Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Biru di pagi raya

Gambar raya ni je yg ada. Takde proper bergambar pagi raya tu. Tahun ni tema kami Biru. Baju Mama & anak2  mcm biasa Opah yg jahitkan. Baju melayu Papa tempah kat tailor yg sama mcm tahun2 lepas.

Raya kali ni 1st time pagi raya kat rumah mak saya. Tak bape meriah sbb angah & adik laki sy takde.







Baju kakak piyah & hannah harus boria macam biasa. hehehe..nasib baik tak boria ngn mama sekali.

Wednesday, November 9, 2011

Hari Raya Aidiladha Kami


Hari Raya Korban kami mmg selalunya adalah biasa2 saje. Tak semeriah Raya Puasa. Lagi2 lah tahun ini, tinggal kami empat beranak je. MIL masih di Tanah Suci. SIL balik kampung suami. Actually dah empat tahun beraya di rumah MIL ni, tak kira raya puasa ke raya haji, yang memasak rendang dan kuah kacang adalah MIL. Saya tolong gitu2 saje dan jaga anak2 jer.



So, bile MIL takde WAJIB le saya yang memikul tugas untuk masak2 ni. Lagi2 le SIL pon takde. Takkan nak makan roti & telur je pagi raya kan.



En.hubby mmg dari awal dah request rendang ikan tongkol. Maklum le ayam daging tak makan so option ke ikan le. Saya pula teringin nak makan nasi impit kuah kacang mak saya. Mak tak larat nak masak. So, tekad cuba masak sendiri. Kalau tak sampai bile tak pandai kan. Minta resepi dari Mak, alhamdulillah menjadi juga. Cuma minor comment dari Mak. Mak kata raya tahun depan saya yg masak, Mak jadi mandor je. hahaha..



Masak pon skit2 je..sebab tukang makannya bukan ramai. Lagi le kami akan ke Penang sebelum tengahari tu untuk ke majlis hari jadi anak buah saya, Khalif Firhan. So konpem takde sape nak datang bertandang kat rumah. huhuhu..



Nasi impit rebus ketupat mini segera dari NONA je pon. Tak kuasa nak anyam ketupat. Anyam time Raya puasa je dulu. Kalau nak anyam pon tak menang tangan le nak buat semua sendiri.



Last but no least choc moist cupcake. Kata tokei cake..mesti le kena ada. hahaha...takde le itu lebih dari cupcake yg saya buat untuk majlis E'an. Pagi2 bangun tidur dengan tak mandi lagi Qaseh dah nampak cupcake tu. Terus dia minta nak makan.


Actually Sabtu & Ahad tu mmg hari yg amat memenatkan. Pagi sabtu tu kerja cam biasa. sepatutnya kol 12tgh dah boleh balik. Tapi ada kerja nak kena setelkan. 1.30pm baru balik. Singgah pekan beli barang2 untuk masak.

Sampai rumah dah kol 2pm, terus start masak karang suami balik kerja petang tu takde mende nak masak. Masak Sotong kari, tumis sawi & ikan merah stim. Siap masak, start baking RV & choc moist cupcakes. Siap bakar mandi2 pe sume keluar gi maxis center kejap.

Pas maghrib, start deko cupcakes. Kol 9.30pm camtu tidurkan si Hannah & Qaseh. Kol 10pm lebih baru start masak kuah kacang. Dah le masaknya kena lama kan. Setel kemas sume dah kol 1pagi. Huaarrghhh penat gile.

Lepas subuh pagi raya tu masak rendang ikan tongkol pula. Siap masak, siapkan makanan kat meja. Tunggu suami balik sembahyang raya. Mandikan anak2 siap bag baju anak2. Setel makan semua kami ke kubur. Ziarah pusara FIL. Then pergi amik my mum terus menuju ke Penang.

Dalam kereta penat melayan anak2. Lepas maghrib kami gerak balik Perak. Hannah & Qaseh tidur. Mama dah penat gile..mata mengantuk ya amat. Dengan jalan jammed lagi. Tanpa sedar Mama dah gi lalalalaland.....hahaha..

Tapi takde le tidur tak sedar2 langsung. Kejap2 terjaga tengok2kan keadaan en.hubby. Yela dia pon mengantuk gak..bila mengantuk mulalah nak tekan je pedal minyak tu.. Alhamdulillah selamat tiba di rumah kol 11.30pm. Mmg penat giler......






Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha


*google saje*
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Ada sesiapa menjalankan ibadah korban tahun ini?? Saya belum berkesempatan lagi. Moga ada rezeki tahun depan...


Pada yang akan mula perjalanan pulang ke kampung, memandulah dengan berhati-hati ye. Semoga selamat tiba di destinasi.

Bagaimana le keadaan MIL di tanah suci tu. Haritu kata batuk2 & selsema. Moga MIL sehat2 sahaja dan dapat menunaikan segala ibadah dengan tenang. 17 hari lagi baru MIL dijadualkan pulang ke Malaysia.

Friday, September 9, 2011

Ketupat Raya

Dalam busy menyiapkan order tart & cake raya tu. Sempat juga saya anyam ketupat raya. Vangga uolls..
Takde plan sebenarnya nak buat. 2 tahun dah tak buat. Last buat tahun pertama kami sambut raya as hubby & wifey. Saya yang mmg tak berapa tidur sbb buat kek/tart tu sempat pesan kat MIL tolong belikan daun untuk saya anyam. Sebab bila nak raya kena gi pasar awal2 sebab konpem ramai gile orang. Mmg dah ada jual yg siap tapi tak feel la kalau tak anyam sendiri. Baru rasa nk raya bila anyam sendiri. huhuhu..

Bila MIL balik agak kecewa tengok daun ketupat ye. Alahai kecik je daunnye dah le pendek2. Kalau anyam sah2 le kecik gile ketupatnya. Takde pilihan dah kata MIL. Tu je yg ada. Jadi le kan dari takde langsung. So saya pilih2 le yang agak besar tu utk anyam. Dapat le 35biji. 

Jadi la. Sebab family MIL tak biasa makan ketupat ni. Dorang selalu makan nasi impit aka ketupat NONA or ADABI. Lain pula cerita belah family saya yg mmg biasa carik ketupat time raya. Tapi yg tau anyam saya sorang. Kalau saya tak buat..takde la ketupat. Raya kali ni dapat le my mum makan ketupat. Dapat le sorang skit.


Gambar yang diambil oleh Qaseh guna HP Mama
Dari anyam ketupat sampai siap masak saya yg buat. huhuhuhu..skit je masak boleh la. Itupon bila nak angkat periuk berisi air panas minta tolong hubby or hubby SIL buatkan. huhuhu..


Saya tak pasti cara orang lain macam mana. Yang saya tau adalah cara2 yg Abah ajar je la. Cara2 dia:

  1. Anyam ketupat dan ikat. 1 ikatan 5 sarung ketupat. Senang nak kira dan handle ketupat tu.
  2. Siap anyam rendam dalam air supaya daun tak layu & lebam. Kire sekali dengan basuh sarung ketupat tu le.
  3. Beras dibasuh dan ditoskan air nya. Biar seketika bagi dia kering skit supaya senang nak isi dalam sarung.
  4. Beras diisi separuh sahaja ke dalam sarung.
  5. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan.
  6. Rebus ketupat selama 4jam. Pastikan semua ketupat ditutupi air.
  7. Check level air setiap sejam. Jika kurang tambah air.
  8. Selepas 2jam air rebusan mesti ditukar. Tips dari abah supaya sarung ketupat cantik selepas siap masak dan warna ketupat kekal putih.
  9. Sebelum direbus semula ikat balik ketupat yg ikatan nya telah terbuka.
  10. Siap masak basuh ketupat dalam air sebentar kemudian digantung supaya air dapat ditoskan.
 

Sekian. itulah cara2 yg diajar oleh Abah saya. Seawal 12tahun saya dah handle bab2 ketupat ni. Sebab senang abah tumpu pada lemang je. Dulu2 my bro akan ikut abah buat lemang. Kami yg pompuan2 ni jaga ketupat kat umah. Dalam adik beradik saya sorang je tau anyam ketupat. Yang lain tak kuasa nak belajar. hahaha..Tapi saya tau anyam ketupat sate je. Bentuk lain tak tau.

Cakap pasal ketupat raya ni saya ajar Qaseh kenal ketupat. Mula nya dari majalah, surat khabar dan TV. Bila saya tgh anyam ketupat tu tanya dia, dengan pantas dia jawab ketupat. Pandai anak mama. Sampaikan pergi shopping baju raya nampak ketupat kat shopping complex, tak diam mulutnye tunjuk ketupat kat Mama. huhuhu
Selain ketupat, Mama ajar juga salam dua belah tangan sambil sebut "Selamat Hari Raya". Cepat je dia tangkap. Tapi Qaseh ada sebulan je tau. Masuk bulan depan dah tak boleh buat gitu dah. Salam je boleh. Sebelum ni bila suruh amin (read:salam) dia akan salam cium tangan sebelah je..


Thursday, September 8, 2011

Gambar Raya



Bila tengok balik gambar raya yg Papa snap masa cuti raya tu tak berapa menggambarkan suasana raya. Sebabnya balik2 muka Hannah, tak pon si kakak. Terselit juga gambar si E'an (anak Angah).



Itu menunjukkan Papa belum categori orang2 yang tak boleh berenggang dengan dslr. Pergi beraya pon tak bawak camera. Camne nk shoot gambar raya. Nasib baik pagi2 raya ada tangkap few pics. Jadilah dari takde langsung kan..



Dah 4x raya ni tak berpeluang tangkap gambar 1 family belah saya. Sebab kami balik sana pon dah petang. Orang lain semua dah salin baju raya. Dan dah malas nk bersiap balik. huhuhuhu...


Saturday, September 3, 2011

Mr. Mama


Hari ni saya dah start kerja. Kerja 1/2 day je rugi rasanya kalau ambil cuti. En.hubby pula mmg kilang dia tutup seminggu, so nak tak nak kena cuti le juga.

Biasanya musim raya ni adalah time off MIL. Cuti tahunan untuk MIL. MIL akan stay kat kampung sepanjang kami bercuti raya. Bila MIL takde, saya pula kerja of course le en.hubby menjadi Mr. Mama jaga Qaseh & Hannah.

Tapi turut dibantu oleh SIL & her hubby. They came to the rescue!! hehehe...Thanks ye Kak Wati & Abg Li. Actually en.hubby tak tau pon dorang akan balik pagi ni. En.hubby ingat mmg dia sorang le kena jaga anak2. hahaha..

Itu arahan MIL mintak SIL balik tengok2 kan anak2 saya. Mak tak harapkan anak sendiri (en.hubby) jagakan cucu2 dia. BOLEH??? Tak cuba tak tau kan..Mmg jarang en.hubby yang jagakan anak2 bila saya or MIL takde. Selalunya SIL yg tolong jagakan kejap.

Itu pon sebab kami mmg duduk sekali dgn MIL. Lebih kurang macam tak berapa nak independent. Cer kami duduk sendiri jauh dari family. Confirm en.hubby dah expert handle anak2 tanpa was-was. huhuhuhu...

Takpe Bie...Yang keje 4jam je. Tambah masa pergi & balik kerja dalam 5jam Yang away. Before kol 1pm kang insyaAllah Yang dah ada kat rumah...

Thursday, September 1, 2011

Raya Pertama

Di Pagi Raya Aidilfitri 2011

Tema kami serba hitam tahun ini. Excited kerana Qaseh kami boria tahun ini. Adik & kakak berbaju kurung hasil tangan Opah. So cute. Baju Hannah kecik sangat cute..Kain cotton so dorang takde le panas sangat bila berbaju kurung.

Friday, August 26, 2011


Kami sekeluarga mengucap SALAM AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini. Jika sepanjang saya berblogging ini pernah mengguris hati sesiapa, sepuluh jari disusun, ampun maaf dipinta.

Berhati-hati semasa memandu. Biar lambat asal selamat. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Blog akan sunyi seminggu. InsyaAllah kita akan bersua kembali minggu depan.

Thursday, August 25, 2011

1st time selsema



Dah few days Hannah selsema. Tapi selsema dia bukan jenis yg meleleh je tu. Tapi hidung dok tersumbat je. Cam susah nak nafas ler. Dah bawak ke klinik. Tapi doktor yg kami selalu jumpe tu tak bagi baby kecil ubat selsema. Dia kata terlalu kecil untuk bagi ubat selsema. Tak elok gamaknya. Dulu time Qaseh camtu gak. Yang dia bagi ubat titik bagi cair hingus je. Tapi kami tak de le guna selalu. Kalau dah kronik sangat baru guna.



Bila time sah tersumbat sangat tu nak nenen pon rasa terganggu je. Cian anak mama. Bila hidung dah 'ketat' tidur dalam air cond lagi le susah nak nafas. Tapi kalau tak on air cond panas le plak. Hannah ni jenis bukan boleh panas. Kuat berpeluh..

Hannah berjangkit dari Mama & Papa ni. Nasib baik si kakak tak berjangkit. Tak best le raya2 ni tak sehat kan. Papa plak batuk tak hilang2. hhmmm....

p/s: baju kurung raya Hanna dah siap. Kecik je...cute sangat. Tadi nak pegi kerja, Opah tgh buat last finishing baju Qaseh. Wah..wah..tak sabar tengok dorang boria di pagi raya.

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya Air Tangan Sendiri


Semalam berkesempatan buat 2 jenis biskut raya. Resepi turun menurun my mum. Resepi dulu2. Simple je janji sedap. Takde lah fancy dgn rupa yg menarik cam biskut2 raya sekarang ni.

Pepagi start dengan biskut arab. Buat skit2 je. Tak lalu le nak buat banyak2. Bukan ada helper. Semua buat sendiri. Cuma MIL tolong jagakan anak2 je la.

Bulat bulat yg cute. (Before bakar)


Lepas bakar kita golek2 kan biskut dalam gula icing. Then letak dalam papercup. Senang saje. Sekejap je dah setel.


Biskut kedua adalah Biskut Kacang. Permintaan Angah. Nak sangat katanya. Biskut ni mmg dah berkurun tak buat. Sebab silap gaya tak jadi. Then remeh nak buatnya. Tapi kesian kan Angah. Saya buat le juga.

Mula2 kena 'sangai' kacang dulu. Then buang kulit. Pastu potong kecik2 plak. Memang banyak kerja nye.


Lepas terap dengan acuan pilihan. Sapu putih telur then letak kacang dan gula. Lepas tu bakar le. Alhamdulillah satu pon takde yang over bake. huhuhu..




Last2 dapat le sebalang biskut kacang. Penat weh buat biskut ni. Tobattt...

Selalaunya saya jadi helper my mum dalam buat biskut2 raya ni. Seingat saya since darjah kot. Selaunya saya jadi tukang sapu2 putih telur then letak kacang/badam/ceri...Bila dh besar skit task bertambah dengan tukang jaga biskut dalam oven jangan bagi hangus. huhuhu..

Tapi bila my mum dah tak larat nak buat biskut raya ni, saya le kena buat dari A to Z. Tu yang penat benor tu...huhuhu...

Tuesday, August 16, 2011

Cuti Raya & Kenangan Raya


Tahun ni kami takde le cuti sakan sangat. Saya amik cuti 2hari je pon. Raya ke-5 dah kerja. Hari sabtu kerja 1/2day je. Rugi le nak cuti...

Lagipon en.hubby tak amik cuti langsung. Cuti yg PH je. Nasib baik le 3hari cuti kan. Kire orite le. Kampung kami pon bukan jauh. Batu Gajah - Ipoh je. En.hubby kan baru start kerja tempat baru, takkan nak cuti lama2 pula. InsyaAllah MIL akan menunaikan haji pada musim haji nanti. So, better en.hubby simpan cuti time nak hantar MIL kan.

Tapi kali ni best sebab cuti 2 hari before raya. So dapat feel last minit preparation raya. Seronok..Saya suke suasana masak2 nak raya ni. Terbayang kesedapan nya. Auuww meleleh air liur. Kuah kacang mak yang marvelous makan pula dengan ketupat. Diiringi dengan rendang dan ayam kurma. Mantap!! Lemang?? Beli saje..lama dah tak masak lemang sendiri. Dulu2 abah ada le buat. Skang tak larat dah..lgpon takde sape nak tolong...Anak2 jenis malam raya baru sampai.



Dulu masa sume dok muda remaja tak kawin lagi. Along in-charge kemas rumah from A to Z. Saya pula tolong mak di dapur. Abah bakar lemang. My bro tolong Abah. Angah in between tolong mak and tolong Along. Selalunya berlarutan sampai ke 2-3pagi baru siap. Pastu masing2 terbongkang keletihan. huhuhu..

Then paling best pagi raya tu sape yg tinggal rumah tak pergi semayang raya akan siap2 juadah raya kat meja. Ngan air pilihan. Then tunggu sume balik dari masjid mula le sessi maaf bermaafan. Sessi air mata le kan. Setel dapat duit raya masyuk dari abah & mak. Time makan le pula. Makan satu family. Priceless moment. Berebut peha ayam dengan my bro. Hahahaha..Makan sampai buntat.



TAPI...lama dah tak merasa camtu. Last tahun 2001 kalau tak silap. Skang tak dapat makan complete satu family dah. Sedih....rindu juga moment gitu...Tapi apakan daya....(tiba2 mood sedih..sob..sob...)

Thursday, December 2, 2010

Gambar raya 2010



Dulu time raya puasa kami langsung tak sempat buat sessi photography raya family kami. Ingatkan dah ade DSLR ni tak perlu lah ke studio bayar RM40 dapat gambar hampeh. Click sini untuk tgk gambar raya hampeh kami 2009. Last2 1 keping gambar official raya pon takde untuk 2010 atas sebab2 saya sendiri pon malas nak fikir. huhuhuhu

Alhamdulillah Raya haji baru ni dapat juga tertunai hajat. Kire qada' sekali dgn raya puasa punye gambar. Baju pon sama je. Kalau tak bgtau bukan orang tau raya bile tgkap gambar tu. hehehehe..

Bila dah setting punye baik..Qaseh plak cranky tak tentu pasal. Tak sporting betul le Qaseh ni. Bukan senang tau nak dapat opprtunity Papa hensem pakai baju melayu tu tau.

So ini je la hasil yang dapat...ok lah dari takde langsung.

Gambar yang terbaik tapi tangan Qaseh dalam mulut plak.


Qaseh bleh pandang papa tapi tak mau pandang camera.


Percubaan yang tidak berjaya untuk tgkap gambar ngn Opah.


Sama kes terjadi bila ngn Mama.


Budak kenit yang kuat melalak...

Tuesday, October 26, 2010

Beraya @ Bowling Alley


Orang dh nak sambut raya haji saya baru nk update cerita time raya puasa aritu. Gasak le. Takde le citer raya sgt..cuma just nak abadikan kenangan 1 family dalam blog ni.

Raya ke-3 aritu kami 1 family gi main bowling. Hahaha..org gi beraya kami gi main bowling. Ni sume idea Paksu Qaseh. Nak elak crowded kami pilih main di Greentown Mall. Kalau nk main di Ipoh Parade or Jusco sure teramat ramai nye umat.


Nama2 pemain kebetulan semua start dari "A".. [Abah, Along, Angah, Ajib, Azmar(Bie), Acik (me) & Acap (Paksu)]....susah nk tau yg mana 1 kita punye score. hahaha


Actually saya & en.hubby dh bertahun tak main bowling ni. Since lepas kawin aritu mmg x pernah main. Skill pon dh sememangnya berkarat..bertambah2 berkarat le. Masa Paksu ajak main bowling tu teragak juga boleh ke aku main ni. Masa tu kandungan baru 3bln. Fikir punya fikir..Qaseh pon dh dekat 10kg. Kalau main guna bola 8kg ape le sgt kan. Lgpon dh 3bulan.

So, last2 main gak. Tapi saya main dgn hati2 la. Takde le bermain dgn bersungguh2..Baling bola pon ala kadar. Bola pon meleret je pergi ke Pin..hahaha..mmg lemah gemalai. Jadi la..utk suka ria bersama family kan. hehehe..


Me & en.hubby beraksi..Takde skill langsung!! huhuhuhu



Mama & Qaseh happy faces



Bonding moment Qaseh & Mbah (my abah)



Bonding moment E'an a.k.a Mat Kalip & Mbah.


Wajah-wajah yang telah menjayakan "Malam Bowling". Thanks to Paksu sbb belanja main bowling. Lain kali boleh belanja lagi..huhuhuhu

***

Wednesday, September 22, 2010

2 Syawal : Majlis Pertunangan Along


Persiapan raya kami busy utk Majlis Pertunangan Along. Majlis pon simple2 saje. X jemput ramai orang. Kami2 saje.

