Thursday, November 10, 2011

Happy 8months Young Hannah

Masam nye muka anak Mama.
Protes tak mahu duduk dalam carseat ker??




Cepat je masa berlalu kan. Hannah pon dah masuk 8bulan hari ini. Semoga Hannah membesar dengan sehat & kuat. huhuhu...Mama & Papa love you so much.

Perkembangan setiap anak2 tu berbeza. Yes I know that. Tapi dah masuk 8bulan Hannah still tak merangkak lagi. Mungkin si Qaseh tu perkembangan nya semua cepat so nampak cam adik ni ketinggalan banyak. Tapi nampak juga le progress tu ada. Before ni asyik 'gostan' je. Tapi skang dah pandai menyulur ke depan dah.

Tapi maybe Hannah just want skip crawling stage and terus start berjalan. Ada juga setengah babies yg macam tu kan. Even tak merangkak. Tapi kalau dalam walker laju ya amat. Kalau si kakak duduk bertenggek tepi walker tu pon Hannah still boleh bergerak dengan membawa beban si kakak tu. It shows how strong kaki si Hannah kan.

Hannah juga kalau letak dalam keadaan duduk kire dh stabil juga. Kalau dia dok diam je lama le dia dalam position tu. Unless she try to reach something baru dia mula nak senget/jatuh.



Satu perkembangan yg dia mendahului si Qaseh. Hannah dah ada 2 gigi bawah before masuk 8bulan. Si kakak dah 8bulan++ baru nampak bayang gigi. Biasa le bila dah ada gigi ni. Mula le Mama nak terjerit2 time BF. Bila dah gigit pandai pula buat muka tak bersalah. Tersengih cam kerang busuk.



Satu lagi since 7bulan haritu Hannah dah pandai pegang botol susu sendiri. Senang Mama bila tgh driving. Bila letak je dalam car seat mula le menggeliat then nak melalak. Siap je pakai seatbelt terus Mama sumbat susu. Baru dia tak melalak.

For EBM consumption pula. Since dok ulang alik ke rumah Pah Nah ni, Hannah normally akan minum 6botol x 3oz. 1botol perjalanan pergi, 1 botol perjalanan pulang. Lagi 4 botol dari 8pg - 5ptg time office hour le kan. Kalau dulu duduk kat rumah dgn OPAH nak abih 5botol pon kdg2 je. So itu memaksa Mama untuk lebih rajin mengepam. huhuhuhu...

On solid food pula. Hannah pada awal 6bulan tu refused to eat. Ade 2 sudu pastu dia akan ketap mulut dia. Kalau time bila dia nganga mulut cepat2 kita suap terus dia sembur2 food tu. Adoiyaii...

Tapi Alhamdulillah lately dia dah mula accept food. Even tak banyak at least dia makan juga. Dia paling ske whipped potato KFC. Haritu dia tgk si Kakak makan. Dia pon usya semacam macam nak je. Try suap skit. Since that pantang nampak. Mesti nak. Lambat suap je mula le bising. Mama try buat sendiri. Rebus potato sendiri then lecek. Haram dia nak. Maybe KFC punye dah cukup seasoning tu. Tapi bg yg potato je la. Gravy tu tak bagi sebab ada lada hitam kan. Takut Hannah tak tahan. Dia juga suka nasi & sup. Nasi tu tak blend tau. Just bagi kembang dalam sup. Then lenyek2 dengan sudu je.

Hannah belum lagi amik Pneumococcal lagi. Nak amik kat panel clinic sebab tak payah bayar sendiri. Kan mahal jab tu. Tapi clinic tu tak nak rugi sebab 1 botol dia purchase tu boleh 2x jab. So kena amik dengan anak officemate sorang ni. Nak dijadikan cerita ofismate tu dah abih limit. Kena tunggu next year. Hhmm susah tol le macam ni.

Itu je la kot kisah Hannah utk 8 bulan ni. Nanti ada progress baru Mama update ye.

No comments: