Thursday, January 5, 2012

Dia muncul kembali

Hasrat untuk tidak jumpe dia sampai Hannah berumur 2 tahun terkubur pagi tadi. Bangun untuk mandi pagi tadi..dia muncul kembali. huhuhuhu....

Ada beberapa petanda yg diberikan oleh badan saya tentang kemunculannya. Tuan punya badan je selalunya akan perasan. Bermula bulan lepas bila saya discover some discharge. Dah agak lama tak ada. Selalunya kalau ada discharge tu adalah waktu pengovulan (ovulation) saya.

Selain tu saya rasa mual2 dan muntah. Terdetik juga "Pregnant ke aku ni??" Pergi klinik untuk MC tak larat nak gi kerja. Doktor pon suspect the same thing. Untuk clearkan semua doubt dalam hati saya terus nak test. Result NEGATIVE. So, mind dah clear hati senang.

Dua hari lepas, saya beli pampers anak dapat free Pad Libresse. Seisi rumah tak pakai brand ni. Baru bercadang nak bg SIL je. Tapi lupe nak bagi simpan dalam bilik je. So, pagi tadi itu le yg dicapai dulu sebab mmg takde simpan stock pad. Yela dah lama kan tak pakai dari mengandungkan Hannah tahun 2010.

So, bila dia dah muncul kembali, berakhirnya "Family planning" secara semulajadi. Sekarang mesti mula "Family planning" kaedah sendiri. Kaedah tengok calendar ye puan2. NO PILLS, NO INJECTION what so ever. Yup memang berisiko le. Tapi itu pilihan kami berdua. Sebab bagi kami kalau dah rezeki ambil lah apa2 precaution pon kalau Allah dah nak bagi, ada juga. Allah ada perancangan untuk kami sekeluarga.

Cuma berdoa sebelum saya pregnant lagi, moga2 luka cesarean dulu dah baik. So, takkan mendatangkan apa2 masalah nanti. Amin....

Untuk makluman semua, tiada lagi perancangan menambah bil keluarga. Bagi masa Qaseh & Hannah bermanja2 dengan Mama & Papa dulu. huhuhu...Seperti masa menerima berita saya mengandungkan Hannah dulu, even bukan dalam perancangan tetapi kehadirannya tetap menggembirakan kami semua.

Bila terbaca or terdengar kisah di mana Ibu seperti tidak suka bila hamil samada belum bersedia, ataupon rasa dah cukup dengan anak yg ada sekarang, saya rasa marah pon ada. Sangat kasihan dengan bayi yg dikandung itu. Belum apa2 sudah tidak diterima. Pasangan yang lain yg mahu anak tetapi belum ada rezeki, tapi Ibu ni diberi rezeki/harta yg tak ternilai dari Allah ditolak mentah2. hhmmm...

Jika special case di mana akan membahayakan nyawa ibu itu kita paham la. Ada medical reason yg kukuh. Macam Kak Di "Green Apple" yg baru2 ni membuat keputusan utk buat DnC sebab kalau dia mengandung lagi pelbagai risiko utk dia dan bayi yg dikandungnya. Anyway, Kak Di semoga cepat sembuh ye.

2 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

berdebar2 bac...ingatkan pregnant..kalo pregnant pun alhamdulillah..rezeki allah kan..


hannah dah nak setahun kan? ok la tu lambat jugak dtg period...

nita sampai skg tak period lagi..Qaseh dah 18 bulan..so dah tak period dekat2 18+9(preggy) = 27 bulan...


mase qaseh dulu, mmg precaution sendiri je..mmg tak dijangka..alhamdulillah abg2 1thn 8 bulan , nita preggy Qaseh..


skg nita mkn pil noriday...buat mase skg takde lg rancang nak tambah ahli keluarga, cukup dulu 3 tu...biar besar2 sket, br la nak tambah..lg pun dah 2 kali czer ni...hehe

Puan ApasH said...

Nita:

Bulan lepas saya pon berdebar2 juga. Ye la kita tak period2 lagi so tak boleh nak jangka. Cuma tanda mual & muntah2 je. huhuhu..

Dulu plan bagi Qaseg 2thn baru nak pregnant lagi. Tapi dah rezeki Qaseh baru setahun 2bulan dah preggy. Sebulan before Qaseh hits 2yo dah jadi kakak.

Itu le kita just boleh merancang..Allah yg menentukannya..


Saya pon dah 2x czer ni. Itu Doktor suruh gap at least 3thn..huhuhu