Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Perak Breastfeeding Support Group Gathering & Discussion 2


Semalam sekali lagi dapat join gathering di Padang Polo. Even tiba agak lewat sebab pergi tapau Capati kt Restoran Capati Maju Rapat dulu. Malas nak masak apa2 utk potluck. Jadinya kita tapau saje lah ye.

Topic bulan ni "Are exclusively breastfeeding your babies?" Kali ini tak ramai yang join. Maybe cuti sekolah ni ramai yg tak free. Yela pergi bercuti ke..ada kenduri kawin la..macam2. Kebetulan saya takde ke mana. En.hubby pon free so ke Padang Polo le kami. Qaseh seronok sebab dapat main playground. Sementara Mama dok sembang/bincang Papa bawak Qaseh main dulu.

Rumusan topic kali ni apa maksud Exclusive BF itu. Dan bagaimana kita nak judge seorang ibu itu exclusively BF babies dorang ke tak.

Exclusive breastfeeding – that is the infant only receives breast milk without any additional food or drink, not even water (WHO) for 6months

Untuk simple judgement if baby itu dan minum selain susu ibu cth FM & air masak. Or makan before 6bulan dah kire NOT Exclusive BF dah le.

Tapi ada juga concern antara ibu2 BF di mana jika anak sakit/demam kena makan ubat. Dan selalunya kita akan sulam dgn air masak. Bagaimana status EXCLUSIVE BF tu?? Bagaimana baby/ibu yg ada masalah kesihatan terpaksa ditahan di hospital dan susu ibu yang dipam sewaktu itu tidak mencukupi dan pihak hospital terpaksa top up dgn FM?? Dan si ibu dalam medication dan tak boleh beri susu badan kepada bayinya??

Pelbagai jenis masalah yg dihadapi sesetengah ibu BF dalam perjalanan menyusukan anak2nya. Kadang2 title "EXCLUSIVE BF" ini memberi impak yang besar kepada seorang ibu itu. Dan siapa kita utk judge si Ibu itu tanpa mengetahui rintangan yang dihadapinya untuk terus menyusukan anaknya.

Kesimpulan dari Dr. Nadrah EXCLUSIVE BF - where baby (0 -6 months) only consume breast milk except for medical reason.

Antara kisah yg dikongsi oleh Dr. Nadrah:



Seorang bayi menolak untuk menyusu secara terus dari ibunya dan bergantung hanya pada EBM bottle feeding. Bayi tersebut tidak pandai latch. Sampai suatu masa jumlah EBM ibunya berkurangan. Tetapi keazaman si ibu utk memberi susu ibu kepada anaknya masih kuat. Jadinya Doktor telah mengajar si ibu cara2 yang betul. Even menggunakan tiub feeding. Setelah struggle dalam seminggu lebih akhirnya baby berjaya juga latch. Dan dalam seminggu itu baby terpaksa di topup dgn FM.

Persoalannya kita nak judge ibu itu exclusive BF atau tidak. Bila si ibu bertanya pada doktor mengenai status dia, doktor hanya bgtau masih exclusive BF. Demi menjaga hati dan semangat si ibu. Jika dengan title "exclusive BF" dapat memberi semangat dan ketabahan kepada ibu, kita beri saja title itu. Apalah sangat title itu jika dibandingkan dengan kesungguhan si ibu memberikan yg terbaik untuk anaknya.

Jika si ibu terpaksa memberi bayinya selain susu ibu for medical reason dan bukan kerana give up atau saje2 nak campur2, si ibu masih layak pgg status Exclusive BF. Asalkan si ibu masih gigih meneruskan usaha BF bayi nya.

Lebih kurang le rumusan discussion semalam.

Ini kisah saya pula.


Dari maksud exclusive bf itu sendiri saya awal2 dah gagal utk dpt exclusive bf si Hannah. Kerana 2 hari pertama umur si Hannah dan kami masih di hospital. Hannah dijaga di nursery selepas dilahirkan. Sah2 Hannah diberi FM. Bila saya mahu bf Hannah nurse kata tunggu ubat bius hilang dulu. Agak ragu2 juga saya sms kawan minta pandangan dia. Bila dia kata takde masalah terus saya minta Hannah utk BF. Tapi sorok2 supaya takde nak argue dgn nurse tu. Waktu siang mmg saya BF Hannah..bila time tidur malam je tak sebab Hannah di nursery.

Start hari-3 umur Hannah, dia hanya minum susu Mama saje. Dan alhamdulillah sampai sekarang. Saya mengambil pendekatan yg simple. Tak kisah lah dapat title EXCLUSIVE ke idak. Janji saya sudah buat yang terbaik memastikan Hannah minum susu ibu selagi saya terdaya. Supaya saya tidak stress. Dan alhamdulillah saya agak rileks sepanjang perjalanan BF si Hannah dan berharap agar sampai Hannah 2 tahun. Amin...

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #5


Susu Mama The Best!!


Ok..men jauh2 jangan kacau orang nak tidur.

Tuesday, November 15, 2011

Borong 5 terus..


Macam BF mommies yang lain saya guna juga storage bags untuk store EBM. Botol pon guna juga. Tapi takde le banyak sgt botol yg ada. Setakat ni saya cuma pernah guna 3 jenis storage bags je. Autumnz, Jingle Jungle & YouHaveABaby je. Yang YouHaveABaby tu leceh skit sebab kena guna getah utk ikat. Tapi murah le sikit banding dengan zip lock bag.

