Showing posts with label Apash Sweet Treats. Show all posts
Showing posts with label Apash Sweet Treats. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Tawaran HEBAT Pakej Wedding Cake

Apash Sweet Treats ingin menawarkan tawaran hebat pada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan SEPT atau OCT dan  masih belum membuat tempahan 'Wedding Cake' mereka.Ini peluang ANDA.

Tawaran pakej Wedding Cake seperti berikut:

  1. Kek 2 tingkat dan 1 set cupcakes.
  2. 10" butter cake / Choc Moist Cake
  3. 7" sponge cake (vanilla, chocolate, orange, strawberry)
  4. 16nos choc moist cupcakes.
  5. Steam buttercream frosting.
  6. Decoration flower buttercream/gumpaste
  7. 'G' cake stand diberi percuma (pinjam)
  8. Pisau diberi percuma (pinjam)

Semua itu dengan HANYA RM250

Jika berminat boleh inbox saya di FB Lyiana Tamizi untuk keterangan lanjut.

TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT

Thursday, July 19, 2012

Apash Sweet Treats : Promosi Ramadhan




PAVLOVA
Harga Biasa = RM40
Harga Promosi = RM35

KEK KARAMEL
Harga Biasa = RM35
Harga Promosi = RM30

Untuk tempahan boleh hubungi 0195736516.
Self collect sahaja. Tiada servis penghantaran disediakan sepanjang bulan Ramadhan.
Lokasi: RPA Bemban, Batu Gajah, Perak.

Tuesday, June 12, 2012

Kelas di Apash Sweet Treats



Kelas Bistro Cake terkini PECAN HEAVEN bersama Apash Sweet Treats (Batu Gajah, Perak) 23/06/12 RM180/pax. Limited to 2 pax only. 
Berminat contact Lyiana Tamizi 0195736516

 

Monday, May 28, 2012

Jualan Cuti Sekolah


Mahu menikmati keenakkan 2 kek ini?? Marilah order.
 
 
 
Terma dan syarat:

  1. Bistro kek (Pecan Heaven & Choc Walnut Torte) saiz 9inci akan dipotong 12. 
  2. 1 slice dijual dengan harga RM7.50.
  3. Jualan hanya akan diteruskan jika mencapai minimum order sebanyak 8 slices.
  4. Bayaran adalah secara tunai. COD
  5. Tiada servis penghantaran. Sila ambil sendiri di rumah saya.
  6. Tarikh jualan tertakluk kepada pindaan.
PADA YANG BERMINAT UNTUK ORDER SILA BAGI NAMA DAN NO TEL.
Tarikh Jualan:
PECAN HEAVEN 29 MAY 2012 (SELASA)
CHOC WALNUT TORTE 30 MAY 2012 (RABU)
Untuk tempahan boleh sms/call saya 0195736516

Saturday, March 24, 2012

Kelas 2 in 1 bersama Apash Sweet Treats

Kelas 2 in 1 A : KEK KARAMEL + PAVLOVA


Tarikh: 01/04/12 (Ahad)
Masa: 10.30am - 1.30pm
Yuran: RM150 (N.P RM170)
Sijil akan diberikan. Limited to 2 person ONLY.
Kelas 100% hands on. Akan membawa pulang sebiji Pavlova dan sebiji kek karamel.



KELAS 2 IN 1 Pakej B: PAVLOVA + RED VELVET CUPCAKES


Tarikh: 01/04/12 (Ahad)
Masa: 2.30pm - 5.30pm
Yuran: RM150 (N.P RM180)
Sijil akan diberikan. Limited to 2 person ONLY.
Kelas 100% hands on. Akan membawa pulang sebiji Pavlova dan 16nos Red Velvet cupcakes.



Bagi yang berminat boleh hubungi Apash Sweet Treats di talian 019-5736516.

Tuesday, February 21, 2012

Nilai kepuasan

Actually dah share kat status FB. Tapi saje nak abadikan dalam blog. Lagipon kesian benor dgn blog ni. Asyik terabai je kan.

Sabtu lepas, saya sempat ke Karnival RTC di Gopeng. Saya pergi pagi Sabtu sebab time tu je boleh pergi, siap amik cuti lagi. Petang sabtu dan esoknya Ahad saya ada kelas. So, terpaksa juga pergi pagi sabtu tu.

Ramainya orang, maybe sbb haritu Najib pon nak datang rasmi kan. Terpaksa angkut Hannah sekali dgn stroller. Nak tinggalkan dengan SIL dalam kereta takut melalak nak susu pula. So, si Qaseh stay dgn Mak Long dalam kereta. Mama takut susah nak handle dua2. Alhamdulillah Hannah behave je. Good girl.

Kat RTC tu le saya akhirnya dapat daftar Apash Sweet Treats dgn SSM. Sebenarnya tak plan pon. Disebabkan alang2 kt situ boleh buat, baik terus buat. Tak perlu bersusah nak ke Greentown Mall nanti.

Then, satu lagi hal berjaya beli oven baru semalam. Selama ni guna oven Along saya je. Dari mengandungkan Hannah dulu. Skang Hannah dah nak setahun. Beli dengan duit keuntungan buat kelas selama 2 minggu. Rasa kepuasan dia lain. Sangat lain tau. Compare beli dengan duit gaji ke bonus ke. huhuhu..

Alaaa beli oven kecik je. 35L je. Tapi jadi le kan. Nanti kumpul2 duit baru beli industrial oven tu plak. Skang ni masalah takde space. Makin semak rumah MIL dengan barang2 saya. InsyaAlllah nanti dah ade rumah sendiri kan. Boleh le sumbat segala barang.

Walaupon harga oven tu baru Rm265 je..tapi masa bayar kt kedai cina tu hati berbunga2 you...sebab hasil titik peluh sendiri kan. PRICELESS.

Tujuan beli oven tu supaya ada 2 oven cepat skit process nak bakar kek dalam kelas nanti. Takde le kelas lambat setel kan. Skang duit keuntungan sume rolling balik beli tools utk upgradekan kelas lagi...

Okle dah panjang membebel hari ni. Doakan saya makin kuat berusaha untuk majukan biz ni dan berjaya capai target saya ye. TQ kawan2..

Monday, February 13, 2012

Nervous Jadi Cikgu


Weekend lepas adalah weekend yg busy untuk saya. Buat pertama kalinya menjadi cikgu. huhuhu..Nervous uolls. Cakap pon agak kelam kabut. Cuak le juga. Lagi le yg datang tu kakak2 yg dah terer bab2 baking ni. Lagi le bertambah segan.

Hari Sabtu kelas Demo Kek Karamel. 4 peserta semua nya. Sepatutnye 5org. Tapi sorg cancel. Ada juga hikmah dia tak dtg. Sebab kelas mmg sesuai utk 4org je. huhuhu..So, pasni limited to 4 org je dalam 1 sessi kelas.



Hari Ahad pula ada kelas basic cupcakes. Dari pagi sampai ke petang. huhuhu..Ingat senang je buat kelas ni. Tapi penat juga uolls. Maybe sebab sehari sebelum dah buat kelas. Then malam siapkan order plak. Tidur tak cukup. Then sambung kelas lagi. Penat weehh..

Nasib baik my partner take over kerja mencuci2 semua barang2. huhuhu..Thanks Bie. I love u so much. Thanks to MIL juga sebab tolong jagakan anak2. Tanpa kalian sudah tentu sy takkan dpt jalankan kelas.

Pada pelajar sy yang pertama, maafkan apa yang terkurang ye. InsyaAllah saya akan perbaikinya nanti. Terima kasih atas kepercayaan anda semua. huhuhu..

Saturday, February 4, 2012

Blog Terabai

Kesian blog ni..terabai sudah. Bukan sengaja tetapi kekangan masa tak membenarkan saya merepek dalam blog ini. Bukan merungut sebab tiada masa cuma nak pembaca blog ni tahu. Siang kerja macam biasa. Waktu free byk digunakan menjawab pertanyaan customer/potential customer di samping buat promosi/iklan kat FB/blog (Apash Sweet Treats).

Busy maknanya ada bisnes. Alhamdulillah syukur...

Kesian Hannah Mama kurang update kisah dia dalam blog ni. Nanti ada masa mama update ye. Mama tgh berusaha untuk mencari rezeki lebih untuk kita sekeluarga. Dan juga demi mengejar impian Mama.

Just a quick note: Last Tuesday (31/01/12) Hannah dah amik 1st jab Pneumococcal. Alhamdulillah takde demam ke apa. Syukur Hannah seorang baby yg kuat & sehat. Jarang sakit demam sepanjang nak masuk 11bulan umur dia. Semoga Hannah dikurniakan dengan kesihatan yg baik. Begitu juga utk kakak Qaseh.

Till then~

Saturday, August 20, 2011

Promosi "Dessert Table" 2011

IMPIKAN DESSERT TABLE UNTUK MAJLIS ANDA??

Apash Sweet Treats
menawarkan Pakej sesuai untuk anda.

*Click for enlarge*


Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Apash:
H/P: 0195736516
E-mail: fadzh_lyiana@yahoo.com
FB: Lyiana Tamizi