Dalam busy menyiapkan order tart & cake raya tu. Sempat juga saya anyam ketupat raya. Vangga uolls..
Takde plan sebenarnya nak buat. 2 tahun dah tak buat. Last buat tahun pertama kami sambut raya as hubby & wifey. Saya yang mmg tak berapa tidur sbb buat kek/tart tu sempat pesan kat MIL tolong belikan daun untuk saya anyam. Sebab bila nak raya kena gi pasar awal2 sebab konpem ramai gile orang. Mmg dah ada jual yg siap tapi tak feel la kalau tak anyam sendiri. Baru rasa nk raya bila anyam sendiri. huhuhu..
Bila MIL balik agak kecewa tengok daun ketupat ye. Alahai kecik je daunnye dah le pendek2. Kalau anyam sah2 le kecik gile ketupatnya. Takde pilihan dah kata MIL. Tu je yg ada. Jadi le kan dari takde langsung. So saya pilih2 le yang agak besar tu utk anyam. Dapat le 35biji.
Jadi la. Sebab family MIL tak biasa makan ketupat ni. Dorang selalu makan nasi impit aka ketupat NONA or ADABI. Lain pula cerita belah family saya yg mmg biasa carik ketupat time raya. Tapi yg tau anyam saya sorang. Kalau saya tak buat..takde la ketupat. Raya kali ni dapat le my mum makan ketupat. Dapat le sorang skit.
Gambar yang diambil oleh Qaseh guna HP Mama
Dari anyam ketupat sampai siap masak saya yg buat. huhuhuhu..skit je masak boleh la. Itupon bila nak angkat periuk berisi air panas minta tolong hubby or hubby SIL buatkan. huhuhu..
Saya tak pasti cara orang lain macam mana. Yang saya tau adalah cara2 yg Abah ajar je la. Cara2 dia:
- Anyam ketupat dan ikat. 1 ikatan 5 sarung ketupat. Senang nak kira dan handle ketupat tu.
- Siap anyam rendam dalam air supaya daun tak layu & lebam. Kire sekali dengan basuh sarung ketupat tu le.
- Beras dibasuh dan ditoskan air nya. Biar seketika bagi dia kering skit supaya senang nak isi dalam sarung.
- Beras diisi separuh sahaja ke dalam sarung.
- Masukkan sedikit garam dalam air rebusan.
- Rebus ketupat selama 4jam. Pastikan semua ketupat ditutupi air.
- Check level air setiap sejam. Jika kurang tambah air.
- Selepas 2jam air rebusan mesti ditukar. Tips dari abah supaya sarung ketupat cantik selepas siap masak dan warna ketupat kekal putih.
- Sebelum direbus semula ikat balik ketupat yg ikatan nya telah terbuka.
- Siap masak basuh ketupat dalam air sebentar kemudian digantung supaya air dapat ditoskan.
Sekian. itulah cara2 yg diajar oleh Abah saya. Seawal 12tahun saya dah handle bab2 ketupat ni. Sebab senang abah tumpu pada lemang je. Dulu2 my bro akan ikut abah buat lemang. Kami yg pompuan2 ni jaga ketupat kat umah. Dalam adik beradik saya sorang je tau anyam ketupat. Yang lain tak kuasa nak belajar. hahaha..Tapi saya tau anyam ketupat sate je. Bentuk lain tak tau.
Cakap pasal ketupat raya ni saya ajar Qaseh kenal ketupat. Mula nya dari majalah, surat khabar dan TV. Bila saya tgh anyam ketupat tu tanya dia, dengan pantas dia jawab ketupat. Pandai anak mama. Sampaikan pergi shopping baju raya nampak ketupat kat shopping complex, tak diam mulutnye tunjuk ketupat kat Mama. huhuhu
Selain ketupat, Mama ajar juga salam dua belah tangan sambil sebut "Selamat Hari Raya". Cepat je dia tangkap. Tapi Qaseh ada sebulan je tau. Masuk bulan depan dah tak boleh buat gitu dah. Salam je boleh. Sebelum ni bila suruh amin (read:salam) dia akan salam cium tangan sebelah je..
1 comment:
huda x pandai anyam :) hubby pandai :)
Post a Comment