Haritu stock storage bag dah habis then semua botol dah guna. Macam biasa saya akan ke Sarakids di Greentown Mall untuk beli. Alangkah kecewanya takde stok. Sales person tu siap kata dah sebulan out of stock. HQ pon gitu. Yeke?? Segala brand storage bags pon takde. Alahai..camne ni. Dah tak tau kat mana lagi nak beli area Ipoh ni.

So, terus le beli on9 je. Mmg boleh beli no9 dari dulu. Tapi beli barang skit & murah ni rugi shipping je. Tapi dah takde choice kena juga beli on9.

Google punye google tgk price www.littlewhiz.com ada SALE. Harga biasa untuk Autumnz storage bag (25bags) RM12.90. After less tinggal RM10.30. Lepas calculate2 saya borong 5 kotak terus.

Motif agar tak terasa rugi charge shipping tu. RM10.30 x 5 = RM51.50 + RM10 (shipping) = RM61.50.

Lebih kurang je kalau beli kt kedai dgn harga biasa RM12.90 x 5 = RM64.90

Dengan 5kotak tu 25x5 = 125bags boleh le survive few months. Susu pon bukan meriah sangat dapat buat stock banyak2 cam dulu. huhuhuhu..

Monday, November 14, 2011

Perak Breastfeeding Support Group Gathering & Discussion

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak join Gathering semalam. Terima kasih banyak2 kat Papa yg baru sampai rumah dalam 5pagi tu tidur dalam sejam++ je pon. Sanggup bawak Mama gi Padang Polo pagi semalam. I love you so much...Len kali bawa Mama lagi ye..hehehe



Discussion kali ni pasal The Art of Touching Your Baby - A Way to Know Each Other. Dr. Nadrah share the benefits of the skin to skin contact within the first hour after delivery. Then Dr. Nadrah buat demo cara2 nak massage baby.


Hannah & Marissa (Anak Sheila). Dorang beza sehari je.


Semalam tak ramai sangat yang join. 6orang je. Yang lain semua ada hal. Yang newcomers macam saya ada 2 org lagi. Discussion pon start lewat sebab Dr. Nadrah tiba lewat skit. Tapi best sebab dapat kenal BF mommies yg lain. Share story pasal BF & babies...

Looking forward for the next gathering. Harap2 dapat join next month.


Note: Gathering ni concept Pot Luck..Sebabkan tak confirm lagi masa hari sabtu tu dapat pergi ke tak so Mama takde prepare pe2 untuk masak. Terjaga kol 1pg SMS Papa yg ada kat Tg Malim lagi masa tu tanya boleh pergi ke tak. Papa kata boleh pergi. Terus kirim kat Papa beli roti & mayonnaise kat 7E je. Subuh2 mana le ada kedai buka lagi kan. Last2 Mama buat egg sandwich je. Jadi le kan. huhuhuu..


Thursday, November 3, 2011

2 tahun 7 bulan



Hari ni Qaseh genap 2tahun 7bulan.

Alhamdulillah, Qaseh dikurniakan kesihatan yang baik. Demam biasa2 je. Belum pernah berkampung di hospital lagi. Moga2 Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga. Amin..



Qaseh macam budak2 lain yang pasti seronok kalau dapat bermain di Taman Permainan. Dah banyak kali dia ajak ke sana tapi ada je hal nya. Lagi2 petang2 skang ni mesti hujan. Cian anak mama ni. Most of the time habiskan masa kat rumah je pon.





Mama sebenarnya banyak plan untuk Qaseh. Sebab umur dia skang cepat belajar. Ajar je cepat je dia tangkap. Tapi itulah bila ler dapat buat untuk dia. Cuti hari Ahad je menghadkan masa untuk Mama & Papa realisasikan plan2 tu.

Antara plan Mama:

Nak bawak Qaseh naik ETS. Tak perlu pergi jauh2. Naik dari Batu Gajah ke Ipoh je. Mama bawak Qaseh & Hannah naik ETS. Papa standby tunggu kat Railway Station Ipoh. So, sambil2 tu Qaseh boleh belajar pasal train/keretapi kan.

Nak bawak Qaseh gi berkelah kat pantai. Boleh main pasir & main air. Sambil seronok macam2 dia boleh belajar kan.

Selain pantai gi berkelah kat sungai2 ke. Takat Ulu Chepor pon jadi ler. Ni sungai pon tak berapa kenal. Bila dalam kereta lalu kat bridge bawahnya sungai. Qaseh pada mulanya dia sebut "Air banyak"..Slowly Mama ajar..itu sungai. Kang dia kenal sungai mesti color teh tarik je plak. hahaha..

Ok le set 3 plan dulu. Itu pon tak tau le bila dapat buat.



Bila mentioned pasal Taman Permainan teringin nak ke Gathering Kelab Penyusuan SusuIbu Perak di Padang Polo tu. Next gathering 13 Nov ni. Hari Ahad boleh le nak join. Tapi kena pujuk en.hubby le dulu. Sementara mama join group tu boleh Papa bawa Qaseh main2.

Hhmm..jom Papa...

Thursday, October 27, 2011

EBM Stok July tinggal 1 jer??

