Showing posts with label movie/tv show. Show all posts
Showing posts with label movie/tv show. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Selepas 3 tahun...Akhirnya..



Kaki kami kembali melangkah ke situ.


Secara rasminya kami telah membuka 'puasa' kami selama 3tahun tak tengok movie di cinema semalam. Dan semalam juga menjadi hari dating kami yang pertama selepas bergelar ibu&bapa. huhuhuhu...



Pagi2 masuk office dulu. Sempat kerja selama sejam setel apa yang patut sambil apply cuti. huhuhu..Then en.hubby bawa gi breakfast di Dato' Sagor. Makan half boiled egg + toast. Last makan time dok tengah bujang dulu.

Setel breakfast terus pergi Jusco Kinta City. Sampai2 dalam pukul 9.45pg. Kaunter TGV pon tak buka lagi. Saya sedia menanti depan kaunter. Nasib baik ada bangku. En.hubby plak pergi smoking kat luar. Tepat kol 10am kaunter buka terus serbu beli tiket. Pas beli tiket show kol 10.30am kami pergi toilet..buang apa yg patut so takkan mengganggu sessi tgk movie nanti. Bila naik balik ke TGV..mak aaiii..ramainye orang. Dorang ni tak kerja ke?? hahaha..ngata orang..diri sendiri pon sama je. hahaha..



Kami tengok T3 DOTM ni. Siap amik couple seat lagi. Dapat seat belakang sekali tengah2 plak tu. Mmg best le. Saje je amik couple seat sekali sekala. Senang nak lentok kepala kat bahu en.hubby..huhuhu..

Cerita mmg best. Berbaloi RM24. Cuma kalau ada Megan Fox yg sexy dan nampak tough (utk pompuan) lagi best.


Tapi bila nampak baby/budak kecik dah dok teringat anak2. huhuhuhu..sorry le Qaseh & Hannah..bagi can kat Mama & Papa berlovly dovly sekali sekala. Kat rumah takde can le. Lagi le skang korang dah conquer katil. Tak dapat mama nak tidur polok2 ngn Papa. huhuhu..

Thursday, June 16, 2011

Seth Tan

Siapa yang layan Nora Elena @ TV3 sure tau siapa Seth Tan kan. Saya pon layan gak Nora Elena ni. Sempena last episod (kalau tak silap) petang karang saya mengomel skit.

Jikalau saya tgk Nora Elena ni time2 tgh study dulu CONFIRM saya tgh mabuk cinta & angau kepada si Seth Tan tu macam perempuan lain. Sambil2 tengok citer tu sure berangan jadi Nora Elena. Tak pon berangan nanti dapat suami macam Seth Tan. Bila berangan mmg boleh senyum sorang2. CONFIRM tak tipu.

Macam zaman remaja time sekolah menengah dulu dok gila baca novel pinjam. Tengah2 baca boleh tersenyum sorang2 tak pon geram kalau ada babak yg menyakitkan hati. Lawak sungguh.
TAPI ITU DULU LAH...

Sekarang ni tengok sekadar tengok le. Sebab cerita best kan. Tapi takde le sampai tahap mabuk cinta & angau kat Seth Tan tu. Sebabnya..

Dulu SINGLE sekarang MARRIED.

Yela kan dulu masa single boleh le hoping dapat husband macam Seth Tan tu. Nak carik pakwe pon nak ala2 Seth Tan. Tapi skang HUSBAND dok depan mata nak berangan dapat suami lagi ke??? Cer citer..cer citer..huhuhu

Saya terima seadanya SUAMIKU yang tercinta. Tak baik berangan2 'lelaki' lain. hahahaha....

Teringat "angan-angan" saya time dolu-dolu. Hoping a PRINCE CHARMING dengan kereta mewah datang jemput saya keluar gi Dinner. Siap bagi sejambak bunga rose.

