Friday, September 30, 2011

Panggilan Haji

*Gambar google saje*

Pada musim haji kali ini, MIL adalah salah seorang yang berpeluang mengerjakan ibadah haji. Terpancar keterujaan di wajah MIL. Sekarang ni menghitung hari sajalah. MIL akan membuat pendaftaran di Kelana Jaya pada 06 Oktober dan penerbangan dijadualkan pada 1.30pagi 07 Oktober.

MIL pergi bersama dengan ibu, adik & adik iparnya. Kalau arwah FIL ada dan dapat pergi bersama MIL mesti lagi best kot. Tetapi sudah tertulis hidup mati di tangan Allah. Walaupon FIL dah meninggalkan buah hati kesayangan nya, tapi dengan tinggalan pencen & SOCSO FIL, dapatlah MIL mengerjakan Haji tahun ini dan insyaAllah buat upah haji untuk FIL.

MIL gigih mengumpul duit selama 2-3 tahun. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat utk menunaikan haji tahun ini. MIL ambil pakej haji melalui Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.

Bila lihat keterujaan MIL, saya & en.hubby pon memasang niat dan berharap suatu hari nanti kami pon mampu untuk mengerjakan haji bersama-sama. Kalau ada rezeki harap dapat pergi semasa masih sehat dan bertenaga. Dan mungkin masa anak2 dah boleh berdikari kan. Takde le pergi dengan hati yang dok risaukan keadaan anak2.

Atas tujuan menghantar MIL ke Kelana Jaya nanti saya kena ambil cuti of course 6hb & 7hb. Khamis dan Jumaat. Sabtu sepatutnya kerja 1/2 hari. Tapi org lain (en.hubby, SIL & hubby) sume cuti sabtu. So fikir2, pasal saya seorang yg kerja, kami kena rush balik. So, saya pon ambik le cuti 3 hari. Boss mesti bising cuti lama2 tu.

Sepanjang pemergian MIL, anak2 saya akan dijaga oleh my mum. Actually my mum tu takde le kuat sangat nak jaga dorang. Tapi kata my mum dah cucu sendiri kuatkan diri juga jaga. Yela anak2 saya tak biasa dijaga oleh orang lain. Lagilah nak hantar sebulan lebih je. Ada ke yg nak jaga kejap2 gitu kalau bukan sedara-mara dan ada pertalian darah kan.

Kisah my mum nak jaga anak2 saya nanti saya story lagi...

2 comments:

zeta said...

Alhamdulillah..
Harap2 kita semua nnt ada rezeki nak menunaikan haji..Insyaallah.. :)

Leya said...

alhamdulillah..
nenek sanggup buat apa saja kan utk cucunya.. tetiba emo je hehe

salam kenal.. sblm ni jd SR je