Thursday, November 3, 2011

2 tahun 7 bulan



Hari ni Qaseh genap 2tahun 7bulan.

Alhamdulillah, Qaseh dikurniakan kesihatan yang baik. Demam biasa2 je. Belum pernah berkampung di hospital lagi. Moga2 Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga. Amin..



Qaseh macam budak2 lain yang pasti seronok kalau dapat bermain di Taman Permainan. Dah banyak kali dia ajak ke sana tapi ada je hal nya. Lagi2 petang2 skang ni mesti hujan. Cian anak mama ni. Most of the time habiskan masa kat rumah je pon.





Mama sebenarnya banyak plan untuk Qaseh. Sebab umur dia skang cepat belajar. Ajar je cepat je dia tangkap. Tapi itulah bila ler dapat buat untuk dia. Cuti hari Ahad je menghadkan masa untuk Mama & Papa realisasikan plan2 tu.

Antara plan Mama:

Nak bawak Qaseh naik ETS. Tak perlu pergi jauh2. Naik dari Batu Gajah ke Ipoh je. Mama bawak Qaseh & Hannah naik ETS. Papa standby tunggu kat Railway Station Ipoh. So, sambil2 tu Qaseh boleh belajar pasal train/keretapi kan.

Nak bawak Qaseh gi berkelah kat pantai. Boleh main pasir & main air. Sambil seronok macam2 dia boleh belajar kan.

Selain pantai gi berkelah kat sungai2 ke. Takat Ulu Chepor pon jadi ler. Ni sungai pon tak berapa kenal. Bila dalam kereta lalu kat bridge bawahnya sungai. Qaseh pada mulanya dia sebut "Air banyak"..Slowly Mama ajar..itu sungai. Kang dia kenal sungai mesti color teh tarik je plak. hahaha..

Ok le set 3 plan dulu. Itu pon tak tau le bila dapat buat.



Bila mentioned pasal Taman Permainan teringin nak ke Gathering Kelab Penyusuan SusuIbu Perak di Padang Polo tu. Next gathering 13 Nov ni. Hari Ahad boleh le nak join. Tapi kena pujuk en.hubby le dulu. Sementara mama join group tu boleh Papa bawa Qaseh main2.

Hhmm..jom Papa...

Wednesday, November 2, 2011

Ngantuk Tahap Gaban




