Showing posts with label mama meleter. Show all posts
Showing posts with label mama meleter. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Kisah selepas 6 hari berpuasa.

Hari ni dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa. Tapi baru hari ke 4 bg Puan Apash. Huhuhu..biasa le. Perempuan kan dpt keistimewaan utk "Hari Cuti"..^___^

Puasa kali ni apa yg sy perasan, saya agak kurg makan. Tiada aktiviti ulang alik ke dapur cari makanan. Makan time berbuka je then time sahur je. Agak2 bleh turunkan berat badan tak?? huhuhu..tak plak timbang lagi.

Pastu campur plak kurang tidur siapkan tempahan kek. Cth pg ni..bangun kol 3 pagi. Sampai skang belum tidur2 lagi. Cane nk tidur..skang kan ada kat ofis..huhuhu..

Puasa kali ni pon nafsu keinginan nk makan itu..nak makan ini pon kurang. Makan ape yg ada je. Kena dgn selera ke tak pon tak jadi hal. Kena dgn selera bedal lebih skit. Kalau tak kena dgn selera makan untuk hilangkan lapar je la. huhuhu..minta2 kekal sampai ke akhir ramadhan la.

Dan alhamdulillah setakat ni gastrik tak datang menyerang lagi. Moga2 tak datang terus pon takpe. Dah le hari cuti sedia ada tu konpem2 nk kena ganti pose nanti. Kang gastrik punye hal..bertambah2 plak pose nk kena ganti. huhuhu..

T__T semalam hati merajuk. Tapi orang yg berkenaan takde plak nak pujuk. Nasib kau le hati. Sila pujuk hati sendiri. Masa & kematangan akan mengubat rajuk itu. Harapan hanyalah sia2.

Wednesday, July 18, 2012

My 30th birthday.

Semalam birthday saya. Happy 30th bday to me!!

Celebrate sorang2 jam12tgh mlm. Org lain dh sedap tidur. Sy tak tidur lagi std le. Menyiapkan order kek la. Kebetulan ada lbh telur kuning buat pavlova..terus le buat puding karamel. So cucuk candle..jadi le. Hehehe..sambil2 siapkn order..mulut sumbat mkn puding.

Balik keje. Tgk ada hadiah atas katil. Huhuhu..tq bie. Love u so much...


Malam plak SIL belanja makan kt restoran nasi lemak ayam kampung. Buntat..


Alhamdulillah..hari ulangtahun yg best & bermakna utk saya. Terima kasih pd semua.


Mlm ni insyaallah abah saya lak nk belanja mkn. Huhuhu..rezeki..

Thursday, July 12, 2012

Bebel2 baking

Lunch hour di ofis saje. Sebabnya hari ni saya puasa. So takde le kecoh2 cari makan. Kebetulan takde order Pavlova esok lusa so takde le kecoh2 gi Jusco/Tesco cari fresh fruits. Nak balik rumah buang minyak je. Kang kesian kt Opah pujuk cucu2 dia yg melalak nk ikut Mama gi keje balik. So, stay saje di ofis.

Tambah2 lagi mata amat le mengantuk. Sbbnya tidur sejam dua je. En.hubby pon konpem ngantuk juga tu. Dia tolong saya siapkan cake/cupcake topper. En.hubby mmg minat main dgn fondant. huhuhu...Untung ada suami yg kreatif & berseni ni.

Itule bahananye tak siapkan cake/cupcake topper awal2. Yela..1 malam nak bake cake/cupcake then nk letak cream bagai lg. Tambahan ada order Pavlova lagi nk siapkan. So, tak tidur le jawabnya. Tidur kejap sementara Pavlova nk siap bakar je.

Malam nanti pon sama. Mmg tak tidur gak rasanya. 100biji cheese tart, 1 set cream puff & 1 biji choc mascapone. huhuhu...bab menggentel kulit tart tu yg leceh.

Weekend ni mmg akan sibuk. Dgn wedding cake, Pecan Heaven, choc indulgence & kelas lagi. Sibuk tandanya rezeki murah. Alhamdulillah. Semoga badan saya kuat & kesihatan yg baik untuk siapkan semua order. Amin.

Ngantuknya..tp takde pot untuk lelap mata. Surau berkongsi lelaki perempuan. Line tak clear nk gi lelap mata. huhuhuh...jadinya saya merepek dalam blog...huhuhu...

Friday, June 29, 2012

Sms sombong punca batal tempahan.

Ada mcm headline Harian Metro tak?? hahahaha

Oh blog kesayangan ku, yang sentiasa menjadi penyimpan cerita dan tempat meluahkan perasaan. Siap sedia la menerima kisah kali ini. huhuhu..

Of course, sape yg mmg ikut blog ni dah tau saya buat biz home made cake. So kisah kali ni pasal tempahan cake.

Ahad lepas, insan bernama Ayu call dlm 2.30ptg utk order Rainbow Cake utk wedding, 10biji cupcakes nk susun tepi2 cake dan lagi 50biji cuppies utk cukur jambul. Ayu buat biz pelamin di Ipoh. Candy buffet pon dia buat. Di samping tu dia juga ada pm ni FB. Tunjuk design2 yg dia nak. Dan janji akan bayar deposit.

Dlm biz ni saya tetapkan kalau order lebih rm100 kena byr deposit. Order Ayu ni total Rm190..so kena le byr deposit.

Hari selasa saya sms lagi, minta bayar deposit untuk konpemkan order. Dia reply ";)kay dear..i kat kl ni. i balik ipoh i transfer kat u yer. Confirm ye. Jumaat pagi kita amik brg"

Saya pon ok...sampai le hari khamis. Order nk amik pagi jumaat, sah2 khamis kena start baking. Saya pon sms, pm kat fb dan whatsapp sekali. Sms saya just simple "Salam. Dah bayar deposit ke? Sy nk proceed baking ni"

Tanpa ada perasaan sombong. Cuma agak panas hati sebab dia diam je. Masa kat whatsapp mula2 saya bagi "salam"... dia jawab. Bila saya tanya pasal deposit..dia tak jawab2..

Tunggu sejam mcm tu takde juga reply pe2. Last2 saya call. Tanya pasal desposit. Jadi ke tak? Sebelum saya start buat kek2 tu. Dia jawab "Tak jadi le. Sbb sms U mcm sombong"....
Pulak dah. Ok le..dah cancel nk buat cane. Malas nk marah2. Tapi hati mmg tak puas hati kata kita sombong.

Kalau nak cancel, at least inform le bgtau cancel order. Ni diam2 gitu je. Berhati perut le skit. Tak fikir ke kot2 kalau saya dh start buat kek tu? Rugi le...pastu penat je. Kalau cancel maknanya bukan rezeki saya. Saya redho je..pasti ada rezeki lain.

Sebabkan hati agak panas, sy share kat FB. Tak lama pastu, dpt sms dari Ayu tu . " U sorry cz xjd. i 4word msg u pd my cust. dia pun kate msg u mcm sombong. dah berjaya,mcm eksen. maaf le tu pendapat we ouls. tp mybe u dah bejaya pun, cume klu pd i mcm x sesuai ayat tu. maybe u byk order, xnak layan sgt order we ouls. ape2 pon selamat berbusnes. maaf ye"

Dah kata saya sombong..skang tambah kata saya eksen pula sebab dah berjaya. Berjaya mana le sgt. buat kek kat dapur rumah je pon. Alahai...

Kalau dari awal sms bgtau "Maaf ye terpaksa cancel order disebabkan oleh hal tak dpt dielakkan. Tu sbb tak bayar2 deposit" Ni nak tunggu sampai kita yang call dia baru nak ckp cancel.

Mende dah jadi pon. Pengajaran buat saya, kena bermulut manis kot. Saya mmg kureng skit ayat2 manis ni. Dari dulu lagi. Tak reti nk berbunga2. Sy jenis cakap straight to the point. Tu sbb dr awal saya tau saya akan fail jadi salesman. Tak pandai le...

Pada customer2 saya sebelum2 ni, maaf le kot2 korang pon ada terasa hati dgn saya. Mmg ramai kata muka saya garang or muka sombong..tapi hati tarak sombong woo.. Don't judge a book by its cover. ^____^

Bab Ayu tu, sebelum ni mmg saya pernah dinasihat oleh seseorang untuk hati2 bila dia nk order kek. Sbb dia ske main harga. Order sana..order sini...carik yg plg murah dia bleh dapat. Dia order on behalf customer dia. Bila nk confirm order..senyap je. selama ni dia hanya tanya di FB..so saya pon tak amik berat sgt. sbb dia tak nampak serius nk order.

Disebabkan dia dah call & janji nk byr deposit, saya pon boleh lah,. Maybe kali ni dia betul2 nk order. Tapi, bab hati2 tu mmg alert le. Tu yg tunggu deposit baru nak start baking.

Saya berharap agar dapat dijauhkan dari perkara2 mcm ni lagi. Dan semoga saya dapat improve dalam communication skill "mulut manis' tu....huhuhu

Terlepas order Ayu, alhamdulillah masuk order lain. 3biji kek kontinental berjaya saya buat malam tadi. Pecan Heaven, Choc Mascarpone & Black forest. ^___^ I like!!

I LOVE BAKING SO MUCH!! walaupon penat wehhhh

Saturday, June 23, 2012

Sakit Gusi + Sakit tekak (cam tonsil bengkak je)

Dah seminggu sakit..ingat mau le baik sendiri.
Tapi tak jugak.
Pagi2 bangun tidur lagi sakit.
Nak telan pon sakit..
tekan kat leher pon sakit
hhhmmm
Ke klinik juga le nampak gayanya.

Thursday, March 15, 2012

Hati Mama yg terguris

Balik kerja petang semalam, MIL cerita. MIL bancuh kopi dan menjadi kebiasaan kakak piyah akan tumpang sekaki cicah biskut kering. Kebetulan malam sebelum tu biskut habis. Yang makan last adalah mama.

Bila Piyah dok minta2 biskut kat Opah, pon cakap la yg biskut dah abih. Semalam kan Piyah makan dengan Mama. Dengan perasaan marah sebab tak dapat biskut,

Piyah sebut " MAMA ODOH" (read: BODOH)

Bila dengar MIL cerita, sedih gile. Terguris hati mama tau. Walaupon, Piyah masih kecil tak tahu yg mana betul & salah. Tapi dia tau dalam situasi yg mana menggunakan perkataan itu.

Lagi sekali, malam tadi saya ajak en.hubby ke Ipoh untuk jumpe kawan sebentar. Ada hal yg perlu diuruskan. Jumpe di gerai makan saje. Sebabkan sekejap saje, saya hanya turun kereta seorang. Piyah mahu ikut tapi Papa kata tak payah.

Setel urusan masuk kereta, Papa bgtau Piyah sebut lagi "MAMA ODOH". Marahkan Mama sebab tak bawa dia sekali.

Bergenang air mata mama masa tu. Baru hal mcm ini hati dah terguris. Bayangkan situasi Ibubapa yang anak2 suka melawan, tidak hormat org tua dan jenis abaikan ibubapa yg sudah tua. Haii..tak dapat bayangkan.

Moga2 itu sekadar 1 phase yg mana Piyah belajar secara tak langsung dari apa yg dia dengar. Pengaruh tv ada juga. Ataupon dia terdengar apa yg kita2 (org dewasa) selalu sebut. Jadi saya berharap kita2 yg dewasa ni selalu berjaga2 dalam penggunaan bahasa2 yg kurang baik di hadapan kanak-kanak. Kalau tidak, begini le jadinya.

Tuesday, February 21, 2012

Nilai kepuasan

Actually dah share kat status FB. Tapi saje nak abadikan dalam blog. Lagipon kesian benor dgn blog ni. Asyik terabai je kan.

Sabtu lepas, saya sempat ke Karnival RTC di Gopeng. Saya pergi pagi Sabtu sebab time tu je boleh pergi, siap amik cuti lagi. Petang sabtu dan esoknya Ahad saya ada kelas. So, terpaksa juga pergi pagi sabtu tu.

Ramainya orang, maybe sbb haritu Najib pon nak datang rasmi kan. Terpaksa angkut Hannah sekali dgn stroller. Nak tinggalkan dengan SIL dalam kereta takut melalak nak susu pula. So, si Qaseh stay dgn Mak Long dalam kereta. Mama takut susah nak handle dua2. Alhamdulillah Hannah behave je. Good girl.

Kat RTC tu le saya akhirnya dapat daftar Apash Sweet Treats dgn SSM. Sebenarnya tak plan pon. Disebabkan alang2 kt situ boleh buat, baik terus buat. Tak perlu bersusah nak ke Greentown Mall nanti.

Then, satu lagi hal berjaya beli oven baru semalam. Selama ni guna oven Along saya je. Dari mengandungkan Hannah dulu. Skang Hannah dah nak setahun. Beli dengan duit keuntungan buat kelas selama 2 minggu. Rasa kepuasan dia lain. Sangat lain tau. Compare beli dengan duit gaji ke bonus ke. huhuhu..

Alaaa beli oven kecik je. 35L je. Tapi jadi le kan. Nanti kumpul2 duit baru beli industrial oven tu plak. Skang ni masalah takde space. Makin semak rumah MIL dengan barang2 saya. InsyaAlllah nanti dah ade rumah sendiri kan. Boleh le sumbat segala barang.

Walaupon harga oven tu baru Rm265 je..tapi masa bayar kt kedai cina tu hati berbunga2 you...sebab hasil titik peluh sendiri kan. PRICELESS.

Tujuan beli oven tu supaya ada 2 oven cepat skit process nak bakar kek dalam kelas nanti. Takde le kelas lambat setel kan. Skang duit keuntungan sume rolling balik beli tools utk upgradekan kelas lagi...

Okle dah panjang membebel hari ni. Doakan saya makin kuat berusaha untuk majukan biz ni dan berjaya capai target saya ye. TQ kawan2..

Saturday, February 4, 2012

Blog Terabai

Kesian blog ni..terabai sudah. Bukan sengaja tetapi kekangan masa tak membenarkan saya merepek dalam blog ini. Bukan merungut sebab tiada masa cuma nak pembaca blog ni tahu. Siang kerja macam biasa. Waktu free byk digunakan menjawab pertanyaan customer/potential customer di samping buat promosi/iklan kat FB/blog (Apash Sweet Treats).

Busy maknanya ada bisnes. Alhamdulillah syukur...

Kesian Hannah Mama kurang update kisah dia dalam blog ni. Nanti ada masa mama update ye. Mama tgh berusaha untuk mencari rezeki lebih untuk kita sekeluarga. Dan juga demi mengejar impian Mama.

Just a quick note: Last Tuesday (31/01/12) Hannah dah amik 1st jab Pneumococcal. Alhamdulillah takde demam ke apa. Syukur Hannah seorang baby yg kuat & sehat. Jarang sakit demam sepanjang nak masuk 11bulan umur dia. Semoga Hannah dikurniakan dengan kesihatan yg baik. Begitu juga utk kakak Qaseh.

Till then~

Thursday, January 19, 2012

"Pengsan" lepas 100 biji

Kecoh je Pn. Apash ni kan. Baru 100nos (+ sebiji kek) belum 1000 nos. huhuhu.. Penat tau..siang keje kat ofis. Malam tak tidur buat kek. Mana tak 'pengsan'..hahaha..Kalau order 1000nos. Konpem amik cuti. ^__^

Setel hantar kat customer dalam 10pm sampai rumah. Kebetulan Qaseh mmg dah lena. Papa angkat letak atas katil. Hannah mmg dah mengantuk dari sebelum hantar order tu. Sampai rumah bukak tudung tukar kain batik. Tidurkan Hannah. Cadang nk bgn balik basuh perkakas skit tu dan botol susu anak2.

Sedar2 jam 6pagi itu pon sbb Qaseh minta susu. Tgk2 sume dah basuh. Konpem buah hati saya yg tolong basuhkan. Nampak sgt le tidur selena-lenanya. huhuhu..Bila suami masuk tidur pon tak sedar.



Photos kredit to en.hubby, Pn. Apash busy siapkan cupcake/cake so outsource kat en.hubby je. hahaha..kalau tak konpem tak sempat tgkp gambar.

Thursday, January 12, 2012

Wira aku dah ok!!


Semalam ada update casing lampu signal kereta aku tercabut. Petang semalam balik kerja, buah hati pengarang jantung saya telah menjadi mekanik sekejap. hahaha..

En.hubby beli sendiri kat kedai spare part then pasang sendiri. Tak perlu gi bengkel. Senang ada suami macam HANDY MANNY ni..hahaha..byk mende bleh fix sendiri.

Anyway, thanks ye Bie. I love u so much!!

Monday, January 9, 2012

Yuna ker..............???


First time saya guna Libresse setelah sekian lama setia kepada kotex. Guna haritu pon sebab dapat free. Lepas guna rasa cam ok juga Libresse ni. Yang penting senang nak cuci kan.

Haritu baru en.hubby perasan saya guna Libresse. Nak tau ape soklan dia??

En.hubby: Saya guna Libresse ye skang?
Me: A ah..nape?
En.hubby: Sayang nak jadi sape? Yuna ker...........???
Me: Amboi2 tau le Yang ni gemuk nak kata mcm Adibah Nor le tu.


Sungguh hampeh tau. Mmg le saya sedar saya tak slim macam Yuna..tapi takde le sebesar Adibah Nor kan..Sentap mak...

Anyway Libresse ok gak. Pilihan saya Maxi Wing. Try guna overnight..Makk aaiii panjang gile. Tak selesa pon ada. So stick pada Maxi Wing saje le ye.

Happy Monday!!


Assalamualaikum..

Happy Monday Everybody!!

Tak tau kenapa even hari ni hari isnin tapi macam semangat je ke ofis. Takde le lemau semacam je kan. Ibarat tiada Monday blues hari ini.

Maybe semalam dah dapat good night sleep so dah rest secukupnya. Badan pon takde sengal2 or rasa lemah. Anyway it's a good things rite??

Semalam saya ke Taman Medan, PJ lawat makcik yg baru keluar hospital. Pergi balik hari saje. Sekali harung deliver Kek Karamel 4 biji utk sorang customer baru ni kawan kepada Saida (kwn saya di SMGR lu). Thanks Sufee. Sufee's doter sungguh cute. Sufee kata anak dia yg nak sangat kek tu lepas rasa kek yg Saida bagi. Even plan asal dorang nak turun Ipoh untuk ke Lost World dan ambil kek. Tapi dah kebetulan saya ke KL so dorang tak perlu susah2 ke Ipoh.

Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah beri pada kami sekeluarga. Moga2 makin lebat le order yg akan kami dapat lagi nanti. Amin...

Friday, January 6, 2012

Salam Jumaat


Semoga dengan berkat di hari Jumaat ini, hati yg terkilan akan terubati. Adakah hatiku yg semakin sensitif ataupon dia yg semakin tidak prihatin. Kalau betul silap aku tegurlah dengan cara yg baik. Tidaklah perlu tegur dengan teguran yg sinis. Bila berusaha demi menggembirakan kamu tetapi kritikan sinis yg diberi manakan hati tidak terasa. Masakan ucapan terima kasih tidak kuterima.

T___T

Thursday, January 5, 2012

Dia muncul kembali

Hasrat untuk tidak jumpe dia sampai Hannah berumur 2 tahun terkubur pagi tadi. Bangun untuk mandi pagi tadi..dia muncul kembali. huhuhuhu....

Ada beberapa petanda yg diberikan oleh badan saya tentang kemunculannya. Tuan punya badan je selalunya akan perasan. Bermula bulan lepas bila saya discover some discharge. Dah agak lama tak ada. Selalunya kalau ada discharge tu adalah waktu pengovulan (ovulation) saya.

Selain tu saya rasa mual2 dan muntah. Terdetik juga "Pregnant ke aku ni??" Pergi klinik untuk MC tak larat nak gi kerja. Doktor pon suspect the same thing. Untuk clearkan semua doubt dalam hati saya terus nak test. Result NEGATIVE. So, mind dah clear hati senang.

Dua hari lepas, saya beli pampers anak dapat free Pad Libresse. Seisi rumah tak pakai brand ni. Baru bercadang nak bg SIL je. Tapi lupe nak bagi simpan dalam bilik je. So, pagi tadi itu le yg dicapai dulu sebab mmg takde simpan stock pad. Yela dah lama kan tak pakai dari mengandungkan Hannah tahun 2010.

So, bila dia dah muncul kembali, berakhirnya "Family planning" secara semulajadi. Sekarang mesti mula "Family planning" kaedah sendiri. Kaedah tengok calendar ye puan2. NO PILLS, NO INJECTION what so ever. Yup memang berisiko le. Tapi itu pilihan kami berdua. Sebab bagi kami kalau dah rezeki ambil lah apa2 precaution pon kalau Allah dah nak bagi, ada juga. Allah ada perancangan untuk kami sekeluarga.

Cuma berdoa sebelum saya pregnant lagi, moga2 luka cesarean dulu dah baik. So, takkan mendatangkan apa2 masalah nanti. Amin....

Untuk makluman semua, tiada lagi perancangan menambah bil keluarga. Bagi masa Qaseh & Hannah bermanja2 dengan Mama & Papa dulu. huhuhu...Seperti masa menerima berita saya mengandungkan Hannah dulu, even bukan dalam perancangan tetapi kehadirannya tetap menggembirakan kami semua.

Bila terbaca or terdengar kisah di mana Ibu seperti tidak suka bila hamil samada belum bersedia, ataupon rasa dah cukup dengan anak yg ada sekarang, saya rasa marah pon ada. Sangat kasihan dengan bayi yg dikandung itu. Belum apa2 sudah tidak diterima. Pasangan yang lain yg mahu anak tetapi belum ada rezeki, tapi Ibu ni diberi rezeki/harta yg tak ternilai dari Allah ditolak mentah2. hhmmm...

Jika special case di mana akan membahayakan nyawa ibu itu kita paham la. Ada medical reason yg kukuh. Macam Kak Di "Green Apple" yg baru2 ni membuat keputusan utk buat DnC sebab kalau dia mengandung lagi pelbagai risiko utk dia dan bayi yg dikandungnya. Anyway, Kak Di semoga cepat sembuh ye.

Friday, December 23, 2011

Hangin sebab Selipar

Selipar merah ku tersadai di atas tanah.

Quote dari Status FB saya Isnin lepas:
"Dah le pg ni masuk ofis lewat. Punch card merah. Then masa jalan menuju ke ofis tgk anak2 anjing yg berkeliaran kt dpn ofis tgh syok main2 dgn selipar yg aku pakai dlm ofis. Arrghh ni yg buat aku marah ni. Malaun mana yg reti pinjam selipar orang tapi tinggal kat luar. Tak reti2 nak simpan dalam ofis balik ke? Mmg le bape le sgt rege selipar tu tapi yg buat aku marah SEKARANG ni aku nak pakai apa?? Kerja dapat gaji selipar bape hinggit tu pon tak bleh nak beli sendiri?? 4thn aku kerja kt sini dah 3x aku beli selipar baru sume sebab anjing gigit. Kalau putus ke ape takpe la..Ni elok lagi."

Semalam baru berkesempatan beli selipar baru. Haaa..hambik kau pink karer tu. Oppss size 40 almaklum le species kaki besar kan. huhuhu..Yup hanya RM2.90 cheapskate..kalau kena gigit anjing lagi takde le terkilan sangat kan.

Ada kawan sekerja notice yg selipar saya telah digigit anjing dan dia kata boleh dia ambilkan. Saya kata tak payah. Bagi je anjing tu gigit sampai hancur pon takpe. Tak kuasa nak samak2. Kalau dah samak pon semak mata tgk kesan gigitan kat selipar tu.

Monday, December 19, 2011

Monday Blues...

Blog sunyi dari hari Jumaat lepas.
Hari ini dah bekerja balik so boleh le on9.

Adik dah selamat jadi suami orang.
Alhamdulillah...

Nanti free baru buat entry pasal wedding.
Skang nak sambung keje dulu.
Cepat le panas enjin nye..
MALAS!!

Daaa...

Wednesday, December 14, 2011

Telur..Telur..


Pagi tadi bangun jam 2.30pagi. Buat apa lagi kalau bukan baking kek. Itu le home baker macam saya ni. Selalu bangun pepagi or tak tidur malam tandanya rezeki murah. Alhamdulillah..

2.30-7.30pagi dapat buat 4 biji kek je. Tu termasuk sessi kemas mengemas cuci mencuci sekali ler.
4 biji kek tadi guna 20biji telur. huhuhu...Balik kerja kang kena beli 2 papan telur lagi.

Macam ni le keadaan nye home baker yg buat macaron/kek lapis. Lagi le beribu2 lemon jumlah telur yg dorang handle. Saya ni nak separate egg whites & eggs yolk pon dok terkial-kial. Takpe2 practice makes perfect.

Cakap pasal telur saya tak berapa gemar beli telur di Pasaraya mcm TESCO atau seangkatannya. Sebab MIL kata kadang2 telur tak bape elok. Jadi saya dah terpengaruh dengan kata2 MIL. Kalau setakat nak beli 10biji tu takde hal kot beli kt TESCO. Tapi family kami jenis kuat makan telur. Selalu beli telur main ikut papan je. hahaha..

Normally kami beli telur kat kedai runcit femes amos kat Bt. Gajah ni. Kedai Se Ku Pang. huhuhu..Sebab boleh nampak lori telur dalam seminggu beberapa kali datang hantar stok. Maksudnya telur di situ jarang2 sekali jual telur2 lama.

Sekarang dah jam 10am. Mata agak sudah berat. Hhmm...minta2 bleh tahan sampai kol 5ptg karang.

Tuesday, December 6, 2011

Ketinggalan betul lah...

Yes, saya mengaku saya amat ketinggalan. Lebih dari 'ketinggalan keretapi' maybe tahap 'ketinggalan bullet train'. T___T

Semalam FB chat dengan member sekolah lama. Sekolah saya dari Form 1 sampai awal tahun Form 4. Sek. Men. Keb. Gunung Rapat, Ipoh (SMGR). Sekolah situ sampai form 4 sebab pastu pindah sekolah MRSMBP.

Berkat ada FB ni saya contact2 balik kawan2 di SMGR dulu. Kalau tak jangan harap le, jumpe pon jarang. Cane nak merapatkan silaturrahim balik kan.

Berbalik cerita 'ketinggalan' tu. Member saya ni buka cerita jumpe 1 senior ni. Senior ni kerja dgn sorang super senior. Super senior ni siap beli rumah 5.5juta tu. Siap renovate sume jual dalam 7.4 juta. Lebih kurang mcm tu. Waahh...kaya gile. Mesti berjaya kan.

Member tu kata mmg le berjaya. Tutti Fruti tu dia yg punya. HAH?? ternganga aku. Siapakah gerangan si super senior itu?? Tutti Fruti tu kan under NAZA Group. (Saya pon baru tahu..hahaha). Dan 'Abg Amy' yg direfer oleh member saya tu menantu keluarga NAZA tu. Tetiba rasa bangga ada super senior yg berjaya macam tu kan. Dan2 tu saya google cerita pasal dia. Google gambar dia. Sebab nak recall dia yg mana satu.



Tapi hampeh...saya tak ingat langsung. Ish..Ish...kena buka Majalah sekolah kot baru bleh ingat. hahahaha... Anyway nama super senior tu Izham Hakimi Hamdi. Bertuah badan kan...

Tak cukup dengan cerita Tutti Fruti tu yg buat saya rasa ketinggalan. Member ni tanya saya lagi..Ko tak ingat ke si Safee Sali tu?? Bila dia tanya mcm tu dah boleh agak mesti si Safee Sali ni Ex-SMGR gak. Sumpah saya langsung tak tau. hahahaha..So assume dia junior sangat. Tak sempat saya kenal. Tapi rupenye dia Form 1 saya Form 3. Tapi bila nak recall Safee Sali time sekolah dulu, hampeh mmg tak ingat langsung. Tetiba rasa nape tak amik si Safee Sali tu jadi adik angkat dulu...hahahaha....



Apa le kena kau ni Apash. Ada masalah ingatan ke??
T___T

Friday, December 2, 2011

TESCO terkecil

Baru-baru ni TESCO Sri Iskandar baru dibuka. Dari mula buka mmg berhajat nak pergi. Tapi konpem orang ramai gila. So, fikir nanti2 le pergi.

Then kawan ofis yang tinggal di Sri Iskandar kata kecil je TESCO nya. Dalam erti kata lain tidak best sangat lah. Even tak best saya nak pergi juga sendiri. Lunch hour semalam saya angkut Qaseh pergi sana.



Yup memang kecil saje TESCO nya. Parking area pon kecil dan comel gitu. Padan le dengan saiz TESCO nya. Bagi saya, TESCO Sri Iskandar ni adalah TESCO TERKECIL pernah saya pergi. Ceh cakap macam banyak benor TESCO yg saya pernah pergi kan.

Kejap...hhmm...mari list down Tesco yg pernah saya pergi:

  1. TESCO Station 18 (4-5kali sebulan mesti pergi)
  2. TESCO XTRA (Tasek)
  3. TESCO dekat dgn JUSCO Ipoh
  4. TESCO Mergong Kedah
  5. TESCO Kajang

Ceh...5 je rupenyer. hahaha...Tesco Sri Iskandar ni yg ke-6. Even Tesco Kampar pon tak pernah gi. Jauh pula kalau nak ke Kampar kan.

Jarak Tesco Sri Iskandar dari Batu Gajah dalam 15-20min. Ikut jalan highway Ipoh Lumut. Lancar je drive 90km/h. Lebih kurang je jaraknya kalau dari Batu Gajah nak ke TESCO Station 18.



Kat dalam TESCO tu takde outlet best pon. Yang ada:

  1. King's Bakery
  2. Food Court
  3. Ocean Playland
  4. Kopitiam
  5. Kedai jual2 baju kurung, tudung.
  6. Kedai kasut
  7. Kedai handbag
  8. Vida Beauty
  9. Kedai cermin mata
  10. and few others outlet.

Facilities yg ada standard la, Toilet, surau, ATM , baby room & breastfeeding area.



Kesimpulannya, bagus ada TESCO di Sri Iskandar sebab kawasan tu tengah membangun. Ada UTP & UiTM. Senang skit student nak beli barang tak perlu gi jauh2. Orang2 Bota/Parit pon tak jauh nak shopping situ.

Bayangkan kalau time kami study kt UTP dulu ada macam sekarang ni. BEST GILE. Duit pon cepat abih, KONPEM!! Secret Recipe pon dah ada kat situ. Tak perlu sampai ke JUSCO untuk beli 1 slice of cake. hhmmm...

OK..adik2 junior di UTP korang patut bersyukur ye. Takde le rasa study kat pekan kecik macam kami dulu.

Friday, November 25, 2011

ANGRY APASH

Haaa..jangan nak buat lawak..
hari ni takde Angry Bird ye..
Hari ni ANGRY APASH je ada.
Luahan rasa moga2 boleh cool down skit..

Pagi2 aku dah notice mood kau le laut..
Konpem sebab kes sehari sebelum tu..
Ok..fine salah aku. Aku admit.
Salah aku buat kau terasa.

Kat ofis aku busy sebab ada audit.
Tapi dalam busy tu otak dok ligat fikir..
Apa aku nak buat untuk pujuk kau.
Something yg lebih dari I'm Sorry...

Ting!!..Idea sudah mari..
Dalam hati kata konpem kau suka
Konpem mood kau akan OK..
Kau akan maafkan aku.

Zass, pergi kedai time lunch hour.
Yes, aku mahu belikan kau hadiah.
Siap dengan wrapping paper + kad aku beli.
Lepas beli fikir camne aku nak balut hadiah tanpa kau tau.

Motif beli hadiah???
Sape tak suka hadiah beb??
Sebab aku jarang dapat hadiah,
So kalau dapat konpem aku suka..

Last2 aku balut hadiah dalam kereta je..
Tulis kad dengan ayat2 pujuk & minta maaf..
Dgn harapan Kau akan maafkan aku..
Dan keadaan akan seperti biasa.

Hajat hati nak buat surprise..
Letak kat tempat ko akan nampak..
Baca Kad I'm Sorry tu..
Bukak hadiah, then kau seronok..

TAPI,
Aku tgk mood kau macam tu gak.
Dalam hati aku terfikir, tak nampak ke hadiah kat situ.
Aku pergi balik tempat tu..
Tgk..tak terusik pon.

Then, aku tanya direct kat kau..
Nampak ke?? ke saje tak nak unwrapped hadiah tu lagi..
Kau jawab nampak..then buat bo-layan..
Nak tak nak je cakap. Butir cakap pon aku tak tau

Aku tanya elok2...
I made an effort to make things OK..
Itu yg kau balas....
Itu yg aku dapat..

Tak sudi terima hadiah aku
Fine...
Tak HARGAI apa yg aku cuba buat
Fine..

Kau tak nak..aku amik balik..
Apa susah...
Aku koyak kad dan wrapper..
aku buang dalam tong sampah..

Hadiah tu aku tak buang..
Bodoh le aku buang..
Dah beli..tak baik membazir..
Simpan saje..No hal punye..

Sebab rasa tak dihargai..
Hati aku terkilan..
Hati aku menangis..
Tambah2 lagi ko layan aku macam tu..

Hati mula rasa sakit...
Bila sakit aku pula rasa marah...
So, tu pasal hari ni aku jadi ANGRY APASH.

Habis cerita.