lena. Takde le asyik nak ngempeng cam kakak dulu. Dia bangun 2@3x untuk nenen je.


Tak cukup jari tangan..jari kaki pon nak.


Tapi perangai si Hannah ada time dia nak berpegang je kejenye. Tapi ada time nye ok je dia dok meniarap kat tilam dia. Ikut mood kot..

Hannah paling suka perhati apa yg kakak dia buat/main. Mesti dalam hati tak sabar nak join menghuru-harakan umah Opah lagi kan. Hahahaha..Apa saja kakak dia main dia tunjuk minat. Tapi kakak nye kedekut. Tak nak kasi adik pinjam. Ade sekali tu Hannah main buku ABC si kakak. Renyuk le ckit. Terus si kakak rampas sambil sapu2 page yg renyuk tu sambil kata "buku Piyah"...Cis kedekut...hahaha..

Hannah tak tidur buai macam Qaseh dulu. Motif? Risaukan keselamatan Hannah. Sebab takut kalau si Qaseh main buai or tarik adik dia. So, baik tak payah tidur buai. Cara nak tidurkan Hannah adalah dukung dia then pekap ke dada. Tepuk2 montot dia. Sambil zikir sambil hanyun badan. Ala2 terasa cam buai le juga. InsyaAllah tidur le dia.


Nyum..nyum..sedap nye.

Alhamdulillah Hannah masih susu badan. Sekali consume 2.5 to 3oz. Sekarang dah pandai "gigit' time menyusu. Suke benor ketapkan gusi dia. Pastu sengih2 buat muka innocent. Hannah ingat puting botol susu tu ke. Sakit le mama...Satu lagi pe'el si Hannah kalau waktu siang Mama ada di rumah. Hannah mesti ada mengamuk sekali tak nak nenen Mama. Rupenyer dia nak botol. Adoiyaii..Tu le dia dah biasa waktu siang minum botol. Flow laju je kan. Tapi malam je tetap nak ngempeng Mama. Jangan tak nak nenen ngn Mama langsung sudah le.



Tuesday, August 9, 2011

Hari Pertama untuk En.hubby

Hari ini en.hubby mula bekerja di tempat baru. Nun jauh di Tasek. Jauh le juga dari Batu Gajah. Sebelum jam 7pg en.hubby dah keluar rumah gerak ke Tasek. Tak mahu terlewat pada hari pertama melaporkan diri. Lagipon tak boleh agak traffic macam mana ke sana. Nasib baik gerak awal kata en.hubby jalan jem. Di mana yang jem kurang pasti. huhuhuhu..

Actually terpancar wajah gembira + excited + cuak pada en.hubby. Cuak katanya sebab tak tahu lagi keadaan di sana macam mana. Cuak nak kena buat kawan baru. Tapi dalam hati dia saya tahu dia gembira dapat kerja baru ini. Itu kerana sudah bertahun dia tidak suka dengan kerja lama tu. Tidak suka pada bahagian management. Tak boleh ulas banyak..kang jadi isu races pula. Kita kan kena semangat 1 Malaysia. ;-)

Apepon kami bersyukur kerana dengan kerja baru, en.hubby pon dapat gaji baru. Lebih la dari di tempat lama. Tapi kalau ditimbang tolak dengan kos minyak untuk berulang alik Batu Gajah- Tasek lebih kurang juga dihujung bulan. Tapi kata en.hubby banyak le sikit potongan EPF tu banding dengan tempat lama. Betul juga kan. Simpanan hari tua tu.

Lagi satu rezeki dari Allah, en.hubby sempat terima duit bonus di tempat kerja lama before berhenti. Lepas le nak baiki kereta pusaka arwah FIL yang digunakan untuk ulang alik kerja. Dan untuk beli baju raya anak2. Alhamdulillah..Biar mak pak takde baju raya tapi untuk anak2 MESTI diusahakan. Duit dah ada kat tangan Mama ni, hhmm tapi bila nak gi belinya. huhuhu..