CISS..perasan diri tu Princess yg cun gile le sebab nak prince charming kan. hahahaha..

Tapi tetap syukur bertemu jodoh dengan my very own version of Prince Charming. Even tak naik kereta mewah..kereta ISWARA pon syukur lah dari kena jalan kaki. huhuhuh..Bab bunga tu mmg selalu dapat le DOLU2..skang..tak kisah sangat. Bab dinner tu..hhhmmm....Bie jom gi Dinner yg romantik.!!!

Saturday, February 5, 2011

Tgk Wayang di rumah


Sume orang dah tau pasal ASTRO FIRST kan. Selesai kitaorang lunch my bro subscribed Hantu Kak Limah Balik Rumah. So ramai2 pakat 'tgk wayang' kat umah Along.

Even Along & her hubby, my bro dah tgk. Tapi tetap juga layan. Tengok gelak2 sampai rasa nak pecah perut pon ada.

Nasib baik baru 33weeks preggy. Kalau dah cukup bulan rasa mcm nak terberanak pon ada. Paling saya gelak kuat time scene Johan berak dalam jamban tu. Tak tertahan gelak wehh..

Overall mmg lawak le movie ni. Tapi saya ske lagi Zombie Kg. Pisang. Anyway thanks to Mamat Khalid yang berjaya buat rakyat malaysia gelak besar. Thanks to ASTRO FIRST juga..dapat le saya tgk movie tanpa ke panggung wayang.

Actually bagi kami2 yg paham bahasa Perak ni totally enjoy the movie. Tapi bagi yang tak paham bahasa perak tu maybe rasa kureng skit la..

Monday, January 24, 2011

Serasi Bersama


Bersama??? Yes

Serasi??? hhmmmm...susah nak jawab tu..

Semenjak Serasi Bersama ditayang di Astro 104 ni, my MIL & SIL salah sorang penonton setia. Bila dah dorang tgk..saya pon tertengok le juga kan. Tiap sabtu & ahad jam 9.00mlm kena buka 104 ye. Jgn gatal2 nk tgk channel lain. huhuhu

Untuk episode semalam en.hubby kebetulan ada tengok sekali. So secara tak sengaja kitaorg pon try jawab soklan2 yg aznil & shahirah tu bagi. Kebanyakan nya sume jawapan tak sama. Hahaha..kita ni tak serasi ke Bie??

Yang paling best part soklan utk Loque (kanda dinda) "Bilakah tarikh pertunangan?"..saya pon tanya le en.hubby..dia boleh tak ingat. Dia cuma ingat tahun je. Sabor je la..padahal baru nk masuk 4thn.

Actually maybe sebab 10 hari selepas kami bertunang arwah abah en.hubby eksiden. So tarikh itu lagi kuat di ingatan dia kot. Takpe Bie...Yang(me) tak kecik hati. =)

Korang layan ke Serasi Bersama ni??

Tuesday, January 18, 2011

Ngangkung



Korang percaya tak budak 21months suka tengok NGANGKUNG??




Itu le dia Qaseh Nur Shafiyyah, anak teman. Sekarang ni hari2 dia request nak tengok Ngangkung. Part yang paling dia ske, time dorang bertiga dalam keta nyanyi, hantu tu ada kat belakang sambil menari.

Qaseh tgk boleh gelak2 lagi. Sabo je la. hahaha..Tak takut plak dia tgk hantu tu. Mama plak yang lagi takut. Bukan apa bila dah dok tengok kang tgh2 malam boleh terimagine plak. Kang sendiri yang takut.

Qaseh boleh terjebak sebab dia gi nyibuk Mak Long dia tgk DVD ngangkung ni. Pastu terus ske.

Selain Ngangkung sekarang ni Qaseh ske gak layan MAGIKA. Rasanya Qaseh ni ske sebab ada part nyanyi2. Silap2 dia sekali ikut nyanyi. Tp version dia yang tersendiri la kan. huhuhuhu



Lepas 2 movie ni tak tau le Qaseh ske tengok ape plak. Actually tertanya2 gak..xpe ke bebudak tgk citer hantu ni???

