Showing posts with label Qaseh 2 year old. Show all posts
Showing posts with label Qaseh 2 year old. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Hati Mama yg terguris

Balik kerja petang semalam, MIL cerita. MIL bancuh kopi dan menjadi kebiasaan kakak piyah akan tumpang sekaki cicah biskut kering. Kebetulan malam sebelum tu biskut habis. Yang makan last adalah mama.

Bila Piyah dok minta2 biskut kat Opah, pon cakap la yg biskut dah abih. Semalam kan Piyah makan dengan Mama. Dengan perasaan marah sebab tak dapat biskut,

Piyah sebut " MAMA ODOH" (read: BODOH)

Bila dengar MIL cerita, sedih gile. Terguris hati mama tau. Walaupon, Piyah masih kecil tak tahu yg mana betul & salah. Tapi dia tau dalam situasi yg mana menggunakan perkataan itu.

Lagi sekali, malam tadi saya ajak en.hubby ke Ipoh untuk jumpe kawan sebentar. Ada hal yg perlu diuruskan. Jumpe di gerai makan saje. Sebabkan sekejap saje, saya hanya turun kereta seorang. Piyah mahu ikut tapi Papa kata tak payah.

Setel urusan masuk kereta, Papa bgtau Piyah sebut lagi "MAMA ODOH". Marahkan Mama sebab tak bawa dia sekali.

Bergenang air mata mama masa tu. Baru hal mcm ini hati dah terguris. Bayangkan situasi Ibubapa yang anak2 suka melawan, tidak hormat org tua dan jenis abaikan ibubapa yg sudah tua. Haii..tak dapat bayangkan.

Moga2 itu sekadar 1 phase yg mana Piyah belajar secara tak langsung dari apa yg dia dengar. Pengaruh tv ada juga. Ataupon dia terdengar apa yg kita2 (org dewasa) selalu sebut. Jadi saya berharap kita2 yg dewasa ni selalu berjaga2 dalam penggunaan bahasa2 yg kurang baik di hadapan kanak-kanak. Kalau tidak, begini le jadinya.

Saturday, February 25, 2012

Demam juga akhirnya


Setelah 5bulan sehat-sehat saje,
akhirnya dua beradik ni demam juga.
Last dorang demam bulan september tahun lepas.

Start demam si kakak.
Pas demam kakak kebah turn adik demam pula.
Kakak senang makan ubat, maybe pasal tu demam kejap je.
Si adik, punye le susah nak makan ubat.
Dah masuk hari ke-3 adik demam.
Tak kebah juga ke klinik le kita.
Skang ni makan ubat demam yg baru dpt
lepas cucuk pneumococcal haritu.

Demam sebab dah dapat kaki ada juga kot.
Semalam mentang2 dh bleh jalan,
dia bawak remote astro dari depan ke dapur.
Jenuh opah mencari remote.
Alih sofa semua tak jumpe2.
Rupe2nye ada kat dapur.
Patut le takde kat ruang tamu.

Mama doakan Hannah cepat baik ye sayang. Amin...

Wednesday, February 15, 2012

Qaseh dan ikan

Suatu pagi, selepas Opah pulang dari Pasar. Opah terus memulakan operasi 'siang' dan mencuci ikan2. Datang si cucu yang memang seorang yang busy body dan mulut pot pet untuk mengacau Opah.

Ditariknya kerusi lalu berdiri di sisi Opah sambil melihat Opah siang ikan di sinki. Opah pon berkata:

Opah : Hah..tgk ni 'taik' ikan (isi perut). Busuk...
Cucu: Eeee..taik ikan busuk.

Bila Mama pulang dari kerja, seperti biasa si anak akan 'merepot' apa yang dia buat pada haritu.

Anak : Mama, taik ikan busuk.
Mama: Yeke busuk??
Anak : Busuk...Ikan beyak (berak). Ikan sakit yut (perut)
Mama: Hahahaha....

Pandai betul si Qaseh buat kesimpulan sendiri. Ye la kan. Bila dia berak ada 'taik' le..bila sakit perut dia nak berak. So bagi dia sama le dgn ikan. hahahah..

Clever girl!!

Thursday, January 19, 2012

Shawewwee

Qaseh mmg pelat. Dia panggil strawberry tu "SHAWEWWEE"..2hari sebelum gi CH aritu dah inform dia jgn notti, be good girl sebab nak pergi beli strawberry. Budak kecik cam dia kalau sebut CH mana nak paham kan.

Since that asyik tanya "Mama, nak beli shawewwee ye"..tak kire masa. Penat juga nak menjawabnya. Malam sebelum esok pagi nya kami nak CH, pujuk dia suruh tidur awal. Supaya senang bangun esok paginya. "Tidur awal ye. Esok pagi bangun awal, pastu mandi. Pas mandi kita pegi beli strawberry"..Qaseh angguk2 je..tanda setuju.

Tapi lepas balik dari CH, bila Mama suruh tidur dia ckp "Nak beli shawewwee ye Mama. Mangun awal, mandi....bla..bla" dia repeat ayat saya. Adoiyaii...

Takkan hari2 nak gi CH anak oii...


Pink Shawewwe for Qaseh & Red Shawewwe for Hannah
Saya ckp kat en.hubby "Nasib baik anak perempuan dua org je, kalau 10org, terbang duit Yang"

Tuesday, January 17, 2012

Kakak tiru adik




Location: Rumah Pah Nah.
Photographer : Papa


Situasi sebenar bukan adik ikut apa kakak buat tapi sebaliknya. Si kakak yg mengada2 meniru aksi macam adik.

Hannah ni diam2 ubi berisi. Dia tidak seperti kakak yg kuat melalak tak tentu pasal. Mengamuk tak tentu pasal. Hannah menangis tahap biasa2 saje. Tapi..adoiyaii...buas dalam diam tu. Pantang leka, pasti nak masuk bilik mandi. Pantang lepa, abih dipunggah baju2.

Moga notti anak2 mama ni masa kecik2 je la. Nanti jadi anak yg solehah ye.
Gadis ayu gitu...
^___^

Wednesday, December 28, 2011

Bila Qaseh menyanyi

Qaseh memang suka menyanyi. Terutama ketika dia sedang asyik tengok TV atau time dia main sorang2. TAPI bila dia perasan je orang tgk dia terus tak mahu nyanyi dah. Baru2 ni Mama cuba tgkap video dia menyanyi. Abaikan kepelatan Qaseh. Mama dulu pon pelat juga.



Bila disuruh berkali-kali mula dia rasa bosan kot. Dari butir lagu "Mama upah susu, susu lemak manis" jadi "Pak Su"...macam mana tu???
Part "Belalang tupu-tupu" dah berkali2 ajar "kupu-kupu" tapi still jadi tupu-tupu. Qaseh mmg pelak 'K' kot. Choki-choki jadi Choti-choti, Baby Kiko jadi Baby Tito. Bukan jadi Butan. And so on.... Tapi akhirnya dapat juga capture full version Pok Amak-amai dari Qaseh. Takde le 100% tepat lirik nya..tapi jadi la kan.


Friday, December 23, 2011

Anak Saya dengan Gown Kembang

My girls


Sebelum ni saya pernah mengomel pasal gown kembang dalam entry 1990. Alhamdulillah dapat juga tgk my girls pakai gown kembang masa wedding Pak Su last weekend. Selalunya baju mcm tu utk flower girl kan. Tapi hentam saje le. Actually tema baju utk malam tu was grey + Black. Tapi nak jumpe color grey gown susah skit ye. So option ke putih saje.


Percubaan membuli adik.


Dalam entry 1990 tu juga ada mention Qaseh buat perangai tak nak cuba gown tu. Sampai tahap melalak berguling2 ye. Katanya sakit tang ketiak. Nasib baik on the day dia nak pakai. So, takde le Mama bertukar menjadi monster ye puan2. Tapi untuk dia elak complaint sakit tang ketiak, kami bagi dia pakai t-shirt putih kat dalam...Lagipon dia tengok semua orang berbaju cantik je haritu so dia pon ok je.





Disebabkan wedding buat malam dan dalam tempat aircond that's why saya pilih gown yang ada tutup bahu gitu. Banyak gown skang yang sleeveless. Then bagi dorang pakai pantyhose. So, takde le dorang sejuk sangatkan. Tapi pencarian kasut putih baru adalah gagal. So pakai kasut lama je. Mama berkenan dgn kasut Trudy&Teddy tu tapi RM139. Sungguh tak mampu. huhuhuhu..

Cucu2 Pah Nah kecuali Esyan. Esyan kecik lagi tak bleh duduk tgkap gambar sama.


Sepanjang malam Qaseh behaved sangat2. Such a good girl. Cuma kejap2 tanya Pak Su mana?? Yela kata pergi Pak Su Kahwin tapi Pak Su nye duduk jauh dari dia. Meja kami jauh di belakang. Sebabnya saje nak tempat yg agak tersorok skit senang nak bf si Hannah then Along pon nak bf si Esyan. So, si Qaseh tengok Pak Su kat screen besar je la. Nasib baik ada screen kalau tak lagi le penat Mama nak menjawab mana Pak Su.


Percubaan E'an utk kiss Hannah.


Ape ler Qaseh ni, orang suruh senyum dia buat muka camtu. Cer tgk si E'an comey je senyum.

Tuesday, December 20, 2011

Lesson learnt

Petang semalam masa saya tgh suap Hannah makan, Qaseh sedang duduk2 kat sofa. Mcm biasa doing her own things. Sambil pegang duit syiling. Selama ni mmg Qaseh suka main duit syiling. Tapi tak pernah letak kat mulut watsoever. So, macam selamat je dia main. Cuma since Hannah dah pandai moving ni kami jarang bagi dia main duit syiling dah sebab takut nanti Hannah mengutip lalu masuk dalam mulut.

Tapi kisah semalam, masa tgh ralit suap Hannah, MIL menjerit tanya Qaseh telan duit syiling ke. Sebab dia ternampak si Qaseh macam terbatuk2. Saya kelam kabut pergi ke dia tanya kenapa. Terus si Qaseh ni nangis melalak.

Dengan cuak saya buat gaya Heimlich Manuever (bantuan kecemasan utk tercekik) yg saya belajar dulu. Dengan tekan perut si Qaseh. Terus le si Qaseh muntah segala isi perut. Tapi takde keluar pon duit syiling. Saya tgk muka dia ok takde tanda biru2. Dia tetap melalak. Kalau dia boleh melalak tandanya dia bleh bernafas le kan.

Still cuak rasa nak bawak ke hospital je. Bila tanya Qaseh, "Piyah makan duit ke?" Dia jawab tak..Bagi mandi sume..then bagi susu. Tak lama pastu dia tidur.

Lesson learnt, NO MORE coins dah. Even dia pandai takde main masuk mulut. Accidents can happen right?? Prevention is better then cure. Alhamdulillah, takde perkara buruk yg berlaku.

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #7

Fish..Fish
Ikan..Ikan


PASHA MAYAM
(Pasar Malam)

Tuesday, December 13, 2011

Caught Red Handed

Muka baru bangun tidur. Mandi belum..gosok gig belum. Dah sibuk2 'tolong' Mama.



Pagi Ahad, terjaga jam 2.30 pagi bila Qaseh minta susu. Lepas buat susu rasa macam tak boleh sambung tidur. So decided baik saya bake cupcakes yg customer order. Sambil2 buat cupcakes buat juga kerja2 len.

Bila cupcakes dah sejuk di redai, saya letak dalam tupperware then letak dalam peti sejuk. Biar chilled for few hours untuk senang letak Choc Ganache. Once apply Choc Ganache atas chilled cakes dia akan cepat set. So takde comot2. Belajar dari Masterchef AUS classes. huhuhu..

So, masa nak deco2 cupcake tu Qaseh dah bangun. Macam biasa dia akan buat2 sibuk. Siap2 deco. Then Mama pon amik DSLR snap few photos. Setel tutup lense dan nak letak dslr kat safer place. Beralih tengok arah meja nampak Qaseh tengok syok makan baki choc ganache dalam bowl tu. Siap guna spatula lagi. Ya Allah anak sapa le tu..huhuhu


Haa..Kantoi!!


So, Mama pon amik balik dsrl snap few photos dia makan choc ganache tu. Bila tanya sape bagi makan. Dia senyum2 je. Abih comot mulut. Dah le tak mandi lagi. hahahaha...



Memang peminat chocolate si Qaseh ni.

Friday, December 9, 2011

Opah, Piyah yak...


Kesian Qaseh. Since semalam dia dok berak2. Cirit-birit le tu. Kalau tak silap semalam 5x dia berak. Sampai punggung pon dah merah2. Punye le susah nak ajak gi basuh berak. Dia tak nak sebab sakit katanya. Tapi kena paksa le juga kan. Meraung dia dalam bilik air tu tersembur air mata menahan sakit. Kesian sungguh tapi takkan nak biar tak berbasuh pula kan.

Pagi tadi time Mama bangun solat subuh dia pon dah terjaga minta susu. Lepas bagi susu Mama gi dapur siap2 stok susu si Hannah. Masuk bilik utk kejutkan en.hubby, tengok2 si Qaseh dok menahan sakit perut. Berak lg le tu. Lepas mandi2 dia sume dia pon sambung tidur. Mama gi keje.

Tapi dah pesan kat MIL bgtau bila dia dah bangun sebab nak gi bawa dia gi klinik. Dalam kol 10am dia bangun. Pergi kat Opah cakap "Opah, Piyah yak"...

Saya pon balik rumah. Sampai rumah MIL kata dia tak nak basuh berak. Tunggu Mama balik le tu. Nasib tak susah. Setel kat klinik terus bagi makan ubat. Setakat kol 5pm ni Qaseh takde berak2 dah. Harap2 stop dah le.

Thursday, December 8, 2011

Practice kuatkan Kaki

Saya ibu yang jenis bagi anak2 guna walker. Ada certain ibu2 yang tak setuju dengan penggunaan walker ni. Antara sebabnya safety issu le kan. Tapi masa dgn Qaseh saya hanya bagi dia pakai walker lepas pandai merangkak dalam umur dia 6 bulan.

Tapi si Hannah ni sebab tunggu2 tak merangkak juga. So bagi je pakai walker dalam umur dia 7 bulan. Tapi lately ni kerja nak berdiri saje. Panjat sofa, panjat badan orang untuk dia berdiri. Dia dah tunjuk sign to start cruising along the sofa.



So, kami start bagi dia practice kuatkan kaki guna FP Walker/Wagon yg Qaseh punye dulu. Dulu Qaseh dapat hadiah tu dari Pah Nah & Cik Along. Time tu dia dah bleh jalan dah.

Bukan main seronok si Hannah tolak mende tu. Tapi kita kena jaga2 le. Sebab dia bukan stabil sangat. Comel je tgk dia tolak mende alah tu...Kemetot je anak Mama ni. huhuhu

Bila si adik mula nak belaja berjalan Si Kakak buat ape???

Ni le kerja si Qaseh. Datang angin nak duduk dalam walker pula. Ranap le walker tu anak oii..Dari boleh simpan untuk future adik2 awak guna kang tak pasal2 Mama & Papa kena beli baru. ish...ish...


Kakak perasan kecik kah??

Saturday, December 3, 2011

Qaseh @ 32months



Hari ini anak Mama dah 2tahun 8bulan. 4bulan lagi dah 3tahun. Sekejap betul masa berlalu. Mama pon dah makin tua..huhuhuhu..

Qaseh seorang budak yang cerdik. Tapi mama tak ambil peluang tu untuk 'home school' Qaseh betul2. Mana yang sempat je Mama ajar. Buku berlambak dah mama beli. Tapi tak ajar betul2.
Tak boleh jadi ni. Azam Mama tahun 2012 nak luangkan masa tiap2 hari at least 1hour spend time dgn Qaseh to learn something. Adik pon boleh join. ^__^

Setakat ni minat Qaseh adalah terhadap menyanyi. Current favorite song is "Rasa Sayang"

Rasa sayang hei,
rasa sayang sayang hei
hei lihat nona jauh
rasa sayang sayang hei

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.

The whole song dia boleh nyanyi. Berkat usaha nyanyi sama2 hari2. Nyanyi dengan mama, mak long, pak long, Opah & Pah Nah.





Selain tu antara lagu2 yang baru belajar, Anak itik tokwi, ikan kekek boleh la nyanyi skit2.

Nyanyi lagu ABC masih 70%. Alif Ba Ta pon 70%.
Count 1 - 10, Kira 1-10 boleh dah. Anak org lain dah sampai 40. T__T
Takpe lah sampai 10 pon boleh la..
Tapi itu semua hafal je. Belum kenal lagi.

Part menulis & mewarna lagi fail. Tapi pegang pensel takde masalah. Bila kita suruh dia warna/tulis, dia lagi bijak suruh kita yg tulis/warna balik. Mama dah pandai anak oii...awak tu yg kena belajar.

Ok..masuk bab len pula. Qaseh ni pot pet gile. Menurun Mama le tu. Konpem. Layan kan je la. Sometimes dia boleh bercakap dengan ayat2 macam orang dewasa. huhuhuh..Tapi most of the time pelat jer.



Masih Duta TESCO tak berbayar. Kalau tanya nak pergi mana je mesti jawab "TESTO". Malam tadi demand nak pergi 'TESTO Bayu' (read: tesco baru). Merujuk tesco sri iskandar ye puan2.
Tak pasal2 kami all girls pergi tesco malam tadi. Opah, Mak long, Mama, Qaseh & Hannah.