Monday, August 8, 2011

Rumusan kisah minggu lepas

Rasa lama betul dah berblogging. Ade pon sekali seminggu. Bukan takde kisah2 nak share tapi lately cam busy skit di ofis. Ada waktu lapang dok layan Masterchef Australia Season 3 kat youtube je. huhuhu...

Alhamdulillah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Suka betul puasa kali ni sebab 1 Ramadhan sama ngn 1 Aug. Confirm tak lupe dah berapa hari berpuasa. Masuk hari ke-8 saya dapat berpuasa. Syukur alhamdulillah..Moga2 red flag yang dah lama tak kunjung tiba..tak kan menjenguk kembali dalam bulan ni. Dapatlah berpuasa penuh kan. Maybe berkat fully breastfeed so period pon lambat skit. Dulu time Qaseh 100hari je terus datang.

Tapi cabaran berpuasa kali ni agak besar juga. Petang balik kerja mandikan anak2 terus jadi flat. Macam tak terdaya. Lapar tu tak kesah sangat. Bab rasa dehydrated tu yg teruk sgt. Nasib baik ada MIL & SIL. Bab juadah berbuka puasa selalunya MIL & SIL yang sediakan. Tugas saya jaga 2 budak kenit tu. Kalau dorang tidur dapat le tolong apa yang patut. Jeles tak korang ngn saya??huhuhu..Terima kasih berbanyak pada SIL&MIL.

Rabu lepas kami dikejutkan dengan kejadian prematured contraction Along. My mum pula takde di sini dari sebelum puasa my mum dah stay dgn Angah di Putrajaya. En.hubby yang tolong bawakkan Along ke hospital. Then, saya & suami Along pon menyusul masa tengahari. Along kena stay 1 malam di ward for monitoring. Alhamdulillah baik2 belaka. Sekarang Along di rumah tapi sekali sekala still ada rasa contraction. Tapi tak teruk sangat.

Then Qaseh pula demam, cirit-birit dan muntah on Thursday. Bila demam Qaseh ni merap skit ngn Mama. Mama pon amik EL. Bawa ke klinik bagi makan ubat..ok skit. Jumaat Mama kerja cam biasa. Tapi pagi sabtu tu, Mama dah siap pakai baju semua, Qaseh bangun tidur terus nangis sakit perut. Then ajak mandi (read: basuh poo poo). Siap pakai baju sume bagi makan ubat. In split second dia muntah..ditambah dengan melalak..Cuci muntah salin baju sume, jadinya Mama dah lambat untuk ke ofis. So, cuti lagi. Bawak Qaseh ke klinik balik. Alhamdulillah dah ok.

Kisah EBM pula, seperti yang dijangka susut sedikit. 1st day puasa dapat 16oz, 2nd day 14oz 3rd day 12oz je..huhuhu...nasib baik ada stok yang agak banyak. Jadi hati tak risau. Dulu time Qaseh saya terpaksa ponteng puasa. Contoh lepas puasa 3-4 hari saya ponteng sehari. Bagi badan segar dengan unlimited fluid. Makan tu tak seberapa..janji dapat minum. Struggle juga time tu.

Part yg tak best tak dapat buat stock untuk bulan 8 ni. Hari dah 8hb baru 8oz je stok. Takpe la kan, janji dapat puasa sebanyak mungkin dan insyaallah penuh puasa. huhuhu..Lepas puasa sambung buat stock balik..

Siren dah bunyi tanda sudah pukul 5 tapi lebat gile hujan. Camne nak balik ni..hhmmm...

Selamat Berbuka puasa semua!!

Wednesday, August 3, 2011

Anakku yg stylo

Ini sume kerja Papa. Sape punye sunglasses pon tak tau. Masa tu mama baru lepas mandikan Qaseh..keluar bilik air je nampak si Hannah sedang bergaya dengan spek hitam tu..huhuhu..Kecik lagi kan..redha je apa yg orang kasik pakai. huhuhuhu..



Bila adik dah pakai confirm le si kakak pon sibuk nak pakai.Aww..seksi berkemban anak dara mama. Kata baru lepas mandi kan..ooppss abaikan semak kat belakang tu..