Thursday, January 13, 2011

ASTRO First



Astro First Offers Customers Convenience Of Watching Movies At Home


KUALA LUMPUR, Jan 11 (Bernama) -- Pay-television service provider, Astro, aims to bring the future of entertainment into Malaysian homes with Astro First, which will be available on its platform starting Jan 13, 2011.

Astro chief operating officer, Henry Tan, said Malaysians would no longer have to endure long ticket-counter queues and traffic jams whenever they wanted to watch a movie at the cinema with the latest movie-on-demand service.

"With Astro First, the customers will soon be able to watch the latest titles within two weeks after the cinema release in the comfort of their homes and at an affordable price," he said at the launch of Astro First here Tuesday.

Tan said Astro First would debut on Astro Channel 480 with three movie titles -- Aku Masih Dara, Damping Malam and Ngangkung.

"The service promises affordability, convenience and enhanced family time for the customers and costs RM15 per movie.

"Among the movie titles are Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu as well as other popular regional movies titles in the next few months," he said.

"In addition, the 32 different viewing times for each movie, give you the convenience of watching it at your leisure and for as many times possible within 48 hours upon signing up," he said.

-- BERNAMA



Saya baru tau pasal ASTRO First ni pon hari ni. Itupon lepas dengar iklan kat radio Salleh Yaacob & Abby Fana tu. Sampai ofis terus google utk tau dengan lebih lanjut.

ASTRO FIRST ni mmg tayang movie melayu je la eh?? Movie lain takde? Tapi pada yang minat tengok filem2 tanah air kita kire cam berbaloi juga amik. Baru RM15 utk 3movies. Kalau gi panggung wayang pon dah berapa RM kan.




Untuk Maklumat lebih lanjut sila layari www.astro.com.my/astrofirst

Wednesday, November 10, 2010

Qaseh & Upin & Ipin




Dalam banyak cartoon yang Mama cuba introduce to Qaseh. Upin & Ipin juga menjadi pilihan Qaseh. Qaseh langsung ler tak layan Playhouse Disney tu. Bila buka channel 613 end up Mama yang tengok. Dibo the gift dragon, Higglytown Heroes, Pocoyo, Handy Manny, Jungle Junction etc..semua tak layan.


Tapi Qaseh layan Upin & Ipin ni kat youtube ngn HP papa je. Asalnya ajar dia tengok Upin&Ipin ni kat HP papa sebab untuk pujuk Qaseh dari meragam dalam erti kata lain bagi dia duduk diam. Tapi skang macam dah jadi satu kemestian.


Sikit2 Qaseh akan minta "Pipin Na??" tu maksudnya nak tengok Upin&Ipin le tu.

Sebelum tidur dia akan tengok Upin&Ipin sampai tertidur. Bagi tengok dari HP papa je. Ade le 4 episode dalam HP papa tu. So dia akan berulang-ulang kali tengok sampai tidur. Tak pula dia bohsan dah tgk mende yang sama hari2.

Setakat ni belum ajar tengok dvd kat TV lagi. Takut kang bila dah ajar dia akan control TV je plak. Tak dapat nk tengok cerita lain.

Kegilaan Qaseh terhadap Upin&Ipin bukan setakat itu sahaja tau. Setiap kali dia nampak logo TM mesti dia akan cakap "Pipin!!!"



Mula2 Qaseh buat macam tu masa kami lalu depan bangunan TM kat Batu Gajah. Masa tu belum mula habit tgk Upin&Ipin lagi. Tiba-tiba dia bleh jerit "Pipin"..Mama & papa cam blurr le juga. Mana ada Upin&Ipin kat situ. Few seconds after that baru papa perasan. Kan ke Upin&Ipin ada iklan dengan TM..

