Showing posts with label eshan. Show all posts
Showing posts with label eshan. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Update on Baby Eshan


Last Sunday, 3 days old Eshan badan panas macam demam. Kat mata pon macam ada tanda kuning. So, my sis & hubby rush to emergency GH Ipoh.

Dari pemeriksaan doktor, Eshan ada infection tu sebab demam. Infection tu adalah kerana ibu (my sis) mengalami kencing kotor semasa mengandung. Jadi, doktor akan bagi antibiotik untuk Eshan. Dijangka akan ditahan wad selama 3 hari untuk habiskan antibiotik.

Bab tanda2 kuning tu, masa malam pertama kena tahan, Eshan duduk bawah lampu biru. Esoknya doktor kata dah hilang kuning. Alhamdulillah la....



Tengahari semalam, saya pergi GH untuk melawat Eshan. Turn out wad 6C (Special Care Nursery) hanya ibubapa sahaja dibenarkan masuk. Saya tak tau...hahaha..Dulu Qaseh pernah duduk kt ward tu kejap lepas lahir sebab dah berak dalam perut. Tapi masa tu Mama kat wad HDU sebab baru lepas operate kan. So takde le room in dengan Qaseh.

Ingat sebab tak dapat masuk nak balik ler. Then my sis kata boleh dtg tgk ikut tingkap. huhuhu..Tapi tak leh lama2. Kang nurse marah. huhuhu..Yela marah sebab ada reason kan. Kang buka tingkap kuman2 virus senang masuk. Baby2 kan senang berjangkit.



Then malam tadi pula my sis sms bgtau kat pampers Eshan ada tanda2 kencing berdarah. Tunjuk doktor dia kata maybe bukan. So, kena tunggu doktor pakar kanak2 dulu.

Aduh...minta2 mmg bukan le kencing berdarah. Kasihan bayi sekecil tu kena tanggung semua sakit2 tu.

Saya minta kawan2 semua doakan Eshan cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah.

Friday, September 30, 2011

Welcoming Eshan Farhan!!





Entrance wad bersalin Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Finally, Baby Eshan selamat dilahirkan di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh pagi tadi jam 7.20am. Setelah 3hari ibunya, my sis in labor pain. The best part was Along bersalin normal. Alhamdulillah tak ended up cesarean macam saya ngan Angah. Maybe baby Esyan saja nak tunggu hari Jumaat yg penuh rahmat untuk lihat dunia. Sama macam Qaseh & E'an pon lahir hari Jumaat.



So, berakhir sessi Mak Kecik (me) ulang alik hospital. hehehe...Kalau tak ada problem esok insyaAllah dah boleh discharge dah. Takde bertapa di hospital selama ibu2 yg cesarean kan. Esok Mak & Pak Kecik busy sebab Opah Nor (MIL) akan buat kenduri doa selamat & bacaan Yassin sempena nak menunaikan haji. Tak dapat kot nak jenguk Eshan. Ahad le ye...






Eshan is my second nephew. 4th cucu my mum. Skang my mum ada 2 pasang cucu. Qaseh, Hannah, E'an & Eshan. Mak kata nak kena letak dorang beratur then nak tgkap gambar so mak boleh buat jadikan wallpaper HP. hahahaha...


Sepanjang sejam waktu melawat dari jam 1 -2pm, Eshan tidur je. Dah inform Along untuk kejutkan Eshan every 2hours utk susukan. Kan tanda2 baby ada kuning kuat tidur. So, BF dengan kerap sebagai langkah awal.



Muhammad Esyan Farhan
29/09/11 @ 7.20am
2.5kg
Hospital Permaisuri Bainun Ipoh