Stop sini dulu..mcm biasa cerita pasal anak ni bukan ada penghujung nya. ^__^

Friday, December 2, 2011

Pengalaman Mengajar Kita

Mmg betul kata2 "Pengalaman Mengajar Kita" tu.
Setuju sesangat.
Qaseh pon tentu setuju.
Sebab baru2 ni baru 1st time rasa potong rambut di saloon.


Dari pengalaman tengok auntie tu potong rambut.
Dia decide untuk tunjuk skill potong rambut.
Akhirnya, bertaburan rambut di lantai.
Tak pasal2 buruk dah rambut belah kiri dia.



Tapi salah Mama juga.
Tinggalkan gunting atas meja.
Masa tu sibuk nak ikat riben kat kotak kek.
Siap ikat pi basuh tangan.



Tiba2 dengar cam bunyi orang gunting.
Toleh2 tgk dah banya rambut kat lantai.
Alahai anak oiii....
Kalau Mama tak perasan lagi banyak le dia gunting.


Baru nak rambut cun untuk wedding Paksu nanti.
Tak pasal2 buruk dah rambut tu..
Nasib laaa...

Wednesday, November 30, 2011

Baju turun menurun

Si kakak dalam 7bulan @ 2009


Si adik 8bulan @ 2011


Salah satu kebaikan mempunyai anak2 sama jantina ni. Baju boleh pass kat adik. Ade certain baju tu sampai terlupa nak bagi adik pakai. Tengok2 laaa dah kecik tak muat nak pakai dah. huhuhu...

Selit cerita pasal Hannah skit. Actually kesian kat Hannah tau. Kadang2 orang ingat dia BOY. Lagi2 bila pakai seluar. Maybe muka dia banyak macam Papa. Then ramai yg kata dia BOY. Lagi2 le rambut tu lambat benor nak panjang. Nak bagi pakai headband pon bukannya dia mau.

Wordless Wednesday #6

Budak kenit yang telah pow Mama lunch hour tadi.

"Mama, beli aiskrim Magnum nak..nak??"

Tuesday, November 29, 2011

Assistant Baru Saya

Memperkenalkan Pembantu Peribadi saya. Hari ini baru mula bekerja. Itupon kerja 1/2day je. hahaha....



Yes..Qaseh ada kat ofis dengan Mama. Tadi lunch pergi deliver cupcake. Dia nak ikut. Setel tu ingat nak terus hantar balik rumah. Tapi cancel terus gi lunch dgn Mak & Paksu. So kalau hantar Qaseh balik rumah terus lewat pula sampai ofis. Susu pon tak pam lagi. Jadinya angkut saje ke ofis.



Mula2 bagi dia layan Upin & Ipin dulu. Tapi biasa le dia..bukan nak tgk lama2..cepat jemu. Computer Mama takde speaker. So selama ni Mama guna earphone je. Telinga Qaseh kan kecik. Mana muat nak pakai earphone tu. Asyik tertanggal je.




Last2 Mama bubuh selotep je...setel problem.

Gaya Rambut Baru Qaseh

Jumaat lepas, setel Audit Mama nak release stress kerja. So, decided nak potong rambut. Hajat nak potong rambut lama dah dari lepas pantang si Hannah lagi. Sekarang Hannah dah 8bulan. Lama betul tangguhnya..

Nak bagi Opah rileks skit, Mama angkut si Qaseh. Hannah tinggal dgn Opah. Cian dia kena tinggal. Tapi bawa dia kang..payah pula. Sape nak jadi tukang pegang dia time Mama potong rambut tu kan.

On d way gi saloon, saje usik2 Qaseh.
"Mama nak gunting rambut. Piyah nak gunting rambut tak?? Sama dengan Mama"
Tak disangka dia nak. Wahh..ada can ni. Rambut depan tu mmg dah nak masuk mata dah. Nak potong sendiri kat rumah macam nak berperang.

Sampai kedai, Cina tu tanya sape nak potong saya kata dua2. Qaseh pon ok je. Takde pula nak buat hal.


Bila suruh duduk atas kerusi tu dia tak nak. Last2 Mama yg letakkan dia atas kerusi. Nasib baik rela je. Tapi muka dah cuak..

Lepas bungkus dia dgn lapik kain tu. Keras kejung je dia. Pastu dok sibuk nak tgk auntie tu buat apa. Kejap2 kena suruh dia tengok depan...kejap2 suruh tgk depan. Penat le mulut Mama ni.