Bijak..bijak..bijak..Mama juga yg lambat pick up..hahahaha...

Wednesday, November 3, 2010

tv.blinkx.com


Lately bila ade masa terluang saya layan tv show online kat http://tv.blinkx.com/. Thanks to kak emma yang bagi link itu. Mula2 start dgn Grey's Anatomy. Bila dah khatam semua episode saya beralih ke Project Runway plak. Bila itu pon dah khatam saya layan Ugly Betty plak. Kadang2 memang ade tengok Ugly Betty @ Starworld tapi susah nak betul2 follow every week. Mesti ada yang terlepas. Kalau dapat tengok pon kadang2 ending dah tak dapat tengok sebab Qaseh kacau or dia dah nak tidur.

So, dah jumpe solution dengan tv.blinkx.com..I'm happy!!

Actually skang ni tgh ada crush kat Matt..pakwe si Betty..Tapi suke Matt yg imej baru...Yang lama tu sloppy skit..Bila dah kerja kat MODE baru ensem dan bergaya. I like!!!

Imej Lama


Imej Baru

Tuesday, July 13, 2010

I didn't know I was Pregnant



chop!!

Bukan saya x tau saya x mengandung ye kawan2. Itu sekadar tajuk cerita kat Discovery Health Channel 733 kat Astro. Salah satu show yg saya ske tgk...



Yela selama 40weeks +/- x sedar yg diri tu pregnant. Bila dah sakit perut semacam..gi ER..Doctor check urine..SAH PREGNANT..konpem2 terkejut gak kan. Kalau jenis mmg tgh plan nak anak sure le excited..Tp bila doctor cakap "U are in labor" Tak terkejut beruk dibuatnya...

Ade sorang tu siap beranak anak kembar sendiri dalam toilet umah.... kat dalam toilet bowl..Sakit nak meneran..teran2..tiba2 ko nampak baby dalam toilet bowl...tak ke cuak ya amat.....kesian btol baby tu..Nasib baik semua baby tu sehat belaka...

Ko bayangkan bila tanya tempat lahir.."Dalam toilet rumah"..tak ke sadis...hehehe...

Tapi, rasa rugi terlepas the journey of pregnancy kan..moment2 priceless berlalu mcm tu saja. Bukan tu saja..langsung xde prenatal care. X amik sume vitamins yg perlu..x menjaga makan minum. For us yg x merokok or minum "alcohol"..terselamat le jugak kan. Pada mereka yg consume sume tu..kesian baby. Tapi kebanyakan dalam cerita tu semua baby2 tu sehat2 belaka...how lucky they were..

Monday, June 28, 2010

Weekend Movie Marathon

Sabtu tu juga saya "shopping dvd"...nak gi tgk movie kat cinema belum berkesempatan lagi kan. Dah berkurun jugak x beli dvd ni. Dah alang2 Along nk beli..saya pon beli le sekali. Last2 borong 4 DVDs sekali.

Movie pilihan saya x lain dan x bukan mesti la romantic comedy / drama. Amat jarang sekali saya beli citer actions..lagi2 sci fi movie...

Hasil rembatan..


Kol 1am saya pasang tgk Valentine's Day sorang2. En.hubby dah selamat tidur..Sambil2 saya buat pastry Cheese tart tu saya layan. Almaklum le tgk sambil buat keje..Bukan dpat tengok betul2..last2 ending saya x tgk pon. Nanti kena tgk balik.




Pagi Ahad..xde le pagi mana pon. Layan the Blind Side plak. Sama juga..tgk gitu2 aje..last2 ending pon x tgk..mmg kena tgk balik. Beli sebab Sandra Bullock berlakon..



Dah petang pasang DVD Alice in Wonderland..Terasa nak tgk pon sebab Johnny Depp..Ok ni dapat tgk ending. Even tak dapt tgk 100%..tapi rasanye x yah tgk lagi sekali...Nasib baik x gi tgk kt cinema..cerita biasa cuma gambar je yg lawa..Alice pon cam lembek aje..Pucat semacam je....langsung xde tokoh boleh kalahkan binatang naga tu..ntah ape nama dia..


Movie ni plak belum sempat nak tgk lagi..Nanti2 le kot...


Kebiasaan nya org bila dh tgk movie marathon..sure buat review kan. Sorry le bukan x nak buat review..sebab x tgk abih lagi..cane nak review...=P


Friday, January 8, 2010

The Proposal



Malam tadi untuk mengisi kebosanan..saya tgk movie The Proposal. Starring Sandra Bullock and Ryan Reynolds. I love it. Yelah..mmg dasar seorang yg ske romantic comedy movie. Dari dulu mmg ske sgt layan movie2 cam ni. Ske sbb citer dia light jer..xde heavy sampai memberatkan kepala nk memikirkan jalan citer. Even jln citer dia agak cliche utk kebanyakan romantic comedy movie..tp mak tetap sukerr nyah!!..Lgpon sume mesti happy ending kan..I mmg ske happy ending. hehehe...

Most of the movie jenis2 ni mmg saya layan. Mesti carik dvd..tp dolu2 layan cd je la..U name it..mostly saya dh tgk..kalo yg ada tayang kt HBO/Starmovies/Max..mesti layan gak.

Antara2 movie romantic comedy yg saya ske:

  1. A walk to Remember (all time favorite)
  2. How to loose a guy in 10days
  3. 27 dresses
  4. wedding planner
  5. Maid in Mahanttan
  6. Failure to Launch
  7. Two weeks notice

and list goes on.

Kalo iku list NI...90% saya pernah tgk. Cuma kalo citer yg dh lama tu..kdg2 dh x berapa ingat kalo suruh citer balik..ahaakkss..

Berbalik kepada THE PROPOSAL tu...masa tgk preview dia kt Channel E! couple of months ago..mmg nk tgk sangat2. Terus mintak my sis carikkan. Sbb dia mmg ske beli2 dvd ni kan. Reason nape nk sgt2 tgk..sbb saya ske Sandra Bullock and Ryan Reynolds.

I start ske Ryan Reynolds since dr dia berlakon dlm sitcom TWO GUYS, A GIRL & PIZZA PLACE. Dia pegang watak BERG..med student keje part time kt kedai pizza.



Then bila dorang dh start keje rasanyer..tukar title TWO GUYS and A GIRL...Masa ni x bape nk tgk sangat sbb x berpeluang tgk kot..lgpon BERG dh ada awek..hahaha gile jeles..


Dari mata saya Ryan ni ensem..hahaha..x tau le korang nye pandangan cane plak. I like him..mostly dr citer tu le..because He's tall, has great body, ensem and funny. Full package!!..

Tapi itu hanya sekadar minat saya pd artis Hollywood. X lebih dr itu. hehehehe..

Mcm mana ensem pon seseorang tu. En.hubby tetap menjadi pooojjaaaannnnn hatiku!!

p/s: kalo bg peluang kuar date ngn brad pitt / tom cruise / Ben Afflect / Ryan Reynolds...sure sy pilih Ryan Reynolds..huhuhuh..

Tuesday, January 5, 2010

Raja Lawak Musim ke 4

Raja Lawak musim ke 4 dah mula bersiaran di ASTRO Prima. Ade sape2 yg peminat rancangan tu ker??

Personally saya x bape layan Raja Lawak ni. Sbb saya ni seorang yg sukar gelak kalo org buat lawak atas pentas. Cuma sape yg terer je bleh buat saya gelak. Dan satu lagi..saya mcm x sampai hati nk tgk peserta atas pentas wat lawak tapi x mampu buat org gelak. Macam kesian pon ade..hehehe..

Musim pertama langsung x layan..Masa Nabil menang dulu pon saya tgk siaran ulangan jer. Bila dh tgk..mmg salute Nabil mmg pelawak yg best gak. Bila musim ke-3 layan Final je tgk SEPAH menang. Tapi musim ke-4 ni..Malam 1st Gelanggang Raja Lawak Musim ke 4, saya dh tgk..

Biar betul si ApasH ni..sejak bile ni???

Ade sebab nape saya tgk,,salah satu sebab MIL nk tgk. Dah satu umah..saya pon tertgk le jugak. Nape MIL nk tgk plak?? Sbb anak jiran kami salah sorang peserta nya..hahaha..saya pon tumpang sekaki le tgk..nk tau yg mana satu anak jiran kami tu.

Pic credit to murai.com

Nama dia Ali (mamat pakai bj hijau)....kumpulan WILI tu..yg paling "cerah" sekali antara sume..Lawak dorg mlm tu.."tinted"..sape tgk dia paham le kan..

En.hubby pon kenal si mamat tu. Kire lama le dh kenal..since dorang pindah sini..dlm 10thn dh kot. Ape yg sebenarna saya nk story ni..adalah pasal si ALI ni le..

Ali tinggal bersama Ibu angkat dan adik pompuan angkatnya. Bapa angkat dah lama meninggal. Boleh dikatakan dorang 1 family cam susah skit la. Dulu MIL cerita lepas sekolah si ALI ni pergi keje kedai makan utk tolong ibunya. Bila dia habis je sekolah..dapat keje kilang..terus dia soh ibunya benti keje sbb ibunya selalu sakit semput (asma kot)..dia le jugak yg tanggung adiknya sekolah. Kesimpulannya, si ALI ni mmg bertanggungjawab btol la..

So, bila dia dh berjaya masuk Raja Lawak ni..kitaorg tumpang gembira. Mana tau ade rezeki dia..dapat le dia bg merasa ibu n adiknya senang skit. Tapi undian dorg x bape byk..3 terakhir..So, saya doakan moga2 dia berjaya. hehehe..

Saya x undi?? tak pon..en.hubby je yg undi..kire wakil je la..hehehe

Saturday, November 28, 2009

Review Ending Nur Kasih

Wah..ApasH nk wat review plak..I'm not an expert..So I just give a review from my perspective side..

  1. Pengakhiran yg amat baik utk Sarah..Insaf jugak akhirnya..
  2. X ske bila Adam patah balik dr umah bila terdengar yg Nur nk dikahwinkan dg Aidil..Dh le minah tu dok bersedih je selama tu..menunggu dia balik..x tau hidup @ mati...dia bleh plak patah2 balik..geram2..
  3. X ske nk suruh2 Nur kawin ngn Aidil padahal si Adam tu baru "mati" setahun dua. Kalo nk kawinkan gak..rilek2 le lu..
  4. Baik sungguh si Liya tu..kalo saya..x sanggup kongsi suami..nk dpt payung emas tu..Maybe dr luaran nampk ok..tapi hati yg menanggung..Aduhh!!!..
  5. Ske Aidil!!..Cinta sejati hanya utk si isteri..I loike...
  6. Kesimpulannya sebuah pengakhiran yg baik utk semua. Happy ending..I like happy ending..

Itu je ko review dr sorg yg x professional..hahaha..Citer ni 'hot' sgt..sampai ada jual DVD lg beb!!..Nway mlm ni ada cerekarama "nur" berlakon..title "Korban Kasih Marlisa/Marrisa (nth yg mana betul)"

p/s: time tgk nur kasih smlm tgk ngn hubby je. sbb MIL still di kg masa tu. Time Aidil ckp ky Liya pasal kenapa dia x nak kawin ngn Nur...hubby mencelah " Yang jangan suruh2 Bie kawin lain. Bie x ske. Cinta bie utk yang je"...Ceh ade ke org suruh..hahaha...tp sweet le jgak kan..