Wednesday, September 26, 2012

Tawaran HEBAT Pakej Wedding Cake

Apash Sweet Treats ingin menawarkan tawaran hebat pada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan SEPT atau OCT dan  masih belum membuat tempahan 'Wedding Cake' mereka.Ini peluang ANDA.

Tawaran pakej Wedding Cake seperti berikut:

  1. Kek 2 tingkat dan 1 set cupcakes.
  2. 10" butter cake / Choc Moist Cake
  3. 7" sponge cake (vanilla, chocolate, orange, strawberry)
  4. 16nos choc moist cupcakes.
  5. Steam buttercream frosting.
  6. Decoration flower buttercream/gumpaste
  7. 'G' cake stand diberi percuma (pinjam)
  8. Pisau diberi percuma (pinjam)

Semua itu dengan HANYA RM250

Jika berminat boleh inbox saya di FB Lyiana Tamizi untuk keterangan lanjut.

TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT

Saturday, September 8, 2012

Basikal Upin Ipin

Piyah dah lama request nak basikal lepas dia tengok Upin Ipin main basikal yang Tok Dalang tolong buatkan. Masa time raya orang bagi duit dia dah pandai nk pgg sendiri tak bagi mama pegang. Bukan ape takut tercicir maklum le budak2. So mama gunakan alasan nak beli basikal guna duit raya tu. Baru le dia kasi kt Mama.

Alhamdulillah khamis lepas cuti sbb Opah kena gi hospital utk check up. Mama ajak Papa gi beli. Yela biasanye kami free pon hari Ahad. Ahad kedai basikal mana bukak. Papa insist nak beli kt kedai basikal di Tmn Ipoh Jaya. Sbb dulu masa sekolah2 dia beli basikal kt kedai tu juga. So, ikutkan saje.


Kakak Piyah tak cerewet sangat dlm memilih basikal. Janji basikal. hahaha..tp belikan dia warna pink. Kakak yg test dulu basikal. Si Hannah dah tgk kakak dia dah naik basikal terus dia dongak, jari tunjuk ke atas sambil ckp " Tuuu...Tuuu...Tuuu". Dia dok tunjuk basikal yg tgh bergantung kt atas.


So, dah itu pilihan dia Mama & Papa belikan je la. Walaupon warna yg agak meriah. Tapi yg itupon yg cun. huhuhu..Bila dah bagi naik beskal tu kt kedai..setel bayar sume. Boleh plak dia tak turun dr basikal. Main kt rumah le sayang oii... Sabar je la. Kecik tapi akal banyak.

Even mama dok ckp duit raya nk beli basikal, tapi sebenarnye tak pon. Duit raya simpan kt ASD. Mama kuar duit sendiri la.

Wednesday, September 5, 2012

Ngantuk benor



 

Perasan tak ape yg ade di mulut si kakak ni??

Itule biskut tiger. Tgh makan boleh dia bantai tidur. Ish..ish..ish..
Gambar ni masa kami on d way balik Ipoh dari KL raya ke4 haritu. Mama dok depan ngn hannah. So kakak dok sorg2 belakang. Dia request nak biskut tiger. So papa benti kt station minyak belikan biskut tu. Makan punye makan tetiba senyap. Laa dah lena rupenye. Kesian anak Mama ni.

Monday, September 3, 2012

Cousins

Firhan je takde dlm gmbr. Coming soon akan btambah sorg lg anak sedara sy.
 Baby girl pon ok. Sbb anak sedare dua2 laki. So minta2 baby along ni girl. Huhuhu...

 

Bila balik rumah Opah Nah (My mum) mmg favorite deme ni main bawah meja.
ish..ish..ish