Idea tgh kering..layan gambar je la..


7 dulang hantaran termasuk tepak sirih. Kami org perak mmg dh sinonim ngn tepak sirih. X main sirih junjung. Kecuali permintaan belah perempuan la. So setakat ni kami yg pomp je yg dh merasa tunang. So belum lagi buat sireh junjung. Time boboy (my bro) nanti maybe buat kot..


Color theme Pink, peach & white. Hantaran adalah idea dan hasil tangan Along, saya & Mak. Hantaran pon simple2 saje..last2 minit baru buat kan. Even last minit still love the end result.

My Along wif bakal mak mertua

Along posing ngn hantaran.

Simple catering untuk para tetamu. Even simple tapi masakan sedap gak. Kari daging pon ala2 my mum masak. Overall sedap la..Terus Along booking catering utk majlis kawin bulan 11 nanti.


Qaseh in purple. Dress pemberian dr Pak Su. My cute nephew in brown. Sedondon ngn mama dia.


Majlis pon simple je update pon simple2 je la..hahahaha...dasar pemalas. Lately mmg teramat malas nk update. Pregnancy story pon malas nk update. Kalau masa Qaseh lu..semangat aje..kesian baby mama. Oh mood RAJIN..ku seru!!..Uisshhh lain dh bunyik nye...lariksss...

Saturday, September 18, 2010

Laporan Raya Pertama

Malam raya & pagi raya pertama kami di Batu Gajah. Malam raya tu tidur jam 4am++ ..uishh..bukan malam dah..tu dah kire pagi. Sebab menantu hantu ni jaga rendang di dapur. MIL dah bape kali suruh tidur. Tapi saya tak sampai hati plak biar MIL yg jaga rendang. Dah le MIL dok busy jahit baju kurung raya saya. huhuhu..Kol 12malam tu baru MIL potong kain baju kurung saya. By the time saya masuk tidur kol 4am++ tu MIL x tidur lagi tau. Cian MIL. Demi anak menantu dapat melaram baju raya sedondon di pagi syawal. I love u mak!! Thank you so much.

Bangun pagi tu tgk baju kurung raya saya dh siap gantung. Tinggal nk jahit hook kain je. So setakat tu bleh le jahit sendiri kan..itu je la yg tahu..kalau lain minta maaf!!..surrender mmg x tau.

Tahun ni Qaseh tak boria ngn Mama..mahupon Papa. Qaseh just pakai baju kurung yg Mak Ngah bagi. Gara2 x jumpe baju kurung siap yg sedondon ngn kami. Jadi la dari xde terus kan.



Kerana kebizian melanda dan petang tu Papa sibuk ke jalan nk ke Cameron Highlands tolong kereta kawan rosak..terus kami terlupa nk shoot gambar family. Ape daaa...Nak kena arrange foto shoot balik ni..Tak bleh jadi. Lagipon raya sebulan kan..hehehe..

Mana gambar tuan punya blog di pagi raya?? Maaf banyak2..yg ade cuma gambar TANGAN tuan punya blog tgh cedok rendang di pagi raya saje yg ade ok!!




Pagi tu sibuk cuci periuk, kuali pinggan mangkuk bagi clear semua. Sbb tidur pon dh lewat kan. Bagun pagi tu baru le buat semua. Ngam2 setel semua..jiran datang beraya..sibuk plak melayan tetamu. Jiran balik..cuci plak pinggan mangkuk..Bila dh setel..family adik MIL plak datang. Itulah situasi hari raya kan. Mesti busy layan tetamu.




Plan awal..lepas setel solat raya pagi tu en.hubby akan hantar saya ngn Qaseh balik umah my mum. Sbb umah my mum busy prepare utk Along bertunang esok nya. Tapi last2 jam 3ptg baru dapat gerak....

Cukup le laporan raya pertama..saya x gi beraya pon sbb busy kan. Nanti update Majlis pertunangan Along plak...

Selamat berhujung minggu..sambung sessi beraya lagi!!

Friday, September 17, 2010

Cuti Abih..Ape lagi kerja la!!!

Hari ini kembali bekerja selepas bercuti seminggu. Alahai malas giler nk kerja. Seminggu tu dah kire lama tau cuti..tapi rasa cam kejap je masa berlalu kan...

Byk menda nk update sebenarnya...mentang2 le raya kali ni Papa x lepas2 DSLR tu..so byk le moment2 yg dapat dicapture. Cuma tuan punya blog amat malas nk pose depan camera semua gara2 pregnancy hormones..jerawat penuh di muka!!...Raya2 jerawat banyak..sangat x vogue OK!!..baru je feeling2 kulit dh ok skit since pakai Vida Beauty aritu..bila pregnant jerawat dtg balik..sangat hampeh!!...

Gambar yg paling banyak of course le Qaseh..model cilik kesayangan papa sorang tu...muka dia saje..hahahahaha...xpe mama x jeles pon =P

Piccas2 yg best2 belum di transfer ke external hard disc lagik..nanti bila dh ada saya update ok!!..

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri



Ramai sudah membuat ucapan hari raya..Rasa tak nak ketinggalan plak. Even esok masih lagi berkerja. Takut plak esok x sempat nk update. Busy sgt dgn report nk kena siapkan di ofis dan di rumah busy menyiapkan order cheese tart sampai nk buat E-card pon x sempat. 'Pinjam' gambar dr en.google saja lah.



Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan, rakan2 blogger dan readers cherishlovetogether yg seciput tu. Mohon maaf sekiranya sepanjang menulis di alam maya ni ada menyinggung perasan sesiapa. Harap dimaafkan ye.

Kepada yang akan memulakan perjalanan balik kampung tak kira jauh dan dekat, pandu lah dengan berhati-hati dan berhemah. Semoga anda semua selamat tiba di destinasi. Dan moga anda bersabar sekiranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di highway nanti. Alhamdulillah kami x perlu merentas highway utk pulang beraya..hanya dalam 25km saja antara rumah MIL & my mum. =)

Setakat hari ini, Mama Qaseh masih belum mempunyai baju raya. Kain Baju kurung baru saje beli sabtu lepas. Belum tahu sempat siap atau tidak. Kesian MIL yg x cukup tidur menyiapkan tempahan baju kurung. Lunch tadi ke Noor Arfa Batik Bt. Gajah..tiada yg berkenan di hati. Gagal lagi misi mencari baju kurung raya. Tak aci la Qaseh & Papa Qaseh je yg melaram dgn baju baru pagi Syawal nanti..huhuhuhu...

Monday, August 30, 2010

Semperit


Semalam berjaya juga buat semperit. Dah bape kali tertangguh niat nk buat semperit tu. Bila dh siap doh baru sedar xde acuan buat semperit tu. So, tinggal jap kuar gi pekan beli acuan. Takut 1 jenis acuan x jadi..saya bedal je beli 3 jenis. Standby...

Start kol 2ptg..tekan punye tekan..sampai dh x larat tgn ni ooii...ala2 nk pitam pon ada. saki baki doh saya main hentam je buat bulat2..kahkahkahkah..x larat dh. Ptg tu nk balik kg en.hubby kt Bota plak. So nak tak nak buat aje bulat2..

Masa bakar tu heran gak kenapa le kureng wangi semperit ni..Dalam hati terfikir gak..sbb aku x letak esen vanilla ke. Mmg resepi yg Along bg tu xde mention soh bubuh. Last2 call mak..Cet rupe2nyer my bro tertinggal masa dia type resepi semperit tu. X pasal2 semperit gua x harum..huhuhuhu...

Tapi nasib baik rasa ok. Kena dgn lidah yg x ske manis2 sgt ni. En.hubby pon puji sedap. Dia bila nye x kata sedap kan. Jaga hati isteri katakan.

Wednesday, August 25, 2010

Persiapan Raya Keluarga Kecil Kami

Qaseh

  1. Baju jalan2 (gown, jeans, blouse, tshirt) sudah setel sebelum puasa lagik. Maybe nk tambah 1-2 gown lagi kot. Baru plan le..
  2. Kasut done. And baru2 ni kasut adidas yg Paksu dia kasi dulu dh muat. Kire kasut raya le jugak tu =P
  3. Baju Kurung belum lg. Plan nya beli kain Opah nye nk jahitkan. Cam thn lepas. Tapi kainnya belum beli pon lagik.

Mama Qaseh

  1. Baju kurung sama kes ngn Qaseh. Kalau last minit x beli2 gak kain. Cari baju yg dh siap le jawabnye.
  2. Kasut/Sandal belum beli. Actually bukan utk raya sgt. Sedang carik sandal yg comfortable utk pakai sepanjang pregnancy ni. Tak jumpe2 lg. Almaklum le kaki species kaki gajah susah skit.
  3. Tudung..baju tarak..konpem2 tudung pon x beli lg.
  4. Baju jalan2..xde kot. Pakai yg mana ada je la.
  5. Handbag raya?? Ade sesape nk sponsor?? Pakai yg mana ada je la. Save bajet!!

Papa Qaseh

  1. Kain baju melayu dh berkurun beli. Tp x hantar2 ke tailor lagik. Xde le kot. Simpan tahun depan je la kain tu. Beli siap?? Papa Qaseh x ske..so x yah baju melayu raya tahun. ni Senang cerita.
  2. Pendek cerita Papa Qaseh pon xde beli pe2 pon lagik.


Kesimpulannya..Qaseh sorang je la bergaya dgn baju baru tahun ni. Mama & Papa pakai pe yg ade je la.

Monday, November 30, 2009

Dissapointment..

Last Raya Aidilfitri..weolls x dpt bergambar sedondon sbb baju raya mama nye x siap..so sempena baju raya dh siap..weolls decided gi amik photo kt studio..so jadi photo of Aidiladha le kan..

Lepas solat jumaat kami singgah ke kedai gambar b4 gi umah my mum..Mmg dh plan nk amik gambar our small family ( Papa, Mama & Qaseh)..and gambar Qaseh meniarap yg dh tertangguh agak lama..minah tecik tu dh bleh memanjat2 baru nk gi tgkp gambar menerap..hahaha..

Tetapi..all the pics were dissapointment...I have to pay for RM40..for 3 printed 4R photo with CD..The photos cam hampeh..Sakit jiwa den..

Kalo tmbh RM30 lagi dapat gi buat mini potraiture ngn Munirah kan..lagi berbaloi2..
Tapi nasib kami di Ipoh ni...nk ke KL semata2 utk itu..dh membazir few hundreds only for the travelling..unless weolls mmg ade hal di sana..ok le gak kan..2in1..

Aritu plan nk wat shooting ngn Jua pon x jadi..masa x mengizinkan.....Jua bile lagi ko nk blik perak ni???

Sure korg dok wondering cane le rupe photo2 tu kan..(yeke?? ade ke??.). Me yg zero ttg photography pon bleh bagi komen teruk ttg gambo tu..lagi2 korg yg tuan punyer SLR yg canggih manggih tu kan..

Udah2 le membebel Madam ApasH oii...tunjuk gambar skit..



Gambar family tu actually dia snap 3x...tapi satu tu je yg plg ok..another 2..saya pejam mata le..Qaseh tgk tempat len la...Org yg tgkp ni pro ke idak...kalo ye pon..x yah le nampak Carpet biru yg huduh tu..sofa tu dh ok dah..ish..ish...



Gambar Qaseh meniarap ni plak..yg plg x puas hati..ngn lapik kain tu..x glamer langsung..then they left us with no choice to use that blue & berbulu cloth wat lapik..x masuk btul ngn baju Qaseh..then terselit gak gambar pe ntah blh kanan tu..buruk benor..Dah le Qaseh ni punye le susah nk senyum sbb dia tgk ramai stangers..dia plak mcm geli2 ngn kain biru tu..Snap byk kali..tp bi je yg plg ok..Standard le kan nk tgkp gambar baby..mmg susah skit..

Mak long snap gambar lagi cun.. x caya?? tgk ni..nasib guna Lumix je..kalo SLR..eceh..Mak long x nak beli SLR ke?? huhuhu



Kesimpulannye...ade sesape around Ipoh yg bleh bg service outdoor photography yg x mahal sgt around Ipoh x???? Desperately want it!!!!

p/s: My mum cakap.."Yang korg gi amik gambo kt Batu Gajah tu nape..then expect nk standard..gi le kedai gambar popular kt Pekan Ipoh nun"..Ye jugak..padan muka kami..hahaha