Showing posts with label Piyah. Show all posts
Showing posts with label Piyah. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Basikal Upin Ipin

Piyah dah lama request nak basikal lepas dia tengok Upin Ipin main basikal yang Tok Dalang tolong buatkan. Masa time raya orang bagi duit dia dah pandai nk pgg sendiri tak bagi mama pegang. Bukan ape takut tercicir maklum le budak2. So mama gunakan alasan nak beli basikal guna duit raya tu. Baru le dia kasi kt Mama.

Alhamdulillah khamis lepas cuti sbb Opah kena gi hospital utk check up. Mama ajak Papa gi beli. Yela biasanye kami free pon hari Ahad. Ahad kedai basikal mana bukak. Papa insist nak beli kt kedai basikal di Tmn Ipoh Jaya. Sbb dulu masa sekolah2 dia beli basikal kt kedai tu juga. So, ikutkan saje.


Kakak Piyah tak cerewet sangat dlm memilih basikal. Janji basikal. hahaha..tp belikan dia warna pink. Kakak yg test dulu basikal. Si Hannah dah tgk kakak dia dah naik basikal terus dia dongak, jari tunjuk ke atas sambil ckp " Tuuu...Tuuu...Tuuu". Dia dok tunjuk basikal yg tgh bergantung kt atas.


So, dah itu pilihan dia Mama & Papa belikan je la. Walaupon warna yg agak meriah. Tapi yg itupon yg cun. huhuhu..Bila dah bagi naik beskal tu kt kedai..setel bayar sume. Boleh plak dia tak turun dr basikal. Main kt rumah le sayang oii... Sabar je la. Kecik tapi akal banyak.

Even mama dok ckp duit raya nk beli basikal, tapi sebenarnye tak pon. Duit raya simpan kt ASD. Mama kuar duit sendiri la.

Monday, August 27, 2012

Pertama kali gi pantai

Cuti raya haritu sampai hajat mama nk bagi anak2 merasa main pasir n mandi laut. Kami pergi teluk batik je. Itu yg plg dekat..

Alhamdulillah anak2 enjoy main pasir n mandi laut. Tak pula ade takut ombak ke ape. So bleh le pergi lagi ye papa. Pasni gi pangkor pon dah ok..

Thursday, July 12, 2012

Galaxy Note Hadiah Hari Jadi




Actually awal bulan dah beli. Kire advanced birthday present from en.hubby. Tujuan utama amik hp baru sbb untuk senangkan saya dalam biz kek ni. Lgpon dah 5thn lebih saya tak tukar2 hp. Nape beli Note? Sbb en.hubby yg suruh. Saya ni tak pandai bab2 gadget ni. So ikutkan saje.

Tapi skang ni, kat rumah je konpem 2 beradik ni minta Upin&Ipin. Hannah pon pandai request "Pipin". Setiap malam before tidur itu le activity dorang adik beradik. Tak pula bosan. Dok tgk mende yg sama je.

Nasib baik rumah ada Wifi. huhuhu..Lately semenjak asyik nk tengok Upin & Ipin ni, si kakak pon tidur ngn kami. Kalau tak jgn harap. Nak tidur ngan Mak Long dia je...



Thursday, June 7, 2012

Di Ar-Ridzuan semalam

Lately rajin pula update blog. Dulu kata sibuk sgt. Skang pon sibuk gak. Dgn keje ofis, baking lagi. Boleh plak nk update blog. Hahahaha..itu alasan je kan. Skang update pon pendek2 je. Janji dapat share dlm blog kisah2 hidup kami.



Saje nk share gambar puteri hati mama dua org ni. Even tak sehat ligat je main2 kat Ar-Ridzuan tu. Bukan nk dok diam. Nasib baik tak ramai orang. Piyah plak mcm dah biasa kat Ar-Ridzuan. Yela selalu gi situ since Mama bersalinkan adik dia. Semalam on d way ke sana Papa amik jalan lain. Tetiba dia bleh ckp.."Papa nk gi mana? Nak gi spital sana le" 

Jalan pon dah ingat...hehehe..


Jalan ke rumah kami pon dia tau. Tau cara dia la. Cth ada simpang dia bleh tunjuk arah mana nk masuk.  Nak masuk simpang ke nak terus. Piyah tau. ^____^

Tuesday, June 5, 2012

Lagu-Lagu Mulut Piyah


Inilah yang dimaksudkan oleh Piyah dengan "LAGU-LAGU MULUT"
yelaa..pegang mende tu kat mulut bila nyanyi lagu kan. 
hahahaha

macam2 anak mama ni..

Cuba teka....

"LAGU - LAGU MULUT"

Siapa pandai cuba teka apa yg dimaksudkan oleh si Piyah dengan Lagu-lagu Mulut tu.

Hint: benda

Thursday, May 31, 2012

Cuba Teka apa yg ada kat mulut Piyah tu??


Anak sapa le ni. Tu kes mengantuk tahap gaban le tu. Tgh makan pon bleh tidur terduduk kt sofa.

Alahai anak mama. Tak boleh mcm ni selalu. Kang kena gigit semut mulut & tangan tu. Gigi pon cepat rosak kalau gini punya gaya.

Saturday, April 28, 2012

Long silence....

I've been ignoring this blog since my cake biz took all my free time. Semua masa yg ada guna untuk update blog Apash Sweet Treats and busy promoting my product. And also busy entertained customer. Mmg takde masa nk ngadap lama ngn pot pet kat blog ni. Kasihan..terabai sudah.

Hari ni ada masa skit to kill my time before boleh balik rumah. So better updates something.

Hannah sekarang demam. This is the 3rd time dia demam dalam setahun sebulan umur dia. Base on history Hannah serasi dengan ubat di Ar-Ridzuan, so kali ni tak buang masa & duit, terus kami bawa dia ke Ar-Ridzuan. Check smlm tinggi benar suhunya. 39.2C. Terus doktor masukkan ubat kt montot. Alhamdulillah few hours pastu badan dia dah ok. Selsema je masih teruk Dok meleleh je.

Kisah si kakak pula. Akhirnya berjaya juga memujuk si kakak yg degil ni utk start potty train. Dah seminggu ni berjalan dengan lancar. Kalau kt rumah mmg tak pakai diapers dah. Pakai time nk tidur & kuar berjalan je. Poo poo & Wee wee semua nak kat jamban. hehehe...Good girl. 

Kami guna pendekatan pujuk dia kata kalau tak poo poo & Wee wee kat bilik air..tahun depan tak leh gi sekolah. Alhamdulillah berjaya. Tanda2 mmg nk sgt gi sekolah le next year.

Ok..tu saje buat masa ni. Kepala dok pusing2 ni..daa~~