Saturday, July 30, 2011

Kakak sayang Adik..



Bila kita riba si Hannah, Kakak pon sibuk2 nak riba juga. Macam le dia tu dah besar sangat. Adik pula macam biasa "nganga" je keje nye. Tapi nasib baik rumah takde lalat. Kalau tak sure dah masuk lalat..huhuhu.


Quality gambar mmg tak bagus. Guna HP cap ayam ni je pon. Lampu plak pasang satu je..tu pasal gelap je..Muka dorang pon comot je..sbb belum mandi lagi petang tu. huhuhu..

Sama ke rupe dorang eh??? hhmmmm...

Friday, July 29, 2011

Pokok yang paling saya suka...



Pokok dari Meet Uncle Hussain ft Hazama...

hahahaha...ada yang tertipu dgn Title tu tak??

Saya selalunya tak berapa kisah part2 lagu ni. Jarang tau lagu2 yang terkini. Dengar pon time dalam kereta je pon.

Tapi lepas tgk performance MUH ft Nubhan time AF9 aritu terus cam ske lagu Pokok ni. Tapi ske version Hazama le. Orang lain nyanyi pon ok gak. Tapi ske lenggok nyanyi Hazama..huhuhu..
Apapon..

KAWTIM!!

Wednesday, July 27, 2011

HANNAH Tajima






My version of Hana Tajima....

Love u so muchhhh my baby!!

BeeZeee

Bukan sengaja biar blog bersawang..tapi takde masa nak update blog. Banyak kerja skang ni. Kadang2 nak pump susu pon tak sempat. Apatah lagi nak bergebang di blog. Tapi kt FB still active..sebab boleh tgk kejap2..tu no hal...

Wednesday, July 20, 2011

Pengalaman Pertama di London Weight Management




Isnin lepas saya pergi ke London Weight Management di De Garden, Ipoh. Sampai sana lewat 15minit. huhuhu...Estimate 30min dari batu gajah sempat le sampai on time. Blamed the traffic.



Sessi dimulakan dengan consultation. Firstly pergi timbang berat dan tinggi. Saya gemuk gila sama berat macam tgh mengandung haritu. Tinggi plak 156.6cm je. So berat ideal adalah 55kg. Then, tanya pasal health background. Then sambung dengan body scan. Masa ini consultant will highlight problem yang customer hadapi. In my case :

  1. Gemuk air yang teruk
  2. Cellulite
  3. Toxin
  4. Fat

Bila dah tahu masalah dia akan choose suitable treatment untuk saya. Treatment yang diatur untuk saya adalah:

Steam bath
Untuk membuka liang-liang roma. Mandi sauna ni selama 10minit. Saya boleh tolerate bab panas tu tapi agak sukar nak bernafas ler. Jangan risau, customer dibekalkan dengan tuala basah untuk memudahkan pernafasan

Lavender sea salt scrub
Untuk membuang sel2 kulit mati. Salt tu akan dissolved and penetrate into skin then osmosis process happened where water/sweat will come out.

Infra-red warm blanket
Lepas scrub saya dibungkus dengan plastik dan infra red warm blanket. Mmg panas dan saya berpeluh gile2. Treatment ni selama 20minit. My consultant , Celes cakap nak tidur..tidur la. Sape yg boleh tidur time tu mmg wa tabik spring sama lu. Panas tu no hal sangat. Tapi rasa gatal2. KIta dah le tak boleh nak gerak2. Mana pula nak menggaru kan. hahaha..itu sume side effect dari toxin. Toxin keluar bersama dgn peluh. Peluh mmg banyak gila. Kalau kumpul peluh tu mahu 1 cawan. Celes kata saya gemuk air yang teruk. Setel tu saya diminta pergi shower. Sebab mmg badan berbau skit. Lepas mandi pergi timbang balik.

Body Trim Ampoule Treatment.
Kalau tak silap la nama nya. Mula2 Celes akan ambil my body measurement dulu. Kemudian saya di sapu dengan 1 jenis essential oil. Fungsi dia untuk membakar lemak. Kata Celes essential oil tu yg paling mahal. huhuhu.. Kemudian dia akan menggunakan machine. Target area tummy, thigh ngan lengan. Terasa vibrate kecil2..Treatment selama 20minit. This machine will break the fat tissue. Lemak akan keluar melalui peluh, urine & stool. So dinasihatkan minum air banyak.

Setel treatment, Celes ukur balik my body measurement. So akan dapat before & after measurement.




Untuk 1 sessi je saya berjaya kurang sebanyak 1.9kg dan 7.2cm. Bayangkan kalau saya amik 20 sessi treatment. Waahh...mesti mantap!! Tapi duit pon mantap...tak mampu buat masa skang ni.

Buat yang mampu, London ada kemudahan membuat 0% easy payment. Kalau saya takde komitment lain mmg konpem saya ambil. Special price for 1st time customer dia bagi 20sessi RM5900. Buat easy payment 24months baru RM245. Tak mampu 20sessi buat 10 sessi RM3900. Saya dua2 tak mampu..hahahahaha...



Selain tu saya dibekalkan dengan home care treatment dan sehelai towel. Terima kasih London Weight Management untuk satu pengalaman yang baru untuk saya. Doakan saya dikurniakan rezeki yang lebih duit datang mencurah2 konpem saya amik full treatment ngan korang. huhuhu..

Tuesday, July 19, 2011

Paparazzi Cilik


Qaseh macam budak2 lain yang pandai tangkap gambar guna henfon. Tapi yang dia paling pandai guna HP mama le. Sebab yang paling senang dan paling cikai. Lagipon nokia N70 tahan lasak gak. Dah bape kali jatuh..

So, memory card HP Mama penuh dengan segala gambar yang dia tangkap. Awal2 dulu mama delete je. Tapi lately Papa kata sayang. Sebelum delete transfer simpan buat kenangan.

Ini antara hasil tangkapan jurugambar cilik ini..Kadang2 dah rupe paparazzi..


Close up gambar "Abil" dari pamplet Seng Heng kalau tak silap


Paparazzi kepochi pak long bukak durian



susun block then tangkap gambar


susun block antara dinding & sofa



Percubaan amik gambar mama & adik.



Kek Mama pon jadi sasaran.

Kakak & adik tidur


Kalau Mak Long sure kata muka Qaseh mcm "sambal belacan"..hahaha...Gaya tidur Qaseh mmg menyerlahkan dia mmg tidur lasak. Hannah masa tgkap gambar ni 10hari lepas tidur masih maintain je. Tapi sekarang nak tidur meniarap je kejenye. Dia sendiri yang suka tidur meniarap. Kami tak pernah pon ajar dia tidur gitu.




Dua beradik ni conquer katil tau. Papa sah2 le dah turun taraf tidur di bawah. Dulu Mama ok la tidur di tgh2 antara Qaseh & Hannah. X pon Hannah di tengah. Tapi letak bantal le antara hannah & Qaseh. Kang tak pasal2 Qaseh penyek kan adiknya.




Tapi skang rasa cam sempit gila bila Hannah nak meniarap je. Last2 Mama tidur di kaki katil je. Baru lapang skit. Kalau Hannah ok..ek..ok..ek nak nyusu baru tolak Qaseh ke tepi skit bagi muat Mama nak baring. huhuhu..




Monday, July 18, 2011

Ganache Roses Class


Sambung kisah dengan Ganache Roses Class pula yer. Ni 100% chocolate tau. Choc moist cake dengan choc coating dan choc roses. Hambik kau!! For choc lover mmg le sangat sesuai.



Choc moist cake saiz 8". Dipotong tiga dan disapu dengan choc coating di antara lapisan. Selepas siap seluruh cake disapu dengan choc coating, kemudian akan di tuang dengan choc ganache yang buat cake shining jer...

Cabaran buat cake ini adalah roses nya. Padahal buat roses dengan buttercream xde masalah. Cara buat sama je. Cuma buttercream ni lembut je senang nak tekan piping bag. Untuk choc ni dia kena keras skit sebab kalau cair tak cantik le plak.



Kek ni mmg berat 2kilo lebih kot sebab choc nye banyak. Saya belum rasmi pon cake ni lagi. Ada tersimpan dalam peti sejuk. Sebab semalam makan steam buttercream cake je dulu. huhuhu..


2 kek yang saya pelajari.



Saya pose' senget' bersama kek hasil dari tunjuk ajar Kak Zai.



Dunno why boleh teleng gitu. Makan leher ayam banyak sgt kah??? huhuhu

Anyway thanks a lot Kak Zai di atas segala tunjuk ajar dan tips yang diberikan. Ada rezeki nanti saya nak belajar fondant cake pula ye. Maceh......

Steam Buttercream Class


Semalam 17/07/11 (my birthday) saya belajar steam buttercream dengan ganache rose. Tapi saya story pasal Steam Buttercream dulu ye.

Cake yg digunakan adalah sponge cake. Kak Zai kata supaya dapat buat cake yang besar dan sesuai untuk belajar decoration. Tapi kalau sendiri nak buat buttercake or cake lain takde salahnya.

Steam buttercream ni smooth je. I like tau. Boleh dapat licin macam fondant. Tapi yang best dia adalah cream. Takde le keras je cam fondant kan. Bagi saya yang tak pro lagi dalam kerja2 nak smoothkan cream dekat cake. Steam buttercream is an option to get smooth surface.


7" sponge cake

Percubaan pertama ada air bubbles trapped so terjadi la lubang seperti parut pelentung itu. Tapi tak kisah nanti boleh cover dengan decoration. Percubaan kedua dengan jayanya mendapat smooth surface. huhuhu..Tapi dengan tunjuk ajar Kak Zai le kan. Kata tengah belajar kan.


10" strawberry sponge cake (kalau tak silap)

Lepas kering buttercream tu baru kita stack kan kedua2 kek. Dan mula lah process decoration. Kak zai ajar 2 jenis lagi bunga selain roses. Morning glory dengan peony. Agak keras skit tangan saya. Tapi roses tak banyak problem sebab dah semakin mahir. huhuhu..


Ready to decorate dan tutup segala cacat cela.

Pemilihan warna saya saja request nak purple. To brighten it up mix dengan pink. Kak Zai juga ajar 3 cara buat border cake. Guna star nozzle, petal nozzle & leaf nozzle. There were some mistakes here and there. Takpe..practice make perfect kan.


Tarraaa!! Hasilnya...sesuai untuk wedding cake

Nasib baik en.hubby baik hati nak hantar saya gi kelas ni. Sebab akan bawak balik 2 kek kan. 2tier steam butter cream tu tak boleh nak tutup kotaknya sebab tinggi kan. Saya kena lah pegang. Kalau drive sendiri tak tau le camne.


Side view

Tapi tak selamat juga kek itu. 2kuntum rose saya yang kat tebing kek tu luruh because of the bumpy road. Lesson learned kena letak extra cream sebelum placed the roses cone. So the cream will hold the cone roses.


Kek ku yang comot!!

Disebabkan banyak sgt kek, tak termakan dibuatnya. Saya pon potong le bagi kat jiran dan kawan en.hubby.

Fancy Cookies Class


Sabtu 16/07/11 lepas saya attended Fancy Class Cookies dengan Kak Zai. Setel kerja dalam 12pm terus drive ke Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan, rumah mak Kak Zai.

Honestly saya tak berminat nak belajar Fancy Cookies ni sebab focus saya skang untuk cakes. Tapi dalam pakej Intensive Class Kak Zai semua ada include Fancy Cookies. So, ambil saja lah.


Cookies yang sudah siap dibakar


Tapikan lepas rasa cookies tu, eh sedap pula. Tak rugi belajar tau. Cadangnya nak jadikan biskut raya tahun ni. Tapi small size skit la..takde le buat besar gabak macam Fancy Cookies yg biasa tu. Tak muat nak letak dalam balang kuih raya plak nanti. huhuhu..


17 keping cookies yang dibawa balik


Tips untuk Fancy Cookies ni mesti ada cookies cutter yg menarik dan cute. Warna icing yang sangat terang dan ceria dan of course terpulang pada kreativiti si pembuat kan.


Cookies dengan royal icing

Kak Zai ajar 2 jenis, satu dengan royal icing dan satu lagi guna fondant. Seronok tau buat fancy cookies ni, rasa macam budak2 belajar mewarna pon ada jugak. huhuhu..



Cookies dengan fondant

Sunday, July 17, 2011

29


*******

I'm 29 TODAY!!


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!


*******



P/s: Hari ini sambut birthday dengan 'berperang' dengan sponge cake, moist choc cake, buttercream, choc ganache...tunggu hasilnya!!

Saturday, July 16, 2011

Just Match and Win


Semalam terbaca kat entry Ceeramoon pasal ini. Ceera pergi London Weight Management (LWM). So gatal2 le try kan.

Mula2 try yang LWM. Match photo before & after then isi particulars yang dia mintak. Bila saya back to main page. Rupe2 bukan utk LWM saje. Contest utk New York Skin Solution(NWSS) dengan Yun Nam Hair Care(YNHC) pon ada.

Gatal tangan saya pon try NWSS pula. Maklumlah kulit saya ni bukan cantik sangat. Memang le takde acne tapi problem lain macam pigmentation and oil seed. So apa salahnya try kan.

Mula2 ingat ok le tu masuk LWM & NWSS je. Tapi terfikir gak apa salahnya try YNHC gak kan. Rambut mmg gugur tahap kronik kan.

Dipendekkan cerita. Malam tadi YNHC @ De Garden, Ipoh called tanya date untuk appointment. Waahhh..cepatnya. Tapi weekend saya tak free kecuali weekend sebelum puasa nanti.

Terfikir gak...nape LWM & NWSS tak call?? huhuhu..tak dapat le tu...Allaaaaaa.....


http://www.matchandwin.com.my/

Sesiapa berminat and nak try luck...boleh click link atas tu.



HAPPY WEEKEND!!

Friday, July 15, 2011

Hujung Minggu Ini



Dua event penting untuk hujung minggu ini. Penting untuk saya ler. huhuhu.. Pertama, saya akan pergi kelas buat kek lagi dengan Kak Zai. Saya ambil kelas intensive Sabtu dan Ahad. Kirenye belajar 2 jenis kek plus fancy cookies dan extra kak zai akan ajar apam polkadot kalau ada masa ler.



Maybe pada orang lain kata macam takde yg best pon. Tapi bila kita dapat buat sesuatu yang kita minat pastilah seronok. Contoh orang suka memancing. Saya yang tak suka memancing sure kata bosan ler kalau orang ajak saya gi memancing. Macam tu le kekdahnya...huhuhu




Satu lagi event penting weekend ini adalah birthday tuan tanah uolls. Kali yang terakhir menyambut birthday dalam kelab 2 series. Next year dah kena register masuk club 3 series ye puan-puan. Alahai cepat betul masa berlalu. Rasa dok terlompat2 kat tengah padang dok main netball kat sekolah dulu. Tup..tup..dah beranak dua pon.

Birthday tahun ni kira jimat skit. Tak perlu lah kalau en.hubby nak belikan kek birthday untuk saya. Sebabnya saya kan pergi kelas buat kek ngn kak zai. Bukan 1biji malahan akan bawak balik 2 biji uolls. Siang nya pergi buat cake. Malam kita cucuk lilin dan buat acara potong kek. huhuhu... Makan sampai muak..

Mesti korang sumer dah bosan kan si Puan Apash ni asyik2 cerita pasal kek je. Maaf ye para pembaca semua. Dah itu yang tengah hot dalam hidup saya. Tak pasal kek saya cerita pasal anak-anak2. Nak cerita pasal gi jalan2, kami tak pergi jalan2 pon. huhuhu

Nak kongsi info skit. Pada yang berminat nak belajar buat kek ni, Kak zai sebenarnya tinggal di Damansara. Bila dia balik kampung kat Ipoh baru dia buat kelas di Ipoh. So orang2 KL berminat nak belajar boleh le pergi menuntut ilmu ngn kak zai. Ni blog kak zai http://zaisweetcake.blogspot.com/

Monday, July 11, 2011

4 months young Hannah


Semalam 10/07 genap 4 bulan si baby Hannah. Alhamdulillah sampai hari ini kesihatan Hannah baik2 saje. Demam lepas kena cucuk sebelum2 ni je. Masih bebas dari selsema. Minta2 dijauhkan..sebab kesian anak kecil macam hannah ni kena selsema. Dorang bukan tau nak hembus kuar hingus2 tu..huhuhu..



Hannah sebenarnya mmg kaki tidur. Tapi di siang hari dia tak tidur sangat kerana selalu dikacau oleh kakaknya. Bila Hannah tidur je..mesti Qaseh datang "Hannah..banyun..banyun"(read:bangun). Mana le dapat si Hannah nak tidur kalau macam tu. Kesian Opah tak dapat nak lelap mata lepas penat2 masak & buat kerja rumah.

Berat hannah masa ditimbang 06/07 dulu 6.6kg je. Hanya naik 200g je dari bulan lepas. Hannah ni macam Qaseh dulu mmg 'kaya' dengan pipi. Nak buat camne..dah keturunan kan..huhuhu..Tapi badan hannah tak semontok Qaseh dulu time 4 bulan.




Progress meniarap Hannah so far so good. Asyik nak meniarap je kejenye. Tapi tak pandai nak terlentang balik. Time tidur pon dengan mata terpejam tu dia nak meniarap. Nak tidur meniarap le tu. Takut dia lemas je muka ke tilam.

Nampak gayanya, anak2 dan suami semua suka tidur meniarap kecuali saya. Saya kalau meniarap lama sangat rasa cam sesak dada je. Lagi2 bila aset di dada tu membesar bagai johan since breasfeeding dari dulu. huhuhu..Takpe la Mama tidur mengiring je la..huhuhu..

Alhamdulillah masih menyusu badan secara exclusive. Saya masih tak benarkan Hannah start makan bubur nasi or ape2 lagi. Masa Qaseh dulu sebelum 6bulan dia dh start makan. huhuhu..Hannah kita tunggu lagi 2 bulan ye sayang..Pastu hannah dah bleh start mamam..huhuhu..

Pavlova yang tak menjadi..


Obviously it was undercooked. Mula2 takut jadi hangus turned out undercooked. huhuhu..Then melekat dekat aluminium foil tu. Tu pasal crack gile2 bila nak transfer ke plate. The meringue sebelum bakar dah cun dah. Silapnya undercooked le plak..

Dan satu hal punya le manis. Manis tahap gaban punye. Tak boleh nk makan. Geli geleman bila dalam mulut. Ni manis tahap potong kaki gak.

Saya buat guna resepi ini. http://australianfood.about.com/od/bakingdesserts/r/Pavlova.htm

Pada sape2 yang pernah buat sila beri tunjuk ajar. Boleh ke kurang gula nye???

Friday, July 8, 2011

Lovin' Mid Month : JULY


Mesti mostly dah tau McD selalu buat promotion coupon ni. Haritu Mc Chicken, Fries...Dan sekarang Double Cheese Burger uollss..

Macam tau2 je JULY ni my birthday's month, dia kasi burger favorite aii.. Maceh McD..

Thursday, July 7, 2011

Breastfeed DULU & SEKARANG



Cehh DULU le sangat kan. hahaha..

DULU tu refer kepada pengalaman BF si Qaseh. Dan SEKARANG refer kepada BF si Hannah ni.

Alhamdulillah SEKARANG kurang stress berbanding DULU. Mungkin sebab sudah ada pengalaman. Jadi secara tidak langsung diri jadi lebih bersedia dan kurang stress. Alhamdulillah belum pernah stress lagi.

Kalau DULU saya terpaksa pump 3x sehari untuk dapat 5oz x 3 = 15oz. Qaseh pada masa tu consumed 3oz x 5 botol (17.5oz) dari 8pg hingga 5ptg. Bila dia semakin membesar 3oz naik jadi 3.5oz. Tapi hasil pump saya tetap maintain around 15oz. Pada hari2 saya dapat lebih 15oz tak jadi masalah. Ataupon Qaseh sempat tunggu Mama balik untuk nenen. Pada hari2 yang kurang baik terpaksa topup dengan FM.


Oppss pencahayaan buat nampak susu terlampau kuning. huhuhu
Hasil pump sessi pagi tadi.


SEKARANG pula di mana Hannah nak masuk 4months hanya consume 2.5oz x 5botol. Sehari saya hanya pump 2x sahaja kerana kerja yang semakin banyak ni. 1 sessi alhamdulillah dpt 8oz. Total 16oz. Paling2 busuk pon saya akan dapat 4oz sehari untuk buat stok. Semuanya kerana Hannah agak kurang kuat menyusu berbanding Qaseh. Tapi semakin dia membesar insyaAllah dia akan minum dgn lebih banyak. Dari mula2 saya start kerja balik dulu dia hanya consume 1.5oz je. Itupon bukan sekali hisap je. Dan mungkin sebab tak berapa kuat menyusu berat Hannah yg ditimbang 06/07/11 (semalam) hanya 6.6kg. Berbanding Qaseh semasa 4bulan beratnya 7.1kg.

DULU hanya selepas 2minggu bersalin baru saya ada breast pump. Tapi tidak sangat berdisplin untuk pump susu. Yang mana saya pump pon terus bagi Qaseh minum sebab dia selalu menangis. Dan bila dapat minum dari botol yg laju dan banyak dia akan tidur. Ended up masuk kerja saya hanya ada dalam 7botol of 3oz je.

Dengan Hannah sungguh berbeza sekali. Mind set dah tune betul2. Balik dari hospital minta en.hubby basuhkan semua botol2 dan parts yg nak guna. sehari lepas tu kalau tak silap dah start pump. Sehari 2x pump. Kalau malas 1x je. Janji mesti pump. Disamping pump utk buat stok, pump untuk latih Hannah minum dari botol juga. Awal juga saya start. Tak tunggu 2minggu lagi nak mula berkerja.

Habis je pantang, peti sejuk MIL dah tak muat untuk saya tumpang EBM saya. Sebab saya store guna botol2 dan plastik. Makan space. So saya tak tunggu lama, setel pantang terus pergi beli Deep Freezer.



Sehingga sekarang saya amat bersyukur dan hati agak tenang dengan stok yang ada. InsyaAllah tiada masalah untuk hadapi bulan Ramadhan yg akan tiba ni. Harap2 bendera merah tak kunjung tiba lagi. Boleh la try berpuasa penuh. Padahal dah 2x pregnant time bulan puasa tapi diri agak lembek kerana sedang muntah2 di awal 1st trimester. Tambah2 pula dengan gastrik jadi tak berpeluang berpuasa penuh. Dulu time Qaseh cukup je 100hari bendera merah pon tiba. huhuhu...

Dalam hal stok EBM ni saya tak track total berapa stok saya. Cuma saya store dalam tray/drawer tu ikut bulan la. Sehingga sekarang 3trays sedang penuh untuk bulan 4, 5 & 6. 1 tray plak untuk EBM dalam botol tapi campur2. Tak jadi hal sebab sume ada label kan. Nak guna tgk label.

Baca entry Ezan pasal Spectra 3 dia rosak saya pon risau gak pasal Spectra 3 saya ni. Masa beli sama tahun je dgn Ezan beli. Maklumlah Qaseh & Marea sebaya. Moga2 le spectra 3 saya ni umur panjang. Walaupon agak besar dan berat saya tetap sayangkan awak wahai spectra 3. Tak rasa beban nak bawak awak sekadar gi office naik kereta. huhuhu..

Tuesday, July 5, 2011

Selepas 3 tahun...Akhirnya..



Kaki kami kembali melangkah ke situ.


Secara rasminya kami telah membuka 'puasa' kami selama 3tahun tak tengok movie di cinema semalam. Dan semalam juga menjadi hari dating kami yang pertama selepas bergelar ibu&bapa. huhuhuhu...



Pagi2 masuk office dulu. Sempat kerja selama sejam setel apa yang patut sambil apply cuti. huhuhu..Then en.hubby bawa gi breakfast di Dato' Sagor. Makan half boiled egg + toast. Last makan time dok tengah bujang dulu.

Setel breakfast terus pergi Jusco Kinta City. Sampai2 dalam pukul 9.45pg. Kaunter TGV pon tak buka lagi. Saya sedia menanti depan kaunter. Nasib baik ada bangku. En.hubby plak pergi smoking kat luar. Tepat kol 10am kaunter buka terus serbu beli tiket. Pas beli tiket show kol 10.30am kami pergi toilet..buang apa yg patut so takkan mengganggu sessi tgk movie nanti. Bila naik balik ke TGV..mak aaiii..ramainye orang. Dorang ni tak kerja ke?? hahaha..ngata orang..diri sendiri pon sama je. hahaha..



Kami tengok T3 DOTM ni. Siap amik couple seat lagi. Dapat seat belakang sekali tengah2 plak tu. Mmg best le. Saje je amik couple seat sekali sekala. Senang nak lentok kepala kat bahu en.hubby..huhuhu..

Cerita mmg best. Berbaloi RM24. Cuma kalau ada Megan Fox yg sexy dan nampak tough (utk pompuan) lagi best.


Tapi bila nampak baby/budak kecik dah dok teringat anak2. huhuhuhu..sorry le Qaseh & Hannah..bagi can kat Mama & Papa berlovly dovly sekali sekala. Kat rumah takde can le. Lagi le skang korang dah conquer katil. Tak dapat mama nak tidur polok2 ngn Papa. huhuhu..

Ustazah Pilihan



Inilah salah seorang calon USTAZAH PILIHAN anda!!

Tudung lain tak mau. Nak juga tudung kelabu Mama tu. Amik le anak..mama beli yg lain le nanti. Dah senget benget 'awning' nye...