Showing posts with label Firhan. Show all posts
Showing posts with label Firhan. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Hari Raya Aidiladha Kami


Hari Raya Korban kami mmg selalunya adalah biasa2 saje. Tak semeriah Raya Puasa. Lagi2 lah tahun ini, tinggal kami empat beranak je. MIL masih di Tanah Suci. SIL balik kampung suami. Actually dah empat tahun beraya di rumah MIL ni, tak kira raya puasa ke raya haji, yang memasak rendang dan kuah kacang adalah MIL. Saya tolong gitu2 saje dan jaga anak2 jer.



So, bile MIL takde WAJIB le saya yang memikul tugas untuk masak2 ni. Lagi2 le SIL pon takde. Takkan nak makan roti & telur je pagi raya kan.



En.hubby mmg dari awal dah request rendang ikan tongkol. Maklum le ayam daging tak makan so option ke ikan le. Saya pula teringin nak makan nasi impit kuah kacang mak saya. Mak tak larat nak masak. So, tekad cuba masak sendiri. Kalau tak sampai bile tak pandai kan. Minta resepi dari Mak, alhamdulillah menjadi juga. Cuma minor comment dari Mak. Mak kata raya tahun depan saya yg masak, Mak jadi mandor je. hahaha..



Masak pon skit2 je..sebab tukang makannya bukan ramai. Lagi le kami akan ke Penang sebelum tengahari tu untuk ke majlis hari jadi anak buah saya, Khalif Firhan. So konpem takde sape nak datang bertandang kat rumah. huhuhu..



Nasi impit rebus ketupat mini segera dari NONA je pon. Tak kuasa nak anyam ketupat. Anyam time Raya puasa je dulu. Kalau nak anyam pon tak menang tangan le nak buat semua sendiri.



Last but no least choc moist cupcake. Kata tokei cake..mesti le kena ada. hahaha...takde le itu lebih dari cupcake yg saya buat untuk majlis E'an. Pagi2 bangun tidur dengan tak mandi lagi Qaseh dah nampak cupcake tu. Terus dia minta nak makan.


Actually Sabtu & Ahad tu mmg hari yg amat memenatkan. Pagi sabtu tu kerja cam biasa. sepatutnya kol 12tgh dah boleh balik. Tapi ada kerja nak kena setelkan. 1.30pm baru balik. Singgah pekan beli barang2 untuk masak.

Sampai rumah dah kol 2pm, terus start masak karang suami balik kerja petang tu takde mende nak masak. Masak Sotong kari, tumis sawi & ikan merah stim. Siap masak, start baking RV & choc moist cupcakes. Siap bakar mandi2 pe sume keluar gi maxis center kejap.

Pas maghrib, start deko cupcakes. Kol 9.30pm camtu tidurkan si Hannah & Qaseh. Kol 10pm lebih baru start masak kuah kacang. Dah le masaknya kena lama kan. Setel kemas sume dah kol 1pagi. Huaarrghhh penat gile.

Lepas subuh pagi raya tu masak rendang ikan tongkol pula. Siap masak, siapkan makanan kat meja. Tunggu suami balik sembahyang raya. Mandikan anak2 siap bag baju anak2. Setel makan semua kami ke kubur. Ziarah pusara FIL. Then pergi amik my mum terus menuju ke Penang.

Dalam kereta penat melayan anak2. Lepas maghrib kami gerak balik Perak. Hannah & Qaseh tidur. Mama dah penat gile..mata mengantuk ya amat. Dengan jalan jammed lagi. Tanpa sedar Mama dah gi lalalalaland.....hahaha..

Tapi takde le tidur tak sedar2 langsung. Kejap2 terjaga tengok2kan keadaan en.hubby. Yela dia pon mengantuk gak..bila mengantuk mulalah nak tekan je pedal minyak tu.. Alhamdulillah selamat tiba di rumah kol 11.30pm. Mmg penat giler......






Thursday, September 8, 2011

Gambar Raya



Bila tengok balik gambar raya yg Papa snap masa cuti raya tu tak berapa menggambarkan suasana raya. Sebabnya balik2 muka Hannah, tak pon si kakak. Terselit juga gambar si E'an (anak Angah).



Itu menunjukkan Papa belum categori orang2 yang tak boleh berenggang dengan dslr. Pergi beraya pon tak bawak camera. Camne nk shoot gambar raya. Nasib baik pagi2 raya ada tangkap few pics. Jadilah dari takde langsung kan..



Dah 4x raya ni tak berpeluang tangkap gambar 1 family belah saya. Sebab kami balik sana pon dah petang. Orang lain semua dah salin baju raya. Dan dah malas nk bersiap balik. huhuhuhu...


Thursday, June 16, 2011

Qaseh + Mat Kalip = Sepupu


Last weekend my mum balik Ipoh lepas dekat 2weeks stay kat rumah Angah di Putrajaya. Teman Angah sebab her hubby kena berkampung kat SUKMA. Dah alang2 my bro hantar mak balik Angah pon ikut balik sekali. Kitaorg plak xde hal ape2 so baik tidur umah Along sekali. Walaupon tak cukup korum, dapat berkumpul sekali sekala kan.


Bukan kami je seronok, Qaseh pon seronok dapat jumpa Mat Kalip @ E'an. Seronok ada geng main. Ade geng berebut toys. Ada geng panjat kerusi. Ada geng berjoget depan TV. huhuhu.. Mmg tak duduk diam le dorang ni. Nak tangkap gambar pon susah. Bila sorang dh siap pandang camera, yg sorang lain bergerak. Sampai last tak dpt gambar cun.



Dorang ni lahir pada tahun yg sama. Qaseh tua 7bulan dari E'an. Tapi sama besar je. huhuhu.. InsyaAllah nanti Along akan bersalin October ni. Jadinya baby Along beza ngan Hannah pon 7bulan. Sama je ngn Qaseh & E'an. Takpe la sepupu2 ada geng sebaya.



Saya ada mention kat Angah, hujung tahun my bro kahwin. InsyaAllah kalau ade rezeki my bro plak dapat anak, so Angah kena pregnant le tahun depan bagi sama dgn my bro. Hahaha.. Tak gitu Angah???



Pesanan khidmat masyarakat untuk Angah:

"InsyaAllah ada rezeki untuk setiap anak-anak even mahal nak kena hantar ke nursery"

Monday, February 7, 2011

Sessi Berendam Pula..



Hari Sabtu lepas kerja Mama & Qaseh gi lepak umah Along lagi. Kali ni berdua je sebab Papa kerja full day kan. Semenjak dah besar skit ni senang travel berdua dgn Qaseh. Janji tak travel jauh2 le. Setakat Batu Gajah -Ipoh-Batu Gajah tu boleh la.



Lepas lunch kat umah Along, mula sessi berendam dalam pool untuk Qaseh dan E'an aka Mat Kalip (anak Angah). Bukan main seronok dorang dapat main air. Qaseh pon dan berbulan2 tak mandi pool kat umah. Nak mandi pool kat hotel pon lama dah tak gi bercuti ni.



Aksi comel anak Mama



Qaseh pakai swimming suit lama dia. Still muat lagi cuma part perut tu ketat la. Tapi jenis kain stretchable so takde hal. Opah siap cakap Qaseh dah macam orang hollywood pregnant je pakai baju ketat2 tayang perut. hahahaha..


Pose tengok camera plak


Tepuk2 air..splash..splash


Wajah 'ayu' Qaseh..bak kata Mak Long





Di sebalik wajah kegembiraan Qaseh bermain air terselit sedikit rasa ketakutan..Qaseh takut ape tu???

Qaseh takut kat E'an. Adehh..buat malu kaum le Qaseh ni. Padahal Qaseh lagi tua dari E'an. Tua 7bulan tu. Tapi tinggi sama je maklum le Qaseh ni rendah skit cuma debab jer lebih.



Ish..ape mamat ni dekat2 kat kita plak. Orang tak ske la..


Sepanjang dalam pool tu Qaseh duduk jauh dari E'an. Stay kat ujung2 pool je. Bila E'an datang dekat Qaseh sure berundur utk make a distance dari E'an. Dia tak mau dekat2 ngn E'an. Nasib baik dia nak share pool yg sama.



Tak lama lepas tu bila tengok jari pon dah kecut, Qaseh pusing kat Mama kata "Mama..takut"..bila E'an dah dekat benor ngn dia. Terus dia nak keluar dari pool. Tak moh main air dah. Senang kerja mama. Takde le Qaseh nangis nk suruh stop mandi. huhuhuhu..


Actually dua sepupu ni jarang jumpe. Sekali sebulan pon susah. Qaseh ni plak bukan le anti sosial sangat. Qaseh ske kawan ngn budak2 besar skit. Budak2 sebaya dia mmg dia tak reti nk berkawan. E'an plak biasa duduk taska so biasa le bersosial kan. Bukan macam Qaseh hari2 tgk muka Opah je. Mana ade jumpe budak kecik yg lain.

Nak jadikan hal plak..si E'an ni setiap kali jumpe Qaseh mesti nk tarik rambut tak pon nk 'lepuk' Qaseh. Sebelum ni Qaseh sempat le mengelak dari kena tarik rambut or kena pukul dek E'an. Cuma ada insiden masa kami sume sibuk masak & bakar ikan haritu. Tinggal Qaseh & E'an kat ruang tamu. Tiba2 dengar Qaseh melalak tak hengat punya. Rupe2nya baru lepas kena lepuk ngan E'an. Tu yang terus fobia ngn E'an...

Alahai anak mama...


P/s: Gambar dari FB Along juga!!



Tuesday, November 9, 2010

Khalif Firhan Birthday!!


Alhamdulillah sabtu lepas dapat kami ke Putrajaya untuk celebrate birthday my nephew Khalif Firhan. Sambutan kecil-kecilan untuk family saje. Cuma family belah saya je dapat datang. Family belah hubby angah tak dapat datang.

Birthday cake Ladybug from Secret Recipe. Choc moist cake.



Birthday boy wif mama masa nak potong cake.



Antara yang dapat hadir untuk birthday E'an. Nasib baik bawak tripod so dapat le bergambar semua sekali.



Hidangan simple untuk kami sekeluarga menjamu selera...


Cadangan asal nak buat cupcakes for Firhan tapi lepas fikir2 siapa le pulak nak menghabiskan cupcakes tu plak. Birthday cake pon tak termakan. Next time le Mak kecik sponsor cupcake utk E'an yer..

Saturday, November 6, 2010

Happy Saturday!!



Morning everyone!!

Orang lain sedang berjimba-jimba cuti 3 hari. Saya pula berada di ofis pagi2 ni. Nasib baik kerja half day je. Kalau tak lagi meroyan..hahahaha..



Today 06/11 birthday my lil nephew, Khalif Firhan. Happy Birthday darling!!..Insyaallah lepas makan tengahari nanti, saya, en.hubby, Qaseh & my mum akan mula perjalanan ke Putrajaya. Untuk celebrate birthday E'an.


E'an dah setahun. Dah Big Boy..Tak mau selalu nangis2 tau. Bagi can Mak kecik dukung lama2 skit. hahahaha


Lagipon since my Angah pindah Putrajaya sebelum bulan puasa haritu, belum lagi kami anak beranak pergi sana. Alang-alang dapat juga jalan-jalan Putrajaya. Tapi masa lak limited. Esok petang dah kena balik Batu Gajah. Isnin kan dah kena keje.

Plan nak gi wat photoshoot sekitar Putrajaya tu. Kan banyak tempat cantik-cantik. Haa..en.hubby jangan lupa bawak EOS 550D tu plak..Kang tak pasal2 photo shoot guna camera HP je...


Ok la..cu guys in Monday!!

Monday, October 18, 2010

"Saya sakitlah..Saya dh kurus"

Received this photo thru MMS from my Angah yesterday "Saya sakitlah..Saya dh kurus"



This is my nephew..Khalif Firhan 11months.


Currently E'an tak sehat. Cirit-birit dan muntah2 dari hari jumaat lepas. Siap bawa pergi wad kecemasan @ Hospital Putrajaya. Tapi hasil ujian darah takde ape2 masalah. E'an tak perlu warded.

Tapi sampai hari ni still cirit birit. Cuma muntah dah kurang. Tadi last call my Angah dorang kt Hospital Putrajaya tgh tunggu turn. Poor lil E'an.

Angah siap amik 1 week unpaid leaves. Yela siapa lagi nak jaga E'an kan. Mak kecik (me) doakan E'an cepat sembuh ye sayang.. Kecian E'an dah kurus...

Monday, June 7, 2010

Rentetan kisah Mata Lebam E'an

Haritu ade share kisah Mata Lebam E'an kan.


Bahagian matanya nampak sedikit kemerahan dan ada kesan luka kecil di kelopak mata

Sambungan cerita nye:

Petang tu Angah pergi jumpe owner TASKA ngn tukang masak tu. Lepas berbincang dan share cerita baru le tahu hal sebenarnya.

Rupa2nya, tukang masak tu tak bersalah pon. Dia kata lepas dia cium2 E'an terus dia balik. Dia tak buat apa2 pon kat E'an. Dia juga kata dia sudah 5thn kerja di situ, dan tak pernah nk dera budak2.

BB sitter tu yang buat cerita rupanye. Nampak sangat dia bersalah sebab dia terus berhenti. Dah takut dia terus salahkan orang lain then cabut.

Angah pon x boleh nak buat apa lah. Sbb BB sitter tu dah berhenti. So moga2 tak berulang la lagi perkara itu. Kesian budak2 yang x bersalah tu.

Boleh nampak sebelah matanya bengkak.


Friday, June 4, 2010

Mata E'an Lebam



Tadi Angah saya bagitau E'an (my nephew) mata nye lebam. Ingatkan jatuh ke apa. Rupa2nya dapat di TASKA. Kesian E'an. X pasal mata nye lebam.


Angah & E'an. 'amik' dr FB Angah


Menurut Angah lebam di bawah mata dan ade kesan luka mungkin terkena kuku di kelopak mata. Dah le mata E'an besar...ish..ish.. Cerita nya gini, BB sitter yg sepatut jaga E'an tu kena pergi tukar pampers baby lain. Tiba2 si tukang masak ni volunteer nk tidurkan E'an. Tapi BB sitter tu cakap x payah. Sebab sudah jam 4ptg ++..dalam jam 5ptg++ Angah saya sudah nak amik E'an. Tapi tukang masak tu berdegil juga katanya hendak menidurkan E'an juga.


Masa BB sitter tu tgh sibuk menukar pampers baby tersebut tiba2 dia terdengar E'an menjerit + menangis. Terus BB sitter pergi lihat dan ternampak seperti tgn tukang masak tu menepuk2 di bahagian berhampiran mata E'an. BB sitter tu jugak noticed yang mata E'an sudah merah. Terus BB sitter seakan marah pada tukang masak tu.."Kan saya dah kata tak perlu tidurkan dia"..


By the time Angah datang amik E'an. Matanya sudah lebam. BB sitter tu ceritakan pada Angah dan memberitahu tukang masak tersebut sudah balik.. Angah pon hendak lah tahu perkara sebenarnya berlaku sampai mata anak dia boleh lebam. Ibu mana yang tidak marah kan.


Pagi tadi masa Angah hantar E'an ke TASKA, tukang masak tu belum datang kerja. Bila Angah mengadu kepada owner TASKA tu, dia pon mahu bersemuka dengan tukang masak itu dan berbincang. Kata Angah, tunggu petang nanti masa dia nak amik E'an.

Kata Angah lagi, tak tahu le tukang masak itu sengaja atau tidak sengaja. Kalau tidak sengaja mengapa macam takut je. Siap boleh paksa baby tidur plak. Kalau dia x nak tidur..x nak le. Mental ke ape tukang masak tu?? X pasal2 E'an jadi mangsa...

Ni status Angah di FB :

semalam waktu amek Firhan dr nursery, mata dia lebam sket... pastu ada tanda kuku... marah tul aku!!! Pe lah dengki sgt kat budak baru 6bln tu...dh dia x nak tido..x yh lah paksa dia tido.. igt baby ni keje dia tido je ker... nk face to face x sempat lg nih... tggu ptg krg...geram tul!!


Wednesday, May 12, 2010

Encem Boy!!


Before this dah pernah citer pasal Encem Boy ni kat sini.

Gambar2 encem boy fresh from oven. hahaha..actually Mama encem boy ni baru posted kt FB..Encem sungguh..tu pasal Mak kecik cilok letak kat blog..hahahaha..*Angah jgn mare*



So ade sesiapa berkenan nk chop wat menantu?? Saya bleh rekemen kan..ngeeee


Thursday, May 6, 2010

Khalid Jamlus Junior



Bagi sesiapa yang tak kenal Khalid Jamlus..dia seorang pemain bola sepak yg berasal dari Perak. Tapi skang main pasukan mana wallahualam..Lebih dari tu Pn. ApasH x amik tau..hahahaha..

Pernah le jumpe dia live sekitar Ipoh ni cam Jusco, Ipoh Parade & Pasar Ramadhan..so muka dia tu kire dh tgk betul2 le..

Kisah kali ni bukan pasal anak Khalid Jamlus ye..dia dh kawin ke tak mmg x amik port..lagi2 le pasal anak dia..(kalau dh ade anak le kan)..kang kalu tahu banyak2 kata saya ni peminat setia Khalid Jamlus plak..hehehe..

Bagi sesetengah orang Khalid jamlus ni ensem?? Apa kata korang?? Kata Pn. ApasH..en.hubby jugak yg ensem di mata aaiii...*dush*

Ni gambar Khalid Jamlus..



Ni plak Khalid Jamlus Junior...



Hahaha..tak tau le di mata korang ada persamaan ke tak..tapi itu yg terlintas kt fikiran saya masa tgk anak buah saya sorang..ensem boy E'an..Bulu mata lentik & panjang..kalah Qaseh. baru masuk 6 bulan..tapi dh sama tinggi ngn Qaseh..alahai..anak mama metot...



Gelaran saya utk E'an adalah " Mak Kecik"..sbb pangkat saya "acik" dalam family. So my angah dan2 bagi "Mak kecik"..kalo "Mak Cik" cam general sangat..sume org bleh jadi mak cik..hehehe..

Ada satu hari tu saya terfikir macam mana kalau suatu hari nanti E'an dh besar dia tanya my angah "Mama, kenape panggil Mak Kecik tapi badan Mak Kecik Besar??" hahahahaha..

So, kena kecikkan badan untuk sesuaikan dgn gelaran "Mak Kecik"....

Anyway Happy 6th Months Khalif Firhan...selamat makan..sedap ke mama E'an wat bubur nasi??


p/s: lepas google gambar khalid jamlus baru tau dia dh kawin..huhuhu

Tuesday, November 24, 2009

New Bundle of Joy!! (edisi basi)

Entry kali ni mmg sah2 dh basi kan..tapi aritu laptop saya ade prob..pinjam laptop SIL je. So bila nk transfer pic dr N70 aii yg cabuk ni susah skit. Sbb laptop SIL xde Nokia PC suite. So tergendala la nk wat entry bergambar.

So, laptop dh ok (alhamdulillah)..so tiba masanye nk memperkenalkan pd blog world..my darling nephew...

Muhammad Khalif Firhan b, Mohd Najib
D.O.B : 06 November 2009 (Friday)
P.O.B : Hospital Besar Ipoh

@3days of his age..firhan kena jaundice..tapi x teruk sgt so xde admitted..cuma kena ulang alik klinik je utk check. Alhamdulillah less than a week..dh hilang jaundice dia.

Currently my Angah (firhan's mama) tgh berpantang di Ipoh. Dijaga oleh our mak tercayang..even x larat2 dia..even sakit sendi..tapi tetap determined jaga cucu n anak tgh berpantang. My mum is a happy 'Opah' wif a pair of cucu..Qaseh (gegurl) & Firhan (boy)..

Now Qaseh dh ade geng..raya tahun depan Qaseh ada geng kutip duit raya..huhuhu....