Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri



Ramai sudah membuat ucapan hari raya..Rasa tak nak ketinggalan plak. Even esok masih lagi berkerja. Takut plak esok x sempat nk update. Busy sgt dgn report nk kena siapkan di ofis dan di rumah busy menyiapkan order cheese tart sampai nk buat E-card pon x sempat. 'Pinjam' gambar dr en.google saja lah.



Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan, rakan2 blogger dan readers cherishlovetogether yg seciput tu. Mohon maaf sekiranya sepanjang menulis di alam maya ni ada menyinggung perasan sesiapa. Harap dimaafkan ye.

Kepada yang akan memulakan perjalanan balik kampung tak kira jauh dan dekat, pandu lah dengan berhati-hati dan berhemah. Semoga anda semua selamat tiba di destinasi. Dan moga anda bersabar sekiranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di highway nanti. Alhamdulillah kami x perlu merentas highway utk pulang beraya..hanya dalam 25km saja antara rumah MIL & my mum. =)

Setakat hari ini, Mama Qaseh masih belum mempunyai baju raya. Kain Baju kurung baru saje beli sabtu lepas. Belum tahu sempat siap atau tidak. Kesian MIL yg x cukup tidur menyiapkan tempahan baju kurung. Lunch tadi ke Noor Arfa Batik Bt. Gajah..tiada yg berkenan di hati. Gagal lagi misi mencari baju kurung raya. Tak aci la Qaseh & Papa Qaseh je yg melaram dgn baju baru pagi Syawal nanti..huhuhuhu...

2 comments:

Unknown said...

selamat hari raya kak apash n famili :) mohon maaf zahir dan batin.

azzey said...

Slmt Hr raya juga utk awak sekeluarga...