Thursday, July 7, 2011

Breastfeed DULU & SEKARANG



Cehh DULU le sangat kan. hahaha..

DULU tu refer kepada pengalaman BF si Qaseh. Dan SEKARANG refer kepada BF si Hannah ni.

Alhamdulillah SEKARANG kurang stress berbanding DULU. Mungkin sebab sudah ada pengalaman. Jadi secara tidak langsung diri jadi lebih bersedia dan kurang stress. Alhamdulillah belum pernah stress lagi.

Kalau DULU saya terpaksa pump 3x sehari untuk dapat 5oz x 3 = 15oz. Qaseh pada masa tu consumed 3oz x 5 botol (17.5oz) dari 8pg hingga 5ptg. Bila dia semakin membesar 3oz naik jadi 3.5oz. Tapi hasil pump saya tetap maintain around 15oz. Pada hari2 saya dapat lebih 15oz tak jadi masalah. Ataupon Qaseh sempat tunggu Mama balik untuk nenen. Pada hari2 yang kurang baik terpaksa topup dengan FM.


Oppss pencahayaan buat nampak susu terlampau kuning. huhuhu
Hasil pump sessi pagi tadi.


SEKARANG pula di mana Hannah nak masuk 4months hanya consume 2.5oz x 5botol. Sehari saya hanya pump 2x sahaja kerana kerja yang semakin banyak ni. 1 sessi alhamdulillah dpt 8oz. Total 16oz. Paling2 busuk pon saya akan dapat 4oz sehari untuk buat stok. Semuanya kerana Hannah agak kurang kuat menyusu berbanding Qaseh. Tapi semakin dia membesar insyaAllah dia akan minum dgn lebih banyak. Dari mula2 saya start kerja balik dulu dia hanya consume 1.5oz je. Itupon bukan sekali hisap je. Dan mungkin sebab tak berapa kuat menyusu berat Hannah yg ditimbang 06/07/11 (semalam) hanya 6.6kg. Berbanding Qaseh semasa 4bulan beratnya 7.1kg.

DULU hanya selepas 2minggu bersalin baru saya ada breast pump. Tapi tidak sangat berdisplin untuk pump susu. Yang mana saya pump pon terus bagi Qaseh minum sebab dia selalu menangis. Dan bila dapat minum dari botol yg laju dan banyak dia akan tidur. Ended up masuk kerja saya hanya ada dalam 7botol of 3oz je.

Dengan Hannah sungguh berbeza sekali. Mind set dah tune betul2. Balik dari hospital minta en.hubby basuhkan semua botol2 dan parts yg nak guna. sehari lepas tu kalau tak silap dah start pump. Sehari 2x pump. Kalau malas 1x je. Janji mesti pump. Disamping pump utk buat stok, pump untuk latih Hannah minum dari botol juga. Awal juga saya start. Tak tunggu 2minggu lagi nak mula berkerja.

Habis je pantang, peti sejuk MIL dah tak muat untuk saya tumpang EBM saya. Sebab saya store guna botol2 dan plastik. Makan space. So saya tak tunggu lama, setel pantang terus pergi beli Deep Freezer.



Sehingga sekarang saya amat bersyukur dan hati agak tenang dengan stok yang ada. InsyaAllah tiada masalah untuk hadapi bulan Ramadhan yg akan tiba ni. Harap2 bendera merah tak kunjung tiba lagi. Boleh la try berpuasa penuh. Padahal dah 2x pregnant time bulan puasa tapi diri agak lembek kerana sedang muntah2 di awal 1st trimester. Tambah2 pula dengan gastrik jadi tak berpeluang berpuasa penuh. Dulu time Qaseh cukup je 100hari bendera merah pon tiba. huhuhu...

Dalam hal stok EBM ni saya tak track total berapa stok saya. Cuma saya store dalam tray/drawer tu ikut bulan la. Sehingga sekarang 3trays sedang penuh untuk bulan 4, 5 & 6. 1 tray plak untuk EBM dalam botol tapi campur2. Tak jadi hal sebab sume ada label kan. Nak guna tgk label.

Baca entry Ezan pasal Spectra 3 dia rosak saya pon risau gak pasal Spectra 3 saya ni. Masa beli sama tahun je dgn Ezan beli. Maklumlah Qaseh & Marea sebaya. Moga2 le spectra 3 saya ni umur panjang. Walaupon agak besar dan berat saya tetap sayangkan awak wahai spectra 3. Tak rasa beban nak bawak awak sekadar gi office naik kereta. huhuhu..

1 comment:

Unknown said...

moga mudah usaha akak nak bf hannah :) n wat stok ebm..