Monday, January 16, 2012

Jalan-jalan ke Cameron Highlands

Pasar di KEA FARM



Seperti yg dah cerita dalam Misi mencari Strawberry, kami ke CH pagi ahad lepas. Mmg dah set nak gi awal sbb kalau lewat nanti orang makin ramai. Plan nak gerak kol 8pg. Tapi last2 gerak dr BG dekat kol 9pg juga.


Second time for Qaseh and first for Hannah


Last kami pergi CH sebelum bersalinkan Hannah. Kisah dia bleh rujuk SINI. Tapi kali ni kami pergi angkut MIL sekali. Ajak mak saya dia tak mau. Tapi untung juga MIL ikut. Bleh pegang si Hannah dalam kereta. Sebab si kakak dok merap ngn Mama pasal dia pening jalan bengkang-bengkok tu.

Semalam cuaca dok hujan gerimis je. Papa sampai2 kat CH dia kata konpem bila bercakap berasap (berwap) dah macam kat London plak kan. hahaha..Mmg sejuk pon. Qaseh & Hannah awal2 dah bagi pakai jeans, socks & sweater. Papa pon pakai jacket. Mama & MIL je rileks je kan. Tapi tapak tangan sejuk weh..nasib tak beli sarung tangan je. Belikan utk Qaseh bukan dia nak pakai pon. Membazir je.


Gambar sebagai bukti Mama borong strawberry. 1 plastik mama pegang, 1 MIL pegang. Pastu ade beli 1 plastik lg. hahaha..



Tak banyak gambar yg Papa snap. Sebab Papa dok tolak stroller. Mama busy shopping. Alaaa..beli strawberry le. Kata misi utama kan. Cadang pas setel beli2 ingat nak bwk Qaseh self plucking strawberry tapi dok hujan je then sebab kejar masa. So next time je la.



Masa on d way dah pasang niat nak beli cendawan goreng. Lain tak pandang sebab kat tmpt len pon ada jual. hahaha...Satu bekas cendawan goreng tu RM2.50 tapi skit je. So mama borong RM10 terus. Puas le juga. Qaseh pon makan juga. Kalau dia tgk rupe cendawan tu sebelum goreng konpem dia tak nak. Ni dia tgk mcm cucur je, tu pasal dia nak makan.


Sepanjang kat sana sejuk gile pipi si budak kenit ni. Telinga pon sejuk je. Tapi Hannah bukan nak pakai mende2 alah atas kepala dia. So, biar je la dia sejuk gitu. hehehe..




Gambar 3 generasi

Itu je la gambar Papa yg ada. Kesian Papa selalu jadi photographer je. Itu pon nasib baik Papa minta Mama snap sekeping. Mama langsung tak ingat. Ingat nk membeli je. Ampun Papa..hehehe...


Ok..dah cukup strawberry, boleh balik.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com