Saturday, December 3, 2011

Qaseh @ 32months



Hari ini anak Mama dah 2tahun 8bulan. 4bulan lagi dah 3tahun. Sekejap betul masa berlalu. Mama pon dah makin tua..huhuhuhu..

Qaseh seorang budak yang cerdik. Tapi mama tak ambil peluang tu untuk 'home school' Qaseh betul2. Mana yang sempat je Mama ajar. Buku berlambak dah mama beli. Tapi tak ajar betul2.
Tak boleh jadi ni. Azam Mama tahun 2012 nak luangkan masa tiap2 hari at least 1hour spend time dgn Qaseh to learn something. Adik pon boleh join. ^__^

Setakat ni minat Qaseh adalah terhadap menyanyi. Current favorite song is "Rasa Sayang"

Rasa sayang hei,
rasa sayang sayang hei
hei lihat nona jauh
rasa sayang sayang hei

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.

The whole song dia boleh nyanyi. Berkat usaha nyanyi sama2 hari2. Nyanyi dengan mama, mak long, pak long, Opah & Pah Nah.





Selain tu antara lagu2 yang baru belajar, Anak itik tokwi, ikan kekek boleh la nyanyi skit2.

Nyanyi lagu ABC masih 70%. Alif Ba Ta pon 70%.
Count 1 - 10, Kira 1-10 boleh dah. Anak org lain dah sampai 40. T__T
Takpe lah sampai 10 pon boleh la..
Tapi itu semua hafal je. Belum kenal lagi.

Part menulis & mewarna lagi fail. Tapi pegang pensel takde masalah. Bila kita suruh dia warna/tulis, dia lagi bijak suruh kita yg tulis/warna balik. Mama dah pandai anak oii...awak tu yg kena belajar.

Ok..masuk bab len pula. Qaseh ni pot pet gile. Menurun Mama le tu. Konpem. Layan kan je la. Sometimes dia boleh bercakap dengan ayat2 macam orang dewasa. huhuhuh..Tapi most of the time pelat jer.



Masih Duta TESCO tak berbayar. Kalau tanya nak pergi mana je mesti jawab "TESTO". Malam tadi demand nak pergi 'TESTO Bayu' (read: tesco baru). Merujuk tesco sri iskandar ye puan2.
Tak pasal2 kami all girls pergi tesco malam tadi. Opah, Mak long, Mama, Qaseh & Hannah.



Stop sini dulu..mcm biasa cerita pasal anak ni bukan ada penghujung nya. ^__^

No comments: