Thursday, November 3, 2011

Main Tepung


Semalam Mama sibuk di dapur buat RV cupcake untuk tempahan orang. Plan asal tunggu anak2 tidur baru start projek. Lately anak2 mmg masuk tidur awal. Tapi tersilap pergi bgtau si Qaseh yg Mama nak wat cake. Pujuk dia kata..

" Jom kita tidur nak. Mama nak tidur dulu nanti Mama nak bangun balik buat kek"


RV cupcake in the making



Sampai sudah dia tak tidur. Setel bagi Hannah tidur tunggu juga kalau2 Qaseh nak tidur tak juga. Mama masuk je ke dapur mula ler dia membontot Mama je. Mintak itu le minta ini le. Semua yg Mama pegang dia nak juga.

Selagi tak dapat tepung selagi tu telinga Mama dok kena tahan dengar " Mama, nak tepung"..."Mama, nak tepung"

Dah bagi tepung, kalau nak kita pegang baking powder itu pon nak. " Mama, nak tu sikit"
Pegang gula..dia minta skit. Pegang serbuk koko dia minta sikit. Aiyoooo...

Better le bagi dia sikit..kalau tak mahu serabut kepala..silap2 dia bantai melalak kang tak pasal2 si adik bangun. Lagi naya langsung Mama tak dapat nak buat kek.

Dia main kek sampai dah mata tak boleh buka. Dari mulut dok pot pet pot pet...sampai le senyap je. Kejap2 gosok mata...

Tak lama pastu mama pusing tengok dia tgh buat ape....hahahaha...

Dari MAIN TEPUNG dah jadi MANDI TEPUNG


Kasi close up skit...suruh senyum pon tak mahu. Dah ngantuk benor le tu.




Terbantut Mama nak basuh2 perkakas semua. Sebabkan dah comot gitu kena le bersihkan si Qaseh tukar baju segala. Bancuh susu then tidurkan dia dulu. Baru le mama sambung kerja di dapur.

No comments: