Thursday, March 15, 2012

Hati Mama yg terguris

Balik kerja petang semalam, MIL cerita. MIL bancuh kopi dan menjadi kebiasaan kakak piyah akan tumpang sekaki cicah biskut kering. Kebetulan malam sebelum tu biskut habis. Yang makan last adalah mama.

Bila Piyah dok minta2 biskut kat Opah, pon cakap la yg biskut dah abih. Semalam kan Piyah makan dengan Mama. Dengan perasaan marah sebab tak dapat biskut,

Piyah sebut " MAMA ODOH" (read: BODOH)

Bila dengar MIL cerita, sedih gile. Terguris hati mama tau. Walaupon, Piyah masih kecil tak tahu yg mana betul & salah. Tapi dia tau dalam situasi yg mana menggunakan perkataan itu.

Lagi sekali, malam tadi saya ajak en.hubby ke Ipoh untuk jumpe kawan sebentar. Ada hal yg perlu diuruskan. Jumpe di gerai makan saje. Sebabkan sekejap saje, saya hanya turun kereta seorang. Piyah mahu ikut tapi Papa kata tak payah.

Setel urusan masuk kereta, Papa bgtau Piyah sebut lagi "MAMA ODOH". Marahkan Mama sebab tak bawa dia sekali.

Bergenang air mata mama masa tu. Baru hal mcm ini hati dah terguris. Bayangkan situasi Ibubapa yang anak2 suka melawan, tidak hormat org tua dan jenis abaikan ibubapa yg sudah tua. Haii..tak dapat bayangkan.

Moga2 itu sekadar 1 phase yg mana Piyah belajar secara tak langsung dari apa yg dia dengar. Pengaruh tv ada juga. Ataupon dia terdengar apa yg kita2 (org dewasa) selalu sebut. Jadi saya berharap kita2 yg dewasa ni selalu berjaga2 dalam penggunaan bahasa2 yg kurang baik di hadapan kanak-kanak. Kalau tidak, begini le jadinya.

4 comments:

Nida Mohd said...

Budak-budak cepat belajar dari apa yang dia dengar dan lihat. Anak saya pun macam tu, kadang-kadang tu sedih sebab kat rmh ni (adik2 ipar ) pelbagai peringkat umur ada tapi entahlah lah, kadang-kadang tu siap ajar lagi anak sy cakap bahasa yang kurang sopan..nak marah pun ye lah sebab dah pernah tegur pasal tu sebelum ni..sabor je lah..

CuppyCakeMommy said...

apash..kena tegur tau piyah sebut perkataan tu.Bagitau dia perkataau tu tak baik.Orang jahat je guna.pujuk dia baik2..ckp piyah pretty girl tak cakap macam tu..diorang akan byk dpt word bukan2 from luar..kita takleh nak elak..but kita leh bagitau dia yang mana baik and tidak

CuppyCakeMommy said...

apash..kena tegur tau piyah sebut perkataan tu.Bagitau dia perkataau tu tak baik.Orang jahat je guna.pujuk dia baik2..ckp piyah pretty girl tak cakap macam tu..diorang akan byk dpt word bukan2 from luar..kita takleh nak elak..but kita leh bagitau dia yang mana baik and tidak

Mrs. Amie said...

ha yes agree with siti..they are faster learner..qaira pun asyik ckp aku... tapi i ckp nyanyi je boleh aku... cakap tak boleh aku... cakap mesti I...hahaa..so far dia paham.