Arrghhhhh
Hari ini baru 27hb tapi stok bulan July ada 1 pack of 4oz jer..
Ada 3 hari bekerja lagi ni..
Jawabnye pump hari ni
Esok kena guna semuanya
Tak dapat buat stok le jawabnya

Stok bulan 8 & 9 lagi sedih
haritu bulan puasa biasalah production drop
tak banyak dapat buat stok
Bulan 9 pula cuti raya lama
sah2 tak pump langsung
campur dgn malas lagi..

Bulan 10 ni dah mula insaf
Kerajinan mengepam naik skit.
Stok alhamdulillah meningkat skit berbanding bulan 9 punye
Tapi still tak berdisplin
hari rajin ada le 3x pump..
Hari biasa2 2x pump je.

Actually kalau 2x or 3x pump
hasilnya lebih kurang sama je
cuma beza kalau 3x pump susu nampak pekat skit
kalau 2x pump breast engorged skit so banyak foremilk
Tu sebab cair je..(kalau salah fakta sila inform ye)

Ada juga try buat power pumping
dengan harapan to boost up production
Tapi tu le tak displin...
Baru 2x buat je pon

Satu hal lagi, suction S3 saya dah tak power sgt
Jauh pula nak gi hantar servis
Kalau gi hantar sementara tu nak guna ape..
Pening..pening...

Hari ni kire hari rajin
dan agak kurang busy
So kol 9am tadi dah sekali pam
Hajat hati lagi 3jam nak pam..
Around kol 12.30pm
Dah last session b4 balik.
Harap2 dapat le buat kan.

Friday, October 21, 2011

Kisah semalam...


Alhamdulillah Visit ke Lafarge cement plant & Aggregate Quarry berjalan dengan lancar. Dan YANG PALING PENTING dapat pump susu dengan jayanya. huhuhu..

Normally kat ofis saya pump 2x je. Around 10am & before balik. Disebabkan semalam tak pasti samada saya akan dpt pump pada waktu biasa saya pump awal2 sebelum pergi. Dalam kol 8am dah pump.

After lunch around 1pm++ saya cepat2 tanya mana surau. Luckily surau tak jauh dan ada power point. Boleh le guna S3 pump saya macam biasa. Syukur alhamdulillah. Setel around 1.30 pm tgk orang lain semua dah pakat naik kereta utk pergi ke Quarry pula. Tak pasal2 saya dah terlepas photo session. hahahaha...nak wat camne kan. Pump susu lagi penting.



Overall the visit is not bad at all. Gained some new knowledges, great lunch with kurma kambing (I loikee) and also a souvenir dari Lafarge Cement Kanthan Plant. Cadang nak snap photo food on my plate tetiba their CEO duduk sebelah saya. Terus segan nak curi2 snap photo. hahaha


Dapat face towel & botol air.


Dan satu lagi...saya juga DIPELAWA untuk apply kerja ngan Lafarge Aggregates...hahahaha...There is one Regional Manager spoke to me that their current QA/QC Exec akan move to department lain dan they're looking for replacement. Dia tanya saya ada kawan yg berminat atau saya sendiri yg berminat. Siap bagi business card untuk saya contact dia.

Sebelum balik time greet and say thanks to everybody, The Regional Manager last word to me "Jangan lupe contact saya"...macam beria2 suruh saya apply je keje tu. hahahaha...

Ok..ok..stop update blog pergi update resume pula...

Wednesday, October 19, 2011

Busy+site visit+risau

Semalam 1 entry pon takde. Hari ni pula just a quick update. Busy gile la. Tak dapat curi masa buat entry panjang2.

Esok saya akan pergi plant visit atas invitation Lafarge. The full program pon saya tak pasti. Cuma tau akan visit Lafarge Aggregate Quarry di Simpang Pulai dan Kilang cement dorang di Khantan. Full day visit katanya. Pihak Lafarge akan pickup kitaorg di kilang kami jam 8am.

Kami tu adalah saya dan 2org boss saya (chinese man). Org yg dtg pickup kami pon chinese man. hhmmm..mintak2 ada representative dari tempat lain yg pompuan. Ada le geng kan.

Selama 7bulan usia Hannah, ni first time saya kena keluar dari ofis. Mulalah risau camne le nak pump susu ni. Dikala ni kan best kalau saya ada Medela FS. huhuhu..Mintak2 ada tempat yg sesuai utk saya pump susu dan lebih baik ada power point so boleh le cucuk plug spectra3 saya tu. Kalau tak terpaksa guna pureen battery operated pump saya tu. Dah lama gile tak guna. Dan saya akan kelam kabut konpem. Sebab kena pump sebelah dulu. Of course sebelah lagi akan menitik2. Tak reti nak handle camne. Dari awal dh biasa double pumping. huhuhuhu

Minta2 le dipermudahkan segala urusan nak mengepam esok. Amin....

Thursday, October 13, 2011

Ada sesiapa nak mandi susu???



Sebanyak itu ler susu yang perlu dibuang haritu.

Orang kata buat mandi susu.
Tapi saya tak tahan bau 'hanyor' susu badan ni.
Tak tau le susu ibu2 lain..
Tapi susu saya mmg hanyor.

Lepas gigih buka satu2 bungkus susu tu
Dapat le satu Jag besar & hampir separuh jag kecil.
Ada juga orang kata
elok kembalikan ia ke tempat asal.
Maksudnya buang ke tanah la..

So lepas siap tuang dalam jag
En.hubby yang tolong korek lubang skit
Supaya dia senang meresap.
Sedih....

Wednesday, October 5, 2011

Human Milk 4 Human Babies (Malaysia)


Melalui entry saya pasal EBM yg perlu dibuang tu baru saya tau kewujudan page Human Milk 4 Human Babies Malaysia.



Itupon setelah ada insan yang prihatin memberi comment pada entry saya hari tu. Terima kasih A.Z. Haida atas informasi anda.



Pada mulanya terus terang saya agak skeptikal pasal isu derma EBM ni. Antara sebabnya:

  1. Belum pasti apa reaksi en.hubby kalau saya nak derma EBM.
  2. Kurang arif bab2 hukum2 Islam dalam kes derma EBM.
  3. EBM saya tu dan 3bulan lebih ada ke orang nak?
  4. Terbayang sedikit hassle nak handle penghantaran EBM tu.



Saya hold semua soalan2 tersebut sebab lately busy skit. Kadang2 terlupa nak discuss dengan en.hubby pasal isu ni. Tapi alhamdulillah semalam dapat berbual dengan en.hubby pasal ni. Alhamdullillah dia ok saje. Takde bantahan. Tapi harus menitikberatkan hal anak susuan. Yela jangan main bagi je EBM tu. Kang tak kenal siapa anak susuan tu. Silap2 ada kes nak kawin rupe2 dorang satu ibu susuan. Kan naya je..

Saya explain le bab tu insyaAllah takde masalah. Konpem kita akan kontek dan berkenalan dulu sebelum derma EBM tu kan. Bukan jenis derma kat Bank susu then tak tau siapa yg ambil EBM kita.

Tapi yang dah terbuang tu tak boleh buat ape kan. Apa yg boleh saya buat hanya offer EBM yg bakal mencapai 3bulan. Itupon kalau ada lebih la. Skang ni stock bukan banyak dah macam dulu. Tapi insyaAllah kalau ada lebih saya akan offer pada yg sudi menerima EBM yg berumur 3bulan.

Hati seronok je kalau betul2 dapat derma EBM. =)

Thursday, September 29, 2011

EBM yg perlu dibuang






EBM tu kena buang sebab dah expired ye kawan2. Bukan sebab kejadian EBM mencair. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menghadapi putus bekalan elektrik dan sewaktunya yg menyebabkan EBM mencair.

Itu adalah stock EBM dari April sampai June yang tak habis guna. Actually kalau simpan dalam deep freezer can last up to 6months kan. Tapi saya rasa bersalah pula bagi Hannah minum EBM yg lama sangat. So I stick to 3months je. Lepas 3 months jangan bagi minum je.



Sebelum ni bila lebih 3 bulan saya simpan expired EBM dalam drawer DF yg paling bawah sekali. Asing le jangan tersilap kan. Tapi dah makin penuh plak drawer tu. So it's time to dispose it. huhuhu..Sebelum dispose kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Almaklumlah dulu time Qaseh mana nak merasa stock EBM banyak2. EBM pon tak sempat simpan sampai expired. huhuhu..

For the record semalam saya kira ada 43 bungkus/botol. Dalam 1 bekas ada say simpan 5oz, 4oz & skit 3oz. So total about 175oz yg dibuang. huhuhuhu..Kalau sekarang ni sehari hanya dpt simpan 3oz je saya perlukan dekat 2bulan baru dapat kumpul banyak tu balik. huhuhuh..



Sekarang DF saya kosong je. Yg guna 3 drawer je utk stock July, August & Sept. Tapi drawer Aug & Sept tu kosong je lebihnya. Bukan dpt buat banyak stock. Agak kemalasan nak pump skang. Sehari 2x je pump. Apepon tetap bersyukur masih cukup untuk Hannah tanpa perlu susah hati fikir nak kena topup dgn susu lain.

Thursday, September 22, 2011

Bocor sudah...


Alhamdulillah bukan atap rumah yg bocor. Kalau tak musim hujan gini sudah pasti basah dalam rumah. So, apa yg bocor sebenarnya??




MLO Ice pack saya sudah bocor. Tapi 1 peket je la. Yand dua masih survived. Time keluarkan dari cooler bag dan nak simpan dalam freezer, baru perasan kenapa 1 pack cam leper skit berbanding lagi dua tu. Suspect dah bocor le ni. Check2 confirm le sudah bocor. Biasa le dah lama pakai mesti "wear & tear". Beli masa bersalinkan Qaseh. Dah 2thn 5bulan dah pon...



Tapi alhamdulillah masa bersalinkan Hannah saya ada beli 1 set Gel Ice Stylo Mama. So, dah ada back up. So, takde le risau kan. Tapi saya prefer ada 2 set sebab saya ni pelupa orang nya. Balik dr kerja kalau busy buat mende lain sampai terlupa nak simpan balik dalam freezer. The next morning siap2 bag nk gi kerja baru sedar. Tapi takde masalah sebab dah ada 1 set lagi standby dalam freezer kan.

So, better saya beli ice pack lagi utk ganti yg bocor tu kan. Beli chiller coleman pon ok kan. Berlambak tgk ada kat TESCO tu.


***Gambar sumer google sahaja.

Thursday, July 7, 2011

Breastfeed DULU & SEKARANG



Cehh DULU le sangat kan. hahaha..

DULU tu refer kepada pengalaman BF si Qaseh. Dan SEKARANG refer kepada BF si Hannah ni.

Alhamdulillah SEKARANG kurang stress berbanding DULU. Mungkin sebab sudah ada pengalaman. Jadi secara tidak langsung diri jadi lebih bersedia dan kurang stress. Alhamdulillah belum pernah stress lagi.

Kalau DULU saya terpaksa pump 3x sehari untuk dapat 5oz x 3 = 15oz. Qaseh pada masa tu consumed 3oz x 5 botol (17.5oz) dari 8pg hingga 5ptg. Bila dia semakin membesar 3oz naik jadi 3.5oz. Tapi hasil pump saya tetap maintain around 15oz. Pada hari2 saya dapat lebih 15oz tak jadi masalah. Ataupon Qaseh sempat tunggu Mama balik untuk nenen. Pada hari2 yang kurang baik terpaksa topup dengan FM.


Oppss pencahayaan buat nampak susu terlampau kuning. huhuhu
Hasil pump sessi pagi tadi.


SEKARANG pula di mana Hannah nak masuk 4months hanya consume 2.5oz x 5botol. Sehari saya hanya pump 2x sahaja kerana kerja yang semakin banyak ni. 1 sessi alhamdulillah dpt 8oz. Total 16oz. Paling2 busuk pon saya akan dapat 4oz sehari untuk buat stok. Semuanya kerana Hannah agak kurang kuat menyusu berbanding Qaseh. Tapi semakin dia membesar insyaAllah dia akan minum dgn lebih banyak. Dari mula2 saya start kerja balik dulu dia hanya consume 1.5oz je. Itupon bukan sekali hisap je. Dan mungkin sebab tak berapa kuat menyusu berat Hannah yg ditimbang 06/07/11 (semalam) hanya 6.6kg. Berbanding Qaseh semasa 4bulan beratnya 7.1kg.

DULU hanya selepas 2minggu bersalin baru saya ada breast pump. Tapi tidak sangat berdisplin untuk pump susu. Yang mana saya pump pon terus bagi Qaseh minum sebab dia selalu menangis. Dan bila dapat minum dari botol yg laju dan banyak dia akan tidur. Ended up masuk kerja saya hanya ada dalam 7botol of 3oz je.

Dengan Hannah sungguh berbeza sekali. Mind set dah tune betul2. Balik dari hospital minta en.hubby basuhkan semua botol2 dan parts yg nak guna. sehari lepas tu kalau tak silap dah start pump. Sehari 2x pump. Kalau malas 1x je. Janji mesti pump. Disamping pump utk buat stok, pump untuk latih Hannah minum dari botol juga. Awal juga saya start. Tak tunggu 2minggu lagi nak mula berkerja.

Habis je pantang, peti sejuk MIL dah tak muat untuk saya tumpang EBM saya. Sebab saya store guna botol2 dan plastik. Makan space. So saya tak tunggu lama, setel pantang terus pergi beli Deep Freezer.



Sehingga sekarang saya amat bersyukur dan hati agak tenang dengan stok yang ada. InsyaAllah tiada masalah untuk hadapi bulan Ramadhan yg akan tiba ni. Harap2 bendera merah tak kunjung tiba lagi. Boleh la try berpuasa penuh. Padahal dah 2x pregnant time bulan puasa tapi diri agak lembek kerana sedang muntah2 di awal 1st trimester. Tambah2 pula dengan gastrik jadi tak berpeluang berpuasa penuh. Dulu time Qaseh cukup je 100hari bendera merah pon tiba. huhuhu...

Dalam hal stok EBM ni saya tak track total berapa stok saya. Cuma saya store dalam tray/drawer tu ikut bulan la. Sehingga sekarang 3trays sedang penuh untuk bulan 4, 5 & 6. 1 tray plak untuk EBM dalam botol tapi campur2. Tak jadi hal sebab sume ada label kan. Nak guna tgk label.

Baca entry Ezan pasal Spectra 3 dia rosak saya pon risau gak pasal Spectra 3 saya ni. Masa beli sama tahun je dgn Ezan beli. Maklumlah Qaseh & Marea sebaya. Moga2 le spectra 3 saya ni umur panjang. Walaupon agak besar dan berat saya tetap sayangkan awak wahai spectra 3. Tak rasa beban nak bawak awak sekadar gi office naik kereta. huhuhu..

Thursday, April 7, 2011

Stylo Mama


Hari Isnin lepas saya beli online barang dalam gambar di atas @ Sarakids. Itupon lepas terbaca promotion dalam Pa&Ma. Bag pump saya dh terkoyak skit. Then mmg nak beli 1 lagi cooler bag dan ice pack. Ice pack lama still bleh guna tapi just nak tambahan. Botol storage pon mmg nak beli. So pakej tu mmg paling sesuai le untuk saya. Harga pon dah byk diskaun compare sebelum ni. So ape lagi mesti le beli kan.



Petang semalam barang pon sampai. Tapi xde pula buku panduan penyusuan Ibu bekerjaya tu. Pihak Sarakids lupa bagi ke? Takde rezeki kot. Takpe la nak wat camne kan. Lain2 barang sume ada le. Kalau takde mesti le kena tuntut kan sbb kita dah bayar.




Lepas mandi sume petang tu, mmg dah sessi mengepam. Semangat nak mengepam uolls...sebab nak guna botol baru. hahahaha...Kebetulan si Hannah tidur je petang tu, B pon engorged juga so dapat le dalam 7oz for both B. First time tau sekali pump dapat banyak tu. Orang lain maybe le lagi banyak pernah dapat. Itu personal record..huhuhu..



Tapi sukatan botol ni lain2 kan. Ikut botol Stylo Mama ni dah 3oz tapi bila transfer dalam plastik storage You Have a Baby tu tak sampai pon 3oz. hhmmm....



Tu stock EBM saya sehingga semalam. Dalam bekas plastik kecik2 tu saya letak 2oz je. Sbb Hannah sekali minum skit2 je. Lgpon haritu masa botol2 sume dah abih kebetulan bekas plastik tu saya ada banyak so guna je la. Malas nk beli yg besar skit tu.


Sekarang ni belum tau exactly berapa Hannah akan consume for 1 serving . Macam Qaseh lu awal2 start keje tu dalam 3oz. Kalau dah tau senang nak store bape banyak dalam 1 bekas kan. Skang ni saya main hentam je simpan. Ikut apa yg dapat setiap kali pump. Ada yg 5oz, 4oz, 3oz, 2.5oz pon ada. huhuhu..



Tu dia sorang budak gelap lagi. hahaha..lahir cerah je balik umah je terus tukar color. Sepesen je ngn kakak dia. Dua2 ikut kulit Papa. So kalau berjalan 4org..Mama le yg paling cerah. Hahahaha.. Mostly orang i ada cakap nanti ada rezeki dapat baby boy baru dapat kulit cerah skit cam Mama. Cerah skit je uolls..bukan le tahap putih melepak. huhuhu

Hannah ni kalau tgk gitu je nampak cam tak bape nak debab cam Qaseh lu. Tapi masa 20hari timbang dia dh 3.8kg. Sebulan nanti ada le dalam 4kg kot. Okle tu dalam sebulan naik 1kg. Kalau nak compare Qaseh & Hannah rasanye kuat lagi Qaseh menyusu banding Hannah ni. Hannah ni kuat tidur. Qaseh kuat melalak je. Sampai skang le kuat melalak. hahaha..

Friday, April 1, 2011

Breastfeeding Journey

Dengan kelahiran anak ke-2 ni Visi & Misi dalam breastfeeding lebih jelas. Cewahh.. Kali ni berlainan dari dulu sebab dah ada pengalaman dan ilmu pon dah banyak skit.

Walau camne pon saya tak dapat le BF Hannah dalam sejam yg pertama tu. Saya redha le. Hannah hanya fully BF masa umurnya 3hari. Pada hari pertama saya hanya BF dia lepas ubat bius hilang. Bila saya dah mula terasa kaki sendiri. Masa tu mmg susu takde lagi. Tapi sbb nak bagi colostrum saya BF je. Lgpon nak stimulate penghasilan susu.



Hari ke-2 plak, waktu siang saya constantly BF Hannah. Tapi malam Hannah stay di nursery so nurse sure bagi FM. Hari ke-3 pagi2 saya dah inform nurse lepas mandikan Hannah terus hantar kat saya dan jangan bagi FM. Lagipon saya dah start bengkak susu. So dari haritu sampai hari ke 22 ni Hannah hanya minum susu Mama.

Kali ni juga saya dari awal dah start pump susu. Sebab saya sedar susu saya takde le semeriah orang lain. So better start buat stock dari awal. Tak nak repeat the same mistake time Qaseh lu. Walaupon dah start awal tapi xde le byk pon dapat buat stock. Saya hanya pump 2x je sehari. huhuhu..


Stock yg pump awal2 dulu yg mana sekali pump hanya dpt 1.5oz tak pon 2.0oz saya dah guna. Training bottle fed Hannah. Alhamdulillah setakat ni takde masalah. Even dia kenal puting botol susu dulu baru nenen Mama, takde masalah nipple confusion berlaku. Syukur....

Dari gambar atas tu korang bleh tgk tempat yg saya ada utk store EBM. Siap berkongsi dengan tempat ais. huhuhu..Itu yg berhajat nk beli deep freezer.

Moga2 perjalanan breastfeeding saya kali ni akan berjaya sampai ke 2tahun. Amin....

Wednesday, March 30, 2011

Kalau ikutkan nafsu

Source: www.sarakids.com

Kalau ikutkan nafsu mahu saje menghabiskan duit utk beli MODU brestpump ni. Hari tu masa baru tau MODU bakal berada di pasaran ada cakap kat en.hubby kalau tak mahal sangat saya nak beli. Terus kena dengar syarahan en.hubby. Yela kan Spectra 3 tu pon masih dalam keadaan elok. Takde ape yg rosak so buat ape beli barang yg tak perlu.

Tapi saya cakap dia kecik senang nak bawa gi tempat kerja. Takde le bulky mcm spectra 3 tu. Jenuh juga mengangkut hari2 gi ofis.

Pendek cerita semalam terbaca di FB Farah Farhan (Sarakids) 30 pembeli pertama dapat harga istimewa RM499.00. Harga asal RM599.00. Bagi saya harga tu agak mahal bagi saya. Yela RM599 utk pump saje kan. Dulu beli Spectra 3 tu termasuk bag pack, cooler bag dan macam2 lg tak sampai RM600.

Kalau tak ikut nafsu ikut akal fikiran yg waras dari spend duit utk barang yg tak perlu baik saya guna duit tu beli deep freezer kan. Berbelanja tu biar berhemah. Cewahh!!...

credit to google


Tak pon kita menabung dulu. Dengar dulu review orang ramai pasal MODU tu. Then tunggu Sarakids buat Package Deal utk MODU tu. Lagi berbaloi kan. huhuhuh...

Thursday, February 24, 2011

4jam lebih di GH Ipoh


Semalam hari dating saya & en.hubby. 4 jam kami berdating di GH Ipoh. Selalunya bab2 pergi check up pregnancy ni saya pergi sendiri je. Takde nyusahkan en.hubby. Yela jenis kerja dia bukan senang nk keluar kejap2 ni. Kalau keluar kena potong OT. Baik tak payah kan.

Tapi kali ni utk appointment di GH Ipoh saya insists dia amik cuti untuk teman saya jugak. Sebabnye:

  1. Dekat GH sah2 le susah nak dapat parking. So kalau parking jauh sekalipon en.hubby just bleh drop saya dulu. So xde le nak kena 'menapak' jauh2.
  2. Dah boleh expect mesti lama gile kena tunggu jumpe doktor kan. So kalau ada teman xde le boring sangat. Boleh sembang2. Then ada bahu untuk tumpang lentok bila rasa ngantuk or penat menunggu. hahahaha..

Mula2 surat rujukan tu stated appointment kol 9pg. Saya tiba di Klinik Pakar O&G tu dalam jam 8.15pg. Punya le dah ramai orang. Kalau saya tiba kol 9pg..lagi la lambat balik.

Ingatkan just jumpe doktor Pakar untuk dptkan date cesarean jer. Rupe2nye cam check up biasa. Kena kencing, check HB, timbang berat & check BP. Setel sume tu duduk le tunggu turn jumpe doktor. Turn saya jam 11pg lebih. Tapi jumpe doktor pelatih je dulu. Then kena tunggu lagi sbb doktor pakar ada kes kena pergi OT kejap. So menunggu le lagi. Last2 tak jumpe pon doktor pakar. Doktor pelatih tu dah siap2 discuss ngn doktor pakar sendiri dan dapatkan date cesarean tu. Tak dapat nk tanya pasal opinion Dr. Raoofah pasal better tunggu 39weeks baru potong perut.

GH punyer date mcm yg saya expect. Masuk wad 09/03/11 then operate esoknye. Itu dorang kata le. Jangan jadi cam kes Qaseh lu..asyik kena hold je dulu. Duduk berhari2 dalam wad.



Tapi masa tengah tunggu turn tu ada 1 session pasal Penyusuan Ibu. Ada staff nurse bagi short briefing pasal breastfeeding. Kire orait juga sebab dapat mengisi masa bosan menunggu. Even apa yang dia brief tu saya dah tahu. Sebab sume basic je pon. Sebab dah ada experience BF Qaseh dulu. Treat it as a refresher utk saya. huhuhu..


Pamphlet untuk semua ibu2 mengandung


Lepas setel hal di GH terus gi lunch date ngn en.hubby. Perut mmg dah dok berkeroncong je. Lepas lunch kami teruskan operasi 'shopping'!! Ala beli barang2 baby skit yg mana belum beli, beli set bersalin saya dan lebih nye borong baju bajan si Qaseh. Sebab mostly baju dia dah sendat2 especially part perut buncit dia tu. hahaha..

Masa pilih2 baju Qaseh tu baru sedar Qaseh dah besar rupanye. Carik baju pon dah kat section len. huhuhu..carik baju saiz 2-3 tahun punyer. huhuhu..cepat betul masa berlalu kan.

Jam 5ptg cepat2 kami gerak balik batu gajah. Rasa rindu benor kat Qaseh. Nampak budak je teringatkan Qaseh. Almaklum le kami jarang keluar berdua tanpa Qaseh. En.hubby pon kata cam kosong je bila berjalan. Kalau tak sure dia kena tolak stroller ke trolley ke tak pon dukung Qaseh kan.

Anyway puas hati dapat shopping time weekdays ni. Takde le semak kepala dengan orang ramai. Even weekdays parking yg berbumbung pon penuh gak. huhuhu..

Wednesday, January 19, 2011

Doa Amalan Banyakkan Susu

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


*Credit to Salmi dari "Kisah Papa, Mama & Aliff"

Ini adalah salah satu persediaan untuk kembali bergiat dalam area breastfeeding. =)

Kali ini ingin bersedia awal demi utk bf baby no.2. Dulu time Qaseh mmg berhajat nak bf dia. Tapi in terms of persediaan mental & fizikal buat sambil lewa. Dah bersalin baru terhegeh2 carik breastpump. Lepas 2 weeks bersalin kalau tak silap baru sampai breastpump dan baru berjinak2 dalam area pumping plak.



Berharap dan berdoa dapat bf baby no.2 dengan jayanya. Dah seharusnya mengalahkan rekod Qaseh yg 1thn je bf. Moga kali ini sampai 2thn.


Dulu Doa tu saya print dan letak dalam bag spectra3 saya. Bila hari2 dah baca jadi hafal. Tapi skang bila dh lama tinggal cam lupa2 plak. So baik saya start amalkan dari sekarang kan.



So, saya letak kat side bar blog so hari2 bukak blog bleh baca Doa tu. Dan moga2 dengan izin Allah murah rezeki baby no.2 ni..amin.

Friday, October 15, 2010

Susu Ape???

Currently Qaseh minum susu Enfagrow A+ (original)...kenapa saya decide utk bagi Qaseh minum Enfagrow sbb dari awal2 lu bila EBM saya x mencukupi saya topup dgn Enfalac A+. Lepas Enfalac A+ tukar ke Enfapro A+. So bila dh stick dgn 1 brand.. tanpa mencuba yang lain terus kami pilih Enfagrow A+.



Alhamdulillah Qaseh tak menghadapi ape masalah dgn Susu tersebut. CUMA.....dengan harga nya RM94.90 utk 1.7kg di TESCO agak membebankan kami sebagai parents. Lagi2 Qaseh skang akan consumed 3.4kg sebulan. Mungkin kurang banding ngn org lain. Tapi to spend almost RM200 utk susu sahaja make our monthly expenses tight. Lagi2 adik Qaseh bakal tiba tahun depan.

Jadi kami cuba introduce susu lain yg agak murah. Kami try dgn SUSTAGEN junior dulu. Tapi kami amik perisa vanilla. Sebab x jumpe plak original flavor kt TESCO tu. Tak pasti le ade perisa original ke tak.

Bulat2 Qaseh tolak. Dia rasa then dia buat muka pelik sambil tgk botol susu tu. Then dia sua botol kat saya sambil ckp "TAK NAK".....



So, sebelum kami cuba brand susu lain..korg bleh suggest tak susu mana yg agak sama rasa mcm Enfagrow A+ perisa original tu dgn harga yang lebih menjimatkan.

Sebab kes nk berjimat ni lagi buat saya berkobar2 utk BF adik Qaseh nanti. Moga2 lebih dr setahun. Dgn Qaseh survived setahun je pon. Dan mintak2 my SPECTRA 3 still in good condition. Amin....

Wednesday, September 29, 2010

Cerai Susu

Actually susu dh xde pon. Tapi Qaseh masih lagi mintak nenen setiap kali nk tidur or terjaga dr tidur. Wat mcm pacifier je. Actually lama dh nk cerai susu ni. Since Qaseh start amik FM aritu tu. Tapi kesian plak kt Qaseh. So bagi can kat dia sampai 3 Oct ni bila dia dh masuk 18months. MIL pon dh mula suruh sapu pe2 kt B utk bagi Qaseh x mau nenen dah.

Bila fikir2 balik..sedih gak weh..Yelah saya selalu guna "nenen" utk pujuk Qaseh bila dia nangis2..meragam ke ape. Dgn nenen bonding antara kami rasa cam best sgt. Skang even dia dah start FM, masa feeding b4 tidur tu mesti saya peluk2 dia..tepuk2 montot..cium2 Qaseh. Nak bagi suasana lebih kurang cam time "nenen" gak.

Skang ni Qaseh x bleh pisah ngn saya time tidur. Itu melimitkan Qaseh dari "diculik" oleh sesape utk bawak ke mana2 utk bermalam. MIL ade beberapa kali cakap le susah kalau nk berjalan saya xde. Sbb Qaseh time tidur sure carik saya. So kalau dh cerai susu senang le katanya. En.hubby plak siap perli saya " Ala tu bukan anak yg x leh tidur mama xde..itu mama yg x leh tidur bila anak takde"....YA!! mmg benar..hehehehe...

Saya bukan ibu breastfeed yg tegar. Hanya survived utk setahun dalam bidang pam susu. Kemudian surrender. Bagi direct feeding je bila di rumah. Lama2 bila dh kurang demand supply pon xde le kan. Bagi saya direct feeding tu bukan problem nya. Saya still bleh tolerate sakit belakang, pinggang dll sbb bagi direct feeding. Cuma bab pam susu tu yg buat saya tewas!! Lagi le supply saya x sebanyak org lain. Tak pernah berjaya buat stock banyak2..40oz pon x pernah dpt. Mungkin ade hikmah di sebalik tu. Sbb saya xde tempat utk store stock byk2 tu. Tinggal menumpang di rumah MIL..Peti sejuk pon kire tumpang le kan. hahahaha...takkan nk overtake org punyer plak...

So, start ahad malam isnin ni saya akan sapu something di B bagi process cerai susu Qaseh. Kena siap sedia fizikal & mental ni. Konpem melalak x hengat nye bila x dpt nenen. Bila saya usik "Nenen finish!" pon dia dh melalak. Maybe Papa kena take over process menidurkan Qaseh kot. Sabar ke org len menidurkan Qaseh. Dia bukan jenis yg senang tidur. Kalau tidur di buai dulu boleh le tanpa nenen. Mama kena buat2 MIA dulu. So xde le nenen time tidur.

Tapi kan..nak sapu ape eh?? MIL kata sapu bawang putih. My mum lu sapu nescafe...ada org kata asam jawa. Ade suggestion lain tak??

Tapi kan sebelum tidur kena le basuh B dulu kan. Kang x pasal2 semut hurung plak..naya je. Tapi kalau tgh malam Qaseh bangun mintak nenen camne plak? hhhmmmm...

Plss share experience korang bleh...????