Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Pertama kali gi pantai

Cuti raya haritu sampai hajat mama nk bagi anak2 merasa main pasir n mandi laut. Kami pergi teluk batik je. Itu yg plg dekat..

Alhamdulillah anak2 enjoy main pasir n mandi laut. Tak pula ade takut ombak ke ape. So bleh le pergi lagi ye papa. Pasni gi pangkor pon dah ok..

Monday, January 16, 2012

Jalan-jalan ke Cameron Highlands

Pasar di KEA FARM



Seperti yg dah cerita dalam Misi mencari Strawberry, kami ke CH pagi ahad lepas. Mmg dah set nak gi awal sbb kalau lewat nanti orang makin ramai. Plan nak gerak kol 8pg. Tapi last2 gerak dr BG dekat kol 9pg juga.


Second time for Qaseh and first for Hannah


Last kami pergi CH sebelum bersalinkan Hannah. Kisah dia bleh rujuk SINI. Tapi kali ni kami pergi angkut MIL sekali. Ajak mak saya dia tak mau. Tapi untung juga MIL ikut. Bleh pegang si Hannah dalam kereta. Sebab si kakak dok merap ngn Mama pasal dia pening jalan bengkang-bengkok tu.

Semalam cuaca dok hujan gerimis je. Papa sampai2 kat CH dia kata konpem bila bercakap berasap (berwap) dah macam kat London plak kan. hahaha..Mmg sejuk pon. Qaseh & Hannah awal2 dah bagi pakai jeans, socks & sweater. Papa pon pakai jacket. Mama & MIL je rileks je kan. Tapi tapak tangan sejuk weh..nasib tak beli sarung tangan je. Belikan utk Qaseh bukan dia nak pakai pon. Membazir je.


Gambar sebagai bukti Mama borong strawberry. 1 plastik mama pegang, 1 MIL pegang. Pastu ade beli 1 plastik lg. hahaha..



Tak banyak gambar yg Papa snap. Sebab Papa dok tolak stroller. Mama busy shopping. Alaaa..beli strawberry le. Kata misi utama kan. Cadang pas setel beli2 ingat nak bwk Qaseh self plucking strawberry tapi dok hujan je then sebab kejar masa. So next time je la.



Masa on d way dah pasang niat nak beli cendawan goreng. Lain tak pandang sebab kat tmpt len pon ada jual. hahaha...Satu bekas cendawan goreng tu RM2.50 tapi skit je. So mama borong RM10 terus. Puas le juga. Qaseh pon makan juga. Kalau dia tgk rupe cendawan tu sebelum goreng konpem dia tak nak. Ni dia tgk mcm cucur je, tu pasal dia nak makan.


Sepanjang kat sana sejuk gile pipi si budak kenit ni. Telinga pon sejuk je. Tapi Hannah bukan nak pakai mende2 alah atas kepala dia. So, biar je la dia sejuk gitu. hehehe..




Gambar 3 generasi

Itu je la gambar Papa yg ada. Kesian Papa selalu jadi photographer je. Itu pon nasib baik Papa minta Mama snap sekeping. Mama langsung tak ingat. Ingat nk membeli je. Ampun Papa..hehehe...


Ok..dah cukup strawberry, boleh balik.

Misi mencari strawberry


Amboi mcm2 misi si Puan Apash ni kan. hahaha...

Kisahnya saya dpt order cupcakes nak letak strawberry sebiji kat atas setiap cupcakes. Jumlah semua nak 100biji. Banyak juga tu. Kat sini stock strawberry mmg bleh dpt kat TESCO. Tapi ikut nasib. Bila kita nk beli tu stock dari Cameron baru sampai alhamdulillah. Tapi kalau time tu tinggal stock lama n dah tak elok. Camne?? Yg imported ada. Tapi mahal beb. Bukan skit nak guna. Kang tak pulang modal pulak kan.




So, pujuk2 en.hubby ajak ke Cameron Highlands. En.hubby baik hati melayan permintaan isteri tercinta..^__^... Untung juga duduk di area sini. Tak jauh sangat nak ke Cameron. Cuma bab jalan bengkang-bengkok tu je yg leceh. Cer jalan straight je..lagi selalu pergi. hahaha...Selain carik strawberry dapat juga bawak anak-anak jalan2. Kisah di sana saya cerita nanti.




Kalau le strawberry ni bleh tahan lagi lama konpem beli lagi banyak..hahahaha...Gila tamak kan. Dalam kepala byk benor project nak buat dgn strawberry ni. Tapi takut takde masa. Just wait n see.



Wednesday, October 12, 2011

Serasi Bersama RETRO


Hari ni bermula nya rancangan baru..bukan di ASTRO RIA tapi di blog Puan ApasH. Rancangan Serasi Bersama RETRO. Memperkenalkan pasangan dalam Serasi Bersama Episod RETRO yg pertama ini.

Peserta Pertama: Saudara Najib

Serta Pasangannya Aida


**************************************************************************

Seterusnya, Peserta Kedua: Razali





Bersama Pasangannya Azma

***********************************************************
Peserta ketiga pula: Azmar



Bersama pasangannya Apash

***********************************************************


Dan peserta terakhir, Boboyboi aka Asyraf

Bersama pasangannya....ooppssss pasangannya coming soon!!



Setelah diajukan beberapa soalan dan akhirnya Pasangan kedua kita iaitu Pasangan Razali & Azma adalah yang paling serasi bersama!!! Tahniah buat anda berdua. Hadiah adalah jalan2 1 malam di I-City Shah Alam.
=P




Nota kaki: Pasal rambut afro tu buat kami gelak besar sampai nak terkencing2..hahaha...








Sampai juga di I-City


Masa lepak rumah Angah saya di Putrajaya berkesempatan juga kami ke I-City. Dah lama teringin nak ke sana. Maybe le orang lain kata bukan ada apa2 kat sana. At least nak juga merasa pergi sekali. Tour guide kami macam biasa sudah tentu my bro. Thanks Boboyboi..hahaha..



Kami pergi 2 kereta. Masa pergi terasa cam jauh je dari Putrajaya. Maybe sebab tak biasa lalu situ kan. On d way balik rasa cepat ke sampai. Kat sana mula2 cam hujan renyai2. Tu pasal berpayung kejap. Alhamdulillah sekejap je. Kita orang besar takpe le kalau nak redah je. Risau bebudak le. Kang tak pasal2 demam pula.



Ape activity kat sana?? Sudah tentu la cam whoring. Ape lagi nak buat kan. Punye le snap photo sampai abih bateri. huhuhu..Nasib baik abih bateri by the time kitaorg mmg dah nak balik.



Dulu Angah kata masuk 1 kereta RM10. Tapi masa pergi tu RM5 je. Tapi nak naik ride yg ada kat situ RM5 per person. Adoiyaii...nasib baik le Qaseh tak pandai lagi demand nak naik2 mende tu. Cuma bagi dia naik Merry Go Round yg double decker tu je. Itupon sebab E'an (anak Angah) nak naik. Bukan budak je kena beli ticket, Mak2 Pak2 yg teman pon kena bayar. Jatuhnya RM10 utk Qaseh & Mama.



Si Qaseh yg mmg penakut skit naik mende2 tu mula2 pas letak dia atas kuda tu punye le nak turun. Nasib baik tak bantai melalak. Tapi lama2 dia makin syok. Sampai mende tu stop buat hal tanak turun. Qaseh...Qaseh.



Mama pula menghabiskan duit beli mende alah cekat beriben lampu2 tu. RM10 dapat tiga. Sebab tgk org pakai cam cute je. hahaha..Nasib baik Qaseh nak pakai. Satu Mama pakai, satu lagi Mak Long pakai.



Penat berjalan, Pak Su (my bro) belanja makan ais krim Bukan ais krim biasa ye kawan2. Sume bantai nak Magnum. hahaha..termasuk si Qaseh. Skang bila nak ice cream demand Magnum tak pon at least cornetto. Ish..ish..Beli ice cream saje pon dah baper puluh RM..huhuhu..Thanks bro.

Makan tak pernahnya tak comot..




Orang lain dah setel makan ice cream si Qaseh tak sudah2. Magnum tu kan besar skit. Dia makan sampai dah muak then bagi Mama. Sorry le Mama pon dah muak. Last2 Papa yg habis kan.


Hannah yg baik. Cuma skang ni dah pandai tarik headband.

Syok jalan ramai2 ni pasal ramai yg boleh jadi photographer. So dapat le bergambar 1 family. Kalau tak susah le skit kan.


Melepak kat situ sampai kol 11pm lebih. Tak rasa masa berjalan dgn cepat. Sampai Putrajaya dah kol 12 camtu. Kol 2.30am baru le Mama dapat tidur.

Monday, September 12, 2011

140 km/h




Semalam kami dari Selayang pulang ke Batu Gajah melalui lebuhraya. Bergerak dalam jam 9.45pm sampai depan gate rumah 11.45pm. En.hubby bantai bawak 140km/h. Kalau tiba2 sampai surat saman silalah bayar. huhuhuh..


Speed Trap kat Highway...


Tu semua gara2 sebab mengantuk. Katanya kalau bawak slow lagi mengantuk. Tapi drive dalam keadaan mengantuk mmg sah2 dah bahaya. Sebelum gerak balik MIL dah pesan kat saya jangan tidur. Teman En.hubby drive elakkan dia ngantuk.

Saya actually penat melayan 2 budak kenit tu. Especially Hannah yang tak reti nak duduk diam. Lenguh tau tangan dok pegang dia. Actually tu 1st time dia travel jauh dalam kereta. Maybe dia tak biasa dan bosan. Nak golek2 cam biasa tak dapat. Jenuh bagi nenen bukan nak tidur.

Yg si kakak pon, elok2 ada car seat kt depan sebelah Papa nak juga menyempit kat Mama. Pastu nak tidur dekat Mama juga. Mama ni ada 2 tangan je tau. Last2 baringkan Hannah dgn Mama2 sekali baring kt seat belakang. Bagi ngempeng baru le Hannah tidur. Nasib baik le Mama ni pendek and belum gemuk sgt. Muat lagi nak baring kejap kat situ. Setel Hannah tidur..tidurkan kakak pula. Dah besar panjang nak juga tidur atas riba. Dah tak muat dah kakak sayang ooii..last2 tidur duduk kepala lentok kat Mama. Ish..ish..

Mama pon yg mmg mata mengantuk tahan le juga sebab teman kan Papa. Rasa cam laju sangat..mula le Mama kasik warning kt Papa. "Laju sangat..cer slow skit"..Kalau rasa cam kereta ke kiri jap2 ke kanan..warning lagi Papa. Susah tau sebab Mama duduk belakang. Busy dgn anak2 tak nampak Papa camne.

Dalam hati dok berdoa moga2 selamat lah kami sekeluarga. Keluar je tol Gopeng, Mama terlelap juga akhirnya, sedar2 dah kat Pekan Batu Gajah. Time tu terkejut tgk kereta kami dah rapat benor dengan kereta depan. Bahaya betul le Papa drive semalam.

Alhamdulillah kami selamat tiba...tapi...ish..ish...Tobat le jangan bagi Papa drive time mengantuk. Kes mengantuk sebab malam before tu tidur dalam sejam dua je. Siang plak langsung tak tidur. Itu le akibatnya. Dah agak2 nak drive jauh bawak2 le tidur utk rest yang cukup.

Thursday, April 7, 2011

Qaseh @ Cameron


Sebelum bersalin haritu sempat ke Cameron highlands dengan misi mencari madu lebah. huhuhu..jauh kami pergi utk beli madu youu...mencari madu yg sama saya minum dgn air gamat time dalam pantang bersalinkan Qaseh dulu..

Kami pergi bertiga je. MIL, SIL & her hubby sume tak free nak follow. Sampai kat pasar yg banyak jual sayur2 tu..mak aaiii ramai gile orang. Actually tak terkejut sebenarnya sebab pergi on weekends..standard le tu kan. Dapat parking pon jauh juga. Nasib baik bawak stroller. Tapi penat juga Papa menolak stoller di jalan yg berbukit tu. Dan nasib baik Qaseh tak buat perangai, dia dok diam je dalam stroller sampai setel beli sume barang.


Sebab dah alang2 sampai cameron, tak kan nak terus balik kan. Ajak Papa singgah Rose Valley utk snap few photos sebagai kenang kenangan Qaseh di Cameron. Rose Valley ni berbukit dan ada banyak tangga sebenarnya. Masa zaman belajar dulu dah abih explore ngn member2 lu. Tapi kali ni pergi dah le sarat preggy dan Papa malas nak dukung Qaseh yg debab tu naik turun tangga. So kami jalan2 kat level bawah je. huhuhu..Kejap je pon pastu terus balik.

Satu perkara yg kami dapat tau pasal Qaseh masa trip haritu. Rupe2 Qaseh menurun perangai Mama yg akan pening2 bila lalu jalan cam Jalan ke cameron tu. Mula2 elok je dia duduk dalam car seat kat depan ngn Papa. Tak lama pastu merengek nak duduk dengan Mama. Rupe2nye dia pening. Kesian pon ada. Meragam2 lama2 tidur dalam pelukan Mama. Tapi si Mama nye plak bia dah melayan ragam anak yg tak reti dok diam tu sah2 le makin pening. Mmg nak muntah sangt2 dah. Tapi punye le tahan. Last2 bila dah sampai cameron keluar isi perut sume. huhuhu..


Sama juga dengan perjalanan pulang. Nasib baik dah halfway tu Qaseh tidur merengek2 pening. Once again Mama dok tahan muntah. Sampai le kat Petronas Simpang Pulai tu. Tapi malang toilet tak bape nk bersih sbb penuh dgn muntah. Jadi tak lalu lerse nak muntah situ juga. Last2 kami terus ke Secret Recipe Medan Gopeng sbb nak lunch sekali. B4 lunch saya keluarkan dulu segala isi perut dulu. Bila dah lega baru best makan kan. huhuh..Nasib baik Qaseh hanya pening2 tak muntah macam Mama. huhuhuhu...





Sebelum ni Qaseh pernah lalu jalan cameron tu masa kami nak ke terengganu. Masa tu dia belum bleh berjalan pon. Masa tu dia ok je. Maybe sebab kecik lagi. So pasni agak susah le nak gi bercuti tempat2 berbukit ni. Camne Mama nak jaga Qaseh..nak jaga Hannah lagi. Unless ada orang lain sekali bleh tolong jaga. huhuhu..

Tuesday, November 30, 2010

Pengalaman Batu Gajah - Seremban via Public Transportation


Seperti yang dah baca blog ni mesti tahu saya ke Seremban last week. Since gambar Along kawin pon tak transfer2 lagi baik saya share my story pasal pengalaman naik Public Transportation (PB) dari Batu Gajah ke Seremban.

Plan asal nak ambil Electric Train Service (ETS) direct ke Seremban. So no hassle la rasanya. Dalam 3jam++ boleh sampai ke destinasi. Tapi apakan daya tiada train direct ke Seremban di awal pagi. Nak tak nak saya ambil train jam 4.10am dari Bt. Gajah ke KL Sentral.



Perjalanan mengambil masa selama 1jam 56minit seperti yang ETS claims. Dalam 2jam le senang cakap. First time menjejak kaki di KL Sentral. Berpandukan signage yg ada saya menuju ke Kaunter Komuter. Orang dah mula beratur. Kaunter buka jam 6.30am. Komuter ke Seremban tiba hampir jam 7am. Saya memilih koc tengah yang hanya untuk wanita tu. Dapat tempat duduk, alhamdulillah.



Tiba di seremban jam 8.10am. Perjalanan mengambil masa sejam 10min. Selepas breakfast saya berebut cari teksi untuk ke Kilang tempat inspection. Punyalah mengantuk. Bangun seawal jam 2pagi untuk bersiap2. Dalam ETS & komuter tak dapat tidur.

Begitu juga perjalanan pulang ke Batu Gajah keesokan harinya. Saya mengambil komuter jam 1pm ke KL Sentral. Dan dari KL Sentral ke Bt Gajah jam 5.35pm. Terpaksa melepak di KL Sentral selama 3jam.

Tiba di Bt gajah jam 7.30malam. Penat usah cakap lah. Lagi2 le perut yg semakin membesar ni..dengan bawak bag berat lagi. Penat..penat..

Dari pemerhatian saya menggunakan ETS ni. Servis bagus. Yang paling best sebab laju dan cepat je sampai KL. Sungguh menjimatkan masa. Tempat duduk pon selesa. Cuma saya tak dapat tidur sebab terang sangat lampunya. Tapi saya tengok orang lain pakat tidur je macam takde masalah.

Untuk komuter plak agak mengecewakan. Bukan perkhidmatannya tapi kecewa dengan warga Malaysia kita sendiri. Seperti yang saya nyatakan saya memilih koc wanita dengan harapan semua wanita sahaja kan. Lagi2 saya bersama teman juga wanita. Tiada husband masing2 yang temankan. TETAPI masih ada lagi LELAKI-LELAKI yang bermuka tebal menggunakan KOC WANITA. Padahal dah banyak sticker2..signage yang inform "HANYA WANITA"...

Tidak tahu membaca ke?? Tidak baca paper ke?? Tidak tengok berita ke?? Sungguh tiada kesedaran. Jika mereka mendakwa tersilap masuk koc. Sila lah tukar ke koc lain bila sudah tersedar bila melihat kiri dan kanan semuanya WANITA.

Semasa perjalanan pulang Seremban-KL Sentral. Saya lihat terdapat 2 anggota polis yang bertugas di stesen untuk memastikan tiada LELAKI di dalam "Pink coach" tu. Nama je pink coach tapi tak pula berwarna pink. hehehe... Jika terdapat lelaki di dalam koc tu, maka abang polis akan meminta LELAKI2 BERMUKA TEBAL untuk keluar dan masuk koc lain.

Tak pasal-pasal pihak polis kena bekerja jaga koc wanita di stesen2 terpilih. Semua gara2 orang yang tiada kesedaran sivik. Betul ke?? hehehe Selain stesen seremban, terdapat juga abang2 polis di stesen midvalley dan KL Sentral. Setiba kami di Stesen Midvalley, abang polis terus meminta lelaki2 yang berada di dalam koc wanita untuk berpindah ke koc lain. Suara abang polis agak tegas. Yelah..sepatutnya mereka2 tu tahu la. Ni macam buat2 tak paham plak. Kalu saya jadi abang polis tu pon bengang juga.

Malu dengan kaum sendiri tidak tahu membaca signage yang disediakan. Yang memalukan lagi majoriti mereka adalah MELAYU. Malu dengan kaum lain tau.

Kalau saya lah yang tersilap masuk koc untuk HANYA LELAKI mesti cepat2 saya tukar koc lain. Yelah tengok kiri..tengok kanan semua LELAKI. Bahaya pon..Itulah kadang2 perlu ada rasa segan dan malu. Bak lagu tu "Kerna Malu itu Perisai Orang Beriman"

P/s: Photo credit to google.

Saturday, November 6, 2010

Happy Saturday!!



Morning everyone!!

Orang lain sedang berjimba-jimba cuti 3 hari. Saya pula berada di ofis pagi2 ni. Nasib baik kerja half day je. Kalau tak lagi meroyan..hahahaha..



Today 06/11 birthday my lil nephew, Khalif Firhan. Happy Birthday darling!!..Insyaallah lepas makan tengahari nanti, saya, en.hubby, Qaseh & my mum akan mula perjalanan ke Putrajaya. Untuk celebrate birthday E'an.


E'an dah setahun. Dah Big Boy..Tak mau selalu nangis2 tau. Bagi can Mak kecik dukung lama2 skit. hahahaha


Lagipon since my Angah pindah Putrajaya sebelum bulan puasa haritu, belum lagi kami anak beranak pergi sana. Alang-alang dapat juga jalan-jalan Putrajaya. Tapi masa lak limited. Esok petang dah kena balik Batu Gajah. Isnin kan dah kena keje.

Plan nak gi wat photoshoot sekitar Putrajaya tu. Kan banyak tempat cantik-cantik. Haa..en.hubby jangan lupa bawak EOS 550D tu plak..Kang tak pasal2 photo shoot guna camera HP je...


Ok la..cu guys in Monday!!

Thursday, October 21, 2010

Padi Yg Menghijau..


Lepas tayang gambar sendiri kita tayang gambar anak le plak ye kawan2..hehehe..


Zaman kita sekarang ni sangat beruntung sebab dgn mudah sekali kita dapat merakam segala kenangan dan pengalaman kita thru foto. Tidak kisah le dgn DSLR ke, Digital Camera ke mahupon HP yg ada camera. Dgn sekali 'click' je dah setel. Agak2 gambar tu blurr or cakap pasar "x berapa jadi"..kita snap sekali lg kan. Kacang aje.

Kalau dulu sekali ko "click"..itu le yang ko dapat. Dan nak tahu hasil nya harus tunggu selepas siap dicuci. Sekali ko posing maut ingat dah cun gile le kan. Tup2 lepas cuci baru perasan mata tertutup ke..gambar gelap la..mcam2 lagi le kan. Itu le kenangan zaman guna camera filem tu. hehehe

Kalau skang ni kalau nak print out segala gambar yg telah kita snap..tak dpt bayangkan berapa banyak photo album yang akan kita ada..Skang ni kita just banyak simpan soft copy kan. Paling2 tidak upload kat FB x pon Blog. hahahaha...sesungguhnya zaman sudah berubah.

ok2 masuk cerita pasal Qaseh di Sawah Padi. Gambar sgt cantik dengan scenery padi yang sedang menghijau. I like!!


Muka budak yang x mau langsung pose or smile to the camera.


Cepat le Mama..Qaseh nak jalan2 ni..tak mau le stop2 tgkap gambar.


Gambar Mama & Qaseh je. Papa xde sbb jadi photographer of the day.

Monday, October 18, 2010

Quickie

Kami 1 family baru sampai dr Kangar, Perlis kol 1pagi tadi. Lepas maghrib baru bergerak pulang. Tu yang lewat sampai. Kami pergi ziarah makcik en.hubby. Tak ke mana pon. Melepak kat umah makcik tu je. Even MIL & SIL pergi Padang Besar pon tak follow. Sebab En.hubby & hubby SIL pon tak follow. Selalunya dorang yang jadi tukang dukung Qaseh. Tak larat rasanya nk dukung/handle Qaseh di tempat crowded dan panas tu. I was right. SIL kata nasib baik x bawak Qaseh. Mmg ramai orang kat Padang Besar tu.


Gambar pon belum transfer lg dr dslr..Gambar posing2 di tepi sawah. First experience Qaseh tgk sawah. Padahal dia bukan amik kisah pon. Yang Qaseh tau nak pgg tangan Mama then gi jalan2 carik CAT. Papa suruh posing pon tak mau. Yang lebih posing nya Mak Long...hahahaha..Mak long jgn mare ye...

Ok..sambung keje lu..

Monday, May 31, 2010

Tiger Feeding Show


Tak abih cerita pasal Lost World lagi. hehehe...Kami tunggu train utk round 1 Lost World. Kebetulan train yang kami naik tu sampai kt area Tiger Valley jam 3ptg. Masa utk Tiger Feeding Show. Mmg rezeki kami nk tgk. Qaseh pon excited sebab dapat tgk tiger. Bila mama tunjuk2 tiger kat dia...Dia pon sibuk2 tunjuk2 jugak. Mulut plak dok "ceh..ceh.." Mungkin dia fikir cam "CAT"..tapi besar skit. Lebih kurang le kan..dorang dr 1 family group.


Salah sekor tiger tu nama dia PUTRA. 6 years old. Terus saya teringat time saya n member2 UTP lu gi Lost World. Masa tu Lost World pon baru bukak. PUTRA masa tu still a cub. So cute...Skang dh bapak besar. Cepat betul masa berlalu kan.

MAY & NIKKI..ingat tak kat PUTRA tu??

Sultan, Putra & Oprah x pon cobra. X berapa dengar masa dorang introduced hari tu.

Tiger pon sure rasa panas kan. Tu sebab dia pon nk swimming..


Wajah Qaseh masa tgk Tiger Feeding Show..


Papa agak jeles sebab kami pergi tanpa dia. Dia kata nanti nak pergi lagik. Mesti le bawak kami jugak kan. X kan nk gi sorang2...hehehe