Wednesday, January 26, 2011

The longest Queue

Lepas solat maghrib kami anak beranak terus menuju ke TESCO Station 18. Itu mmg rutin hujung bulan. Agenda utama untuk beli stok susu Enfagrow Qaseh dan tak lupa juga Drypers. Tapi sebabkan last month dah borong 4 peket time ada diskaun, so bulan ni tak perlu beli Drypers.

Sampai2 punya le ramai orang. Padahal hari selasa. Maybe sebab orang baru dapat gaji. So tu pasal ramai orang shopping. Nak memilih barang pon agak susah sbb crowded. Dengan trolley lagi. Mmg sesak la..

Pilih2 barang pon jadi lama. Dalam jam 9.45mlm baru setel ambil barang2 yang perlu. Pergi la ke cashier nak bayar. Mak aaii panjangnya Q...Kol bape baru dapat nk bayar ntah. Patutla TESCO buat extended business hour sampai kol 1am.

Tunggu lama dah satu hal. Kaki gua yang dah lenguh ni..alahai..kalau setakat beli 1-2 barang mmg cancel beli la. Tak kuasa nak Q punyalah panjang. Nasib baik Qaseh good mood je. Takde meragam ke apa. Cuma nampak le dia cam penat skit. Ye la siang tadi dah gi shopping dengan Opah. Malam ngn Mama pula kan.




Itu perangai Qaseh. Bukan nak duduk kat seat yang ada. Nak berdiri di depan. Selalunya dia akan berdiri di depan bila dah setel bayar time nak balik dah. Kali ni dari awal buat pe'el nk diri depan. Ikutkan je la sebelum dia melalak. Sebab dah lama sangat kat TESCO tu Qaseh pon minta susu. Dahaga gamaknya..

Dekat 40min juga Q baru sampai turn kitaorang. Pastu ada incident buat en.hubby panas hati. Ada family chinese kat depan kami tengah nak bayar. Then dorang sibuk2 tengok kebelakang cam carik orang. Then ada sorang cina kat belakang bgtau en.hubby akan ada orang datang tumpang bayar. Yela mesti le dia paham ckp family chinese yg kat depan tu kan. Dah sama2 Chinese.


Family yang tiada kesedaran sivik
(Budak berbaju hitam dan lelaki berbaju belang)




Tup2 mmg ada 1 couple dalam 40an menyelit dan mcm nk tumpang bayar. Kalau bayar sekali logic le juga kan. Ni bayar lain2 nampak sangat le potong Q.

Lepas couple tu setel bayar en.hubby sound la..Couple tu kata dorang datang sekali la. bla..bla..cuak dah muka. Dah berumur tapi xde kesedaran sivik langsung.

Setel kami bayar pon dah kol 10.45pm. Terus le balik. Kedai2 len pon dh nak tutup. Sampai kat kereta kami nampak family chinese yang tadi. Kata datang sekali konon. Naik keta pon lain2..jalan pon lain2..Cet!!

Satu lagi hal pihak TESCO pon sila lah buka kaunter lebih skit. Ada kaunter 30biji..yg bukak plg banyak 20 kaunter je. kalau tak ramai orang kita paham la..hhmmm...

5 comments:

CuppyCakeMommy said...

kalau hubby..mesti dah lama ajak balik..tinggak je barang2 kat trolley tu..cnfirm dia xkan mau tunggu sampai 40min punya..hebat hebat u ni..heheheh..
comelnya qaseh minum shushu

Puan ApasH said...

Mommy Mia:

Terpaksa beb. Susu Qaseh dah nak abih. by friday dah nak ke KL. Xde masa nk repeat shopping.

Mama Zharfan said...

ish, me dgr pun tumpang hangin kalau bab2 potong queue ni ...

comel jer qaseh dok dlm trolley tu :)

nak mintak tlg vote kalau sudi. tq in advance yer
tlg vote utk MZ!

+ e.z + said...

eb mls gi tezco 18 tuh dh... lps staff dier x tau jaga bahasa... pangkah

iNtAn aIzaN said...

Erm, selalu jugak terkena mcm nie
:(

tension btul kan
mmg takde kesedaran sivik betul

mmg ptt pun sound jer org2 mcm nie