Rambut depan potong dulu. Good girl je dia. Auntie ni pon pandai pujuk budak2. Qaseh pon ikut je apa auntie tu suruh buat.

Lepas trim rambut depan. Mama suruh trim juga rambut belakang. Ye la kan selama ni Mama yg potong sendiri je. Panjang pendek le rambut si Qaseh tu.

Ini le hasil akhir rambut si Qaseh. Depan ada slack skit. Biasa le budak2 kejap2 nak tunduk le. Tak salahkan auntie tu.

Actually macam pelik skit muka si Qaseh. Sebab tak biasa rambut depan dia pendek camtu. Papa cakap dah macam orang penan. hahaha..Ok le...lambat skit nak panjang sampai masuk mata kan.

Actually Mama yg excited lebih. Yela pada umur 2tahun 7bulan tu le 1st time gi potong rambut kat saloon. 1st time pon ok...so next time rasanya takde masalah kan. Takpe2..pas ni Mama jadikan 1 activity Mama-doter bonding momment. Hannah pon bleh join. Tapi lambat lagi le kot..sebab rambut dok pendek gitu je...hahaha..

Friday, November 4, 2011

Pagi tanpa celoteh Qaseh


Pagi ni Mama hantar Hannah sorang je gi rumah Pah Nah. Sebab malam tadi Mak Long & Pak Long dah awal2 bgtau tak payah hantar Qaseh pagi ni. Sebab Pak Long cuti boleh jaga Qaseh. Then petang2 nanti dorang nak gi jalan.

So pagi tadi siap2 kan barang2 Hannah sorang je. Mandikan Hannah then cium2 Qaseh yg tengah sedap tidur baru le gerak dari rumah. So sepanjang dalam kereta sunyi le plak. Tengok Hannah yang kejap2 sengih tengok Mama.

Kalau tak selagi ada lagu yg dia tau kt radio selagi tu dia ikut nyanyi. Kalau tak dia nyanyi lagu ABC. Kalau Mama tak pasang radio tu..dia siap berzikir lagi tau. "Astaghfirullah..rabbal baroya...."/.Sekali dengar tak bape cam..2x dengar konpem. Qaseh ni kan pelat. Kalau mama pula start selawat, selawat syifa' sebab nak bagi Hannah tak melalak..dia lagi kuat selawat.

Tadi call Pak Long tanya camne Qaseh ok ke tak. Ok saje...siap dah pergi jalan2 ngan Pak Long lagi. Pergi pekan le..ish..ish..Patut Mama call rumah tadi takde sape jawab.



Rindu plak kat anak2 Mama ni..

Thursday, November 3, 2011

Main Tepung


Semalam Mama sibuk di dapur buat RV cupcake untuk tempahan orang. Plan asal tunggu anak2 tidur baru start projek. Lately anak2 mmg masuk tidur awal. Tapi tersilap pergi bgtau si Qaseh yg Mama nak wat cake. Pujuk dia kata..

" Jom kita tidur nak. Mama nak tidur dulu nanti Mama nak bangun balik buat kek"


RV cupcake in the making



Sampai sudah dia tak tidur. Setel bagi Hannah tidur tunggu juga kalau2 Qaseh nak tidur tak juga. Mama masuk je ke dapur mula ler dia membontot Mama je. Mintak itu le minta ini le. Semua yg Mama pegang dia nak juga.

Selagi tak dapat tepung selagi tu telinga Mama dok kena tahan dengar " Mama, nak tepung"..."Mama, nak tepung"

Dah bagi tepung, kalau nak kita pegang baking powder itu pon nak. " Mama, nak tu sikit"
Pegang gula..dia minta skit. Pegang serbuk koko dia minta sikit. Aiyoooo...

Better le bagi dia sikit..kalau tak mahu serabut kepala..silap2 dia bantai melalak kang tak pasal2 si adik bangun. Lagi naya langsung Mama tak dapat nak buat kek.

Dia main kek sampai dah mata tak boleh buka. Dari mulut dok pot pet pot pet...sampai le senyap je. Kejap2 gosok mata...

Tak lama pastu mama pusing tengok dia tgh buat ape....hahahaha...

Dari MAIN TEPUNG dah jadi MANDI TEPUNG


Kasi close up skit...suruh senyum pon tak mahu. Dah ngantuk benor le tu.




Terbantut Mama nak basuh2 perkakas semua. Sebabkan dah comot gitu kena le bersihkan si Qaseh tukar baju segala. Bancuh susu then tidurkan dia dulu. Baru le mama sambung kerja di dapur.