Tuesday, January 18, 2011

Kekanda Adinda


Bila umur semakin meningkat pemikiran semakin matang. Bila umur semakin meningkat pengalaman asam garam kehidupan bertambah.

Kalau dahulu bila hati merajuk mahupun terusik terang-terang kita tunjuk. Mengharapkan diri ini difahami dan dipujuk. Tetapi kalau sekarang, rajuk hati hanya dipendam dalam-dalam dan dibawa tidur. Moga2 keesokan harinya rajuk hati tiada lagi. Jika masih berbaki rajuk itu, buat2 tak tahu dan dibuang jauh2.

Jika dulu rajuk hati tidak dipujuk berlarutan kepada pertengkaran mahupon sessi tarik muka masam tapi kini lebih kepada "Takpe la" pujuk hati sendiri tanpa mengharapkan apa2.

Jika dahulu pon jarang dipujuk lagi2 lah sekarang. Akhirnya masing2 buat silent treatment. Paling lama sehari selepas tu buat seperti sedia kala.

Dahulu bila hati menangis berharap mendapat perhatian dan simpati tetapi kini bila hati menangis bantal yang menjadi teman setia sehingga tertidur.

Bila jiwa semakin matang kita lebih cenderung untuk tidak memperbesarkan isu. Lebih sedar tolak ansur itu adalah penting dalam sesuatu perhubungan.

Komunikasi yang baik juga perlu. Tetapi jika masa yang ada tidak digunakan untuk berkomunikasi kita akan terasa semakin lama semakin jauh. Kadang2 terasa seperti hidup berasingan.




Selit lagu Kekanda Adinda plak. Saya dari mula2 keluar cerita 8bulan tu terus ske lagu ni. Catchy dan sweet je.

Ok selesai sudah sessi luahan hati. =P

4 comments:

Unknown said...

comel sangat lagu ni :) i likeeeee!

mama salmi said...

mie pun suke lagu tu suke suke suke...hehe...apa pun, pengalaman mendewasakan...tul x?

Puan ApasH said...

Huda:

Yes..mmg cute & sweet. Tu sebab akak ske dan ada skit2 mcm kami laki bini. =)

Puan ApasH said...

Salmi:

Saya setuju!!