Tuesday, January 25, 2011

Gembira kerana dapat membantu



Haritu saya ada buat satu entry pasal Pusat Perubatan Ar-Ridzuan kan. Atas dasar "sharing is caring". Untuk berkongsi maklumat kepada yang mencari. Untuk melihat entry tersebut boleh click:
http://cherishlovetogether.blogspot.com/2010/12/pusat-perubatan-ar-ridzuan-perak.html

Untuk Minggu ni punya stats, ramai juga yg carik Ar-Ridzuan ni. Terima kasih kerana sudi jenguk blog saya yg tak seberapa ni. Harap2 dengan maklumat yang saya kongsi tu dapat membantu anda. Kalau tak banyak skit pon jadi la kan.





Untuk makluman anda semua sehingga hari ini Pusat Perubatan Ar-Ridzuan masih beroperasi di bangunan lama. Tidak pasti bila akan mula beroperasi di bangunan baru tersebut. Bulan depan saya ada check up di sana. Boleh saya dapatkan kepastian dari pihak Ar-Ridzuan.

Moga2 mereka sempat berpindah sebelum bulan 3 ni. Insyaallah merasa bersalin di bangunan baru. Tapi, kita hanya merancang..Tuhan yg menentukan. Silap2 saya bersalin kt hospital Ipoh je. Yang penting semuanya selamat kan.

1 comment:

isabelle said...

xpe.kalo ada rezeki, insyaAllah dpt buat mcm yg dirancang