Friday, June 17, 2011

Perkembangan Hannah @ 3bulan


Kami masih menanti saat2 Hannah meniarap. Percubaan nak meniarap tu ada la. Asyik mengiring je. Even Hannah ni jenis baby tak banyak 'bunyik'..tapi kuat suara nya time cuba nak meniarap tu. Macam tgh marah + nangis je sebab tak dapat juga meniarap. Kalau kita letak dia dalam position meniarap leher dia dah kuat dah. Tegak je kepala nya.


Qaseh dulu seawal genap 3bulan dia dah start meniarap. Itulah lain anak lain perkembangan nya. Tapi Hannah ni jarang dapat peluang bergolek2 atas tilam. So opportunity untuk 'practice' nak meniarap tu kurang. Hannah banyak spend time atas bouncer je. Semua nya atas sebab risaukan keselamatan Hannah. Melindungi Hannah dari kak long yg hype & ganas tu. Silap haribulan dia main langgar je Hannah ngn tricyle x pon keta merah dia tu. Almaklumlah rumah kecik. Tang situ le kita melepak/merehatkan badab..di situ le juga tempat Qaseh main.


Hannah pon macam Qaseh dulu suke kembung perut. Padahal saya takde pula makan mende2 yg berangin. Dari lepas bersalin sampai skang tak minum pon teh tau. Selalu makan nasi ngn lauk2 biasa je. Rebung, kangkung, pucuk paku sume tak sentuh.


Pasal kembung perut ni kadang2 buat Hannah susah nak tidur malam. Tapi tetap maintain cool je takde melalak macam Qaseh dulu. Tapi dengan syarat pegang dia. Dukung ke..letak atas riba ke. Senyap le dia. Kalau hari yang perut dia tak kembung, tidur lena sampai ke pagi. Terjaga nak nenen je pon.

Satu hal lagi si Hannah ni ske muak dan muntah. Ibaratkan dia overload sangat menyusu sampai muntah. Tak pon sebab perut kembung, angin tolak susu keluar. Padahal Hannah ni bukan kuat sangat menyusu. Tu pasal Mama setakat pump susu 2x sehari still boleh buat stok. huhuhu.. 10oz sehari pon susah nak habis.

Hannah juga takde hal bila mandi macam Qaseh juga dulu. Siap boleh senyum2 time mandi. Lepas mandi pon rileks je Mama/Opah mengadun dia. Tuam perut, sapu lotion sume boleh buat. Janji jgn time dia lapo sgt2 le. Confirm nk nenen dulu. Kalau Qaseh dulu...hhmmm macam berperang je nak siapkan dia. ..ish..ish..

Panjang lagi kalau ikutkan bila citer pasal anak2 ni. Len kali le plak...

Any tips untuk tangani anak kembung perut dan selalu muntah ni??? Share le..

2 comments:

Unknown said...

oh akak, huda baru nak wat entry pasal kembung dan muntah ni..same goes to lukman, dulu husna pun gitu..kesian kan our baby..

Unknown said...

just nak kongsi. sejak baru blaja jadi mommy ni, saya ambil shaklee set b utk ibu yg menyusu. since that Hannah dah sangat jarang kembung perut. Susu yg saya pam pun pekat so that baby cepat kenyang. -sharing is caring-