Wednesday, June 22, 2011

ChocoPots by Nigella Lawson


Malam tadi saya try buat ChocoPots resepi dari Nigella Lawson. Dapat resepi tu dari youtube. Lama dah jumpa resepi tu tapi semalam berkesempatan nak buat. Sebab baru2 ni saya ada beli remekin. My first 4 remekins. huhuhu

Saya buat 1/2 adunan dari resepi asal. Sebab remekin saya lebih kecil dari remekin yg Nigella guna.

ChocoPots
Source: Nigella Lawson

Bahan-bahan:

3/4 cup dark chocolate
100g butter
3 tbsp tepung gandum
3/4 cup gula
2biji telur

Cara-cara:

  1. Cairkan dark choc & butter secara double boil. Ketepikan untuk disejukkan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung kacau sebati.
  4. Masukkan choc cair ke dalam adunan. Kacau rata.
  5. Tuangkan ke dalam remekin dan bakar selama 20min. Suhu berbeza ikut oven masing2.
  6. Sedap makan masa sedang suam2.


Letak dalam loyang semasa membakar. Senang nak keluarkan dari oven.



Kalau ikutkan Tips dari Nigella, permukaannya akan merekah tanda dah masak. Tapi yg saya buat tu ada yg merekah ada yg tak. Lepas tu dia 'sink'...


My version of ChocoPots yg tak berapa menjadi. huhuhu


Bagi saya resepi Nigella ni agak manis. Geli geleman makan. Next time buat kena kurangkan gula. Lagi satu kalau nak lagi sedap sila guna dark choc yg high quality. Yg saya guna ni ntah brand ape beli kat Wah Seng. So-so je la.





Malam tadi juga ingat nak buat Creamy Cheesy Potatoes. Tengok2 cheddar and parmesan cheese saya sudah expired. Terus Cancel. Padahal kentang dah potong dan gaul dgn garam + lada hitam. Last2 goreng saje. Jadinya kita makan egg & chips macam my mum selalu buat utk kami breakfast dulu2. Saya up skit buat roti bakar. huhuhu..


No comments: