Wednesday, November 23, 2011

Selamat Kembali Hajah Sharifah

Gambar time baru nak pergi ke Tanah Suci dulu.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, MIL sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Flight MIL tiba di KLIA around 9.30pm Hari Isnin. Suami, SIL & suami SIL je pergi jemput MIL. Karang kami 3 beranak ikut tang, mana pula MIL nak duduk. Dengan luggage besar lagi. So, kami di eksport ke rumah Mak saya. Gara2 tak berani nak duduk 3 beranak saje. Lagi2 saya tgh demam. huhuhuhu..

Ikut cerita SIL, sessi berjujuran air mata antara anak2 dan mak dah berlangsung di KLIA sejurus dapat berjumpa. Cuma sessi air mata antara Opah dan cucunya terlewat skit.

Semalam lunch hour, Mama gigih balik rumah mak saya angkut 2 budak kenit tu balik batu gajah. Tak sabor nak tunggu abih kerja kol 5pm. Tiba di rumah je..Hannah masuk dulu sebab si kakak tgh sedap tidur.

Opah terus 'menyambar' Hannah dari Papa. Hannah pon ok je..kenal lagi Opah. Even lama tak jumpe. Then dukung Qaseh masuk rumah. Bagi kat Opah. Dua2 cucu dah atas tiba Opah. Then Opah terus menangis sambil cium2 cucu kesayangan.

Mama pon apa lagi..join sekaki le mengangis. Sungguh syahdu tau...Itulah tangisan mengubati kerinduan. Qaseh yg blur2 baru bangun tidur..bila di tanya.."Sape tu"..dia jawab "OPAH"..

Yela Hannah yg kecik pon kenal Opah lagi lah si Qaseh yg dah besar.

Begitulah kisah "Jejak Kasihan" antara Opah dan cucu2nya.

No comments: