Saturday, June 30, 2012

Semalam di Aeon St18

Dah jd kebiasaan bile ade order pavlova kena le ke jusco uyk beli fresh fruits. Malam tadi angkut 2 budak kenit tu sekali. Slalu hannah tinggal ngn papa dlm keta. Tp smlm kesian plak dia. So bw le dua2.

Kebetulan papa dpt parking. Dia amik kesempatan gi tgk pameran keta toyota tu. Car sport. Teman idak le amik pot sgt. Dlm kepala teman dok fikir 3 bj pavlova & 1set cuppies nk kena siapkn. Huhuhu



Friday, June 29, 2012

Testing2..

Update blog guna phone. Huhuhu..nk tayang gmbr kek pecan utk slice cake sale smlm


Sms sombong punca batal tempahan.

Ada mcm headline Harian Metro tak?? hahahaha

Oh blog kesayangan ku, yang sentiasa menjadi penyimpan cerita dan tempat meluahkan perasaan. Siap sedia la menerima kisah kali ini. huhuhu..

Of course, sape yg mmg ikut blog ni dah tau saya buat biz home made cake. So kisah kali ni pasal tempahan cake.

Ahad lepas, insan bernama Ayu call dlm 2.30ptg utk order Rainbow Cake utk wedding, 10biji cupcakes nk susun tepi2 cake dan lagi 50biji cuppies utk cukur jambul. Ayu buat biz pelamin di Ipoh. Candy buffet pon dia buat. Di samping tu dia juga ada pm ni FB. Tunjuk design2 yg dia nak. Dan janji akan bayar deposit.

Dlm biz ni saya tetapkan kalau order lebih rm100 kena byr deposit. Order Ayu ni total Rm190..so kena le byr deposit.

Hari selasa saya sms lagi, minta bayar deposit untuk konpemkan order. Dia reply ";)kay dear..i kat kl ni. i balik ipoh i transfer kat u yer. Confirm ye. Jumaat pagi kita amik brg"

Saya pon ok...sampai le hari khamis. Order nk amik pagi jumaat, sah2 khamis kena start baking. Saya pon sms, pm kat fb dan whatsapp sekali. Sms saya just simple "Salam. Dah bayar deposit ke? Sy nk proceed baking ni"

Tanpa ada perasaan sombong. Cuma agak panas hati sebab dia diam je. Masa kat whatsapp mula2 saya bagi "salam"... dia jawab. Bila saya tanya pasal deposit..dia tak jawab2..

Tunggu sejam mcm tu takde juga reply pe2. Last2 saya call. Tanya pasal desposit. Jadi ke tak? Sebelum saya start buat kek2 tu. Dia jawab "Tak jadi le. Sbb sms U mcm sombong"....
Pulak dah. Ok le..dah cancel nk buat cane. Malas nk marah2. Tapi hati mmg tak puas hati kata kita sombong.

Kalau nak cancel, at least inform le bgtau cancel order. Ni diam2 gitu je. Berhati perut le skit. Tak fikir ke kot2 kalau saya dh start buat kek tu? Rugi le...pastu penat je. Kalau cancel maknanya bukan rezeki saya. Saya redho je..pasti ada rezeki lain.

Sebabkan hati agak panas, sy share kat FB. Tak lama pastu, dpt sms dari Ayu tu . " U sorry cz xjd. i 4word msg u pd my cust. dia pun kate msg u mcm sombong. dah berjaya,mcm eksen. maaf le tu pendapat we ouls. tp mybe u dah bejaya pun, cume klu pd i mcm x sesuai ayat tu. maybe u byk order, xnak layan sgt order we ouls. ape2 pon selamat berbusnes. maaf ye"

Dah kata saya sombong..skang tambah kata saya eksen pula sebab dah berjaya. Berjaya mana le sgt. buat kek kat dapur rumah je pon. Alahai...

Kalau dari awal sms bgtau "Maaf ye terpaksa cancel order disebabkan oleh hal tak dpt dielakkan. Tu sbb tak bayar2 deposit" Ni nak tunggu sampai kita yang call dia baru nak ckp cancel.

Mende dah jadi pon. Pengajaran buat saya, kena bermulut manis kot. Saya mmg kureng skit ayat2 manis ni. Dari dulu lagi. Tak reti nk berbunga2. Sy jenis cakap straight to the point. Tu sbb dr awal saya tau saya akan fail jadi salesman. Tak pandai le...

Pada customer2 saya sebelum2 ni, maaf le kot2 korang pon ada terasa hati dgn saya. Mmg ramai kata muka saya garang or muka sombong..tapi hati tarak sombong woo.. Don't judge a book by its cover. ^____^

Bab Ayu tu, sebelum ni mmg saya pernah dinasihat oleh seseorang untuk hati2 bila dia nk order kek. Sbb dia ske main harga. Order sana..order sini...carik yg plg murah dia bleh dapat. Dia order on behalf customer dia. Bila nk confirm order..senyap je. selama ni dia hanya tanya di FB..so saya pon tak amik berat sgt. sbb dia tak nampak serius nk order.

Disebabkan dia dah call & janji nk byr deposit, saya pon boleh lah,. Maybe kali ni dia betul2 nk order. Tapi, bab hati2 tu mmg alert le. Tu yg tunggu deposit baru nak start baking.

Saya berharap agar dapat dijauhkan dari perkara2 mcm ni lagi. Dan semoga saya dapat improve dalam communication skill "mulut manis' tu....huhuhu

Terlepas order Ayu, alhamdulillah masuk order lain. 3biji kek kontinental berjaya saya buat malam tadi. Pecan Heaven, Choc Mascarpone & Black forest. ^___^ I like!!

I LOVE BAKING SO MUCH!! walaupon penat wehhhh

Saturday, June 23, 2012

Sakit Gusi + Sakit tekak (cam tonsil bengkak je)

Dah seminggu sakit..ingat mau le baik sendiri.
Tapi tak jugak.
Pagi2 bangun tidur lagi sakit.
Nak telan pon sakit..
tekan kat leher pon sakit
hhhmmm
Ke klinik juga le nampak gayanya.

Tuesday, June 12, 2012

Kelas di Apash Sweet Treats



Kelas Bistro Cake terkini PECAN HEAVEN bersama Apash Sweet Treats (Batu Gajah, Perak) 23/06/12 RM180/pax. Limited to 2 pax only. 
Berminat contact Lyiana Tamizi 0195736516

 

Friday, June 8, 2012

Papa Johns Pizza Aeon St18




Lunch tadi ke Aeon St18 lagi untuk beli fresh fruits for Pavlova. Terus le lunch situ je. Kali ni gi try Papa Johns Pizza yg baru juga dibuka. Gi dgn siapa?? Gi makan sorang2 je. Wa takde hal punye. Muka dah tebal bab makan sorang2 ni. hahaha...

Actually saje je nk riki2 keadaan sana then of course nk taste dia punye food kan. Amik yg lunch set je RM9.90. Ada pizza, mushroon soup & Lemon Ice Tea. Bread stick saya add on dengan hasrat nk mkn ngn mushroom soup tu.


The best thing bagi saya dia punye garlic sauce tu. Sedap...Pizza cicah tu pon sedap. Bila semua food dh sampai kecuali soup. Kalau ikutkan mkn appetizer dulu. Dip bread stick dalam soup panas2 heaven jer. Tapi tak sampai2, sy makan le pizza dulu. Lapor wehh..

Bila pizza dh abih soup tak sampai2 lg...bila minta katanya tgh prepare. Tunggu juga dlm 5-10minit. Akhirnya sampai juga soup. Bread stick yg panas tadi pon dh sejuk. TAPI amat mengecewakan soup langsung tak panas. suam2 kuku pon idak. Potong stim btol la. Punye lama tunggu last2 dapat soup sejuk. HAMPEH.

Mesti org kitchen lupa nak tenggek soup atas api bila perlu. Dah abih licin baru kelam kabut nk prepare yg baru. Anyway food ok cuma service le tk bape molek. Bab soup tu je la. Harap2 pasni takde dah incident soup sejuk bedi.

Nak gi holiday boleh tak???

Rasa dah lama gila tak pergi bercuti secara privacy dengan en.hubby. Bercuti privacy masudnya bercuti dengan en.hubby and of course anak2 tag along le. Belum sampai hati nak honeymoon berdua, tinggal anak2 minta org jaga. Satu, kesian kat anak2 kena tinggal. Dua, tak patut rasanya menyusahkan orang lain kena jaga anak2, sedangkan mak bapak dok berseronok. Bukan masanya lagi...

Last pergi bercuti masa Hannah pon takde lagi. Piyah pon tak leh jalan lagi. Bayangkan le dah lebih 2tahun. Bukan apa..perlu moment2 privacy antara suami isteri ni. Bagi menyemarakkan rasa cinta antara suami isteri. Cewwaahh..tapi betul. Privacy nye bila masa anak2 dah tidur le. Ehem..ehem..buat2 paham sudah le ya.

Disamping tu nak rileks2..menikmati keindahan alam. Jauh dari kesibukan hidup. ^____^

Sempena my birthday next month, so saya plan better gi holiday sebelum bulan Ramadhan. Tapi nk pergi yg dekat2 je la. So, travelling cost tak mahal sgt so that we can spend on hotel/resort room yg best skit.


Yang paling dekat & best apa lagi kalau bukan Pangkor. Saje nak bawa Piyah kenal dengan pantai, pasir pantai & laut. Kesian dia dah 3 thn++ tak pernah lagi gi beach. Salahkan Papa ye. Mama dah ajak byk kali gi Teluk Batik pon payah nk gi. Huh!! Padahal bukan jauh mana pon.

Tapi ni baru plan, belum buat reservation ke apa..tunggu hujung bulan lu. huhuhu..Minta2 tercapai le hajat nak ke sana. amin ^____^

Thursday, June 7, 2012

Di Ar-Ridzuan semalam

Lately rajin pula update blog. Dulu kata sibuk sgt. Skang pon sibuk gak. Dgn keje ofis, baking lagi. Boleh plak nk update blog. Hahahaha..itu alasan je kan. Skang update pon pendek2 je. Janji dapat share dlm blog kisah2 hidup kami.



Saje nk share gambar puteri hati mama dua org ni. Even tak sehat ligat je main2 kat Ar-Ridzuan tu. Bukan nk dok diam. Nasib baik tak ramai orang. Piyah plak mcm dah biasa kat Ar-Ridzuan. Yela selalu gi situ since Mama bersalinkan adik dia. Semalam on d way ke sana Papa amik jalan lain. Tetiba dia bleh ckp.."Papa nk gi mana? Nak gi spital sana le" 

Jalan pon dah ingat...hehehe..


Jalan ke rumah kami pon dia tau. Tau cara dia la. Cth ada simpang dia bleh tunjuk arah mana nk masuk.  Nak masuk simpang ke nak terus. Piyah tau. ^____^

Lena dgn penuh Gaya


On the way pergi Ar-Ridzuan semalam, Hannah duduk depan dgn Papa. Mak long yg drive. Baru sampai Lahat Hannah dah lena dengan penuh gaya. Kena air-cond je mata layu. Lagi2 le badan tak sedap. Hannah demam + selsema. Piyah pula selsema. Semalam Mama EL jaga Hannah. Tunggu Papa balik tghari tu baru gi Ar-Ridzuan. Sekarang mmg sakit demam anak2 bawa gi Ar-Ridzuan je. Deme serasi dengan ubat sana. Tak kisah le jauh skit kalau dari BG. Janji anak2 cepat sehat.



Tuesday, June 5, 2012

Lagu-Lagu Mulut Piyah


Inilah yang dimaksudkan oleh Piyah dengan "LAGU-LAGU MULUT"
yelaa..pegang mende tu kat mulut bila nyanyi lagu kan. 
hahahaha

macam2 anak mama ni..

Cuba teka....

"LAGU - LAGU MULUT"

Siapa pandai cuba teka apa yg dimaksudkan oleh si Piyah dengan Lagu-lagu Mulut tu.

Hint: benda

Monday, June 4, 2012

Us in pink

Gambar2 di wedding Nina sabtu malam lepas. Gambar dgn pengantin tak sempat nk tgkap sebab kami balik awal nak ke Senawang jumpe my besfren.

Piyah dah makin besar makin pandai posing dpn camera. Hannah macam biasa susah nk tgkap gambar dia elok2.

p/s: ensem laki teman pakai baju melayu siap bersampin huhuhu =P

Friday, June 1, 2012

Hannah Shuffle


Kejadian berlaku semalam, ketika Hannah sedang asyik bermain blocks. Tetiba HP mak long berbunyi. Lagu Untuk Dia dari Sleeq feat Najwa Latif. Terus si kenit tu bangun dan start shuffle aka menari. 

Masa tu HP mama jauh. Semata2 nk tgkp video, mama send sms kt mak long, supaya ada lagi lagu tu. Dapat le tgkap video Hannah Shuffle. Sebagai kenang-kenangan.

^____^