Friday, June 8, 2012

Nak gi holiday boleh tak???

Rasa dah lama gila tak pergi bercuti secara privacy dengan en.hubby. Bercuti privacy masudnya bercuti dengan en.hubby and of course anak2 tag along le. Belum sampai hati nak honeymoon berdua, tinggal anak2 minta org jaga. Satu, kesian kat anak2 kena tinggal. Dua, tak patut rasanya menyusahkan orang lain kena jaga anak2, sedangkan mak bapak dok berseronok. Bukan masanya lagi...

Last pergi bercuti masa Hannah pon takde lagi. Piyah pon tak leh jalan lagi. Bayangkan le dah lebih 2tahun. Bukan apa..perlu moment2 privacy antara suami isteri ni. Bagi menyemarakkan rasa cinta antara suami isteri. Cewwaahh..tapi betul. Privacy nye bila masa anak2 dah tidur le. Ehem..ehem..buat2 paham sudah le ya.

Disamping tu nak rileks2..menikmati keindahan alam. Jauh dari kesibukan hidup. ^____^

Sempena my birthday next month, so saya plan better gi holiday sebelum bulan Ramadhan. Tapi nk pergi yg dekat2 je la. So, travelling cost tak mahal sgt so that we can spend on hotel/resort room yg best skit.


Yang paling dekat & best apa lagi kalau bukan Pangkor. Saje nak bawa Piyah kenal dengan pantai, pasir pantai & laut. Kesian dia dah 3 thn++ tak pernah lagi gi beach. Salahkan Papa ye. Mama dah ajak byk kali gi Teluk Batik pon payah nk gi. Huh!! Padahal bukan jauh mana pon.

Tapi ni baru plan, belum buat reservation ke apa..tunggu hujung bulan lu. huhuhu..Minta2 tercapai le hajat nak ke sana. amin ^____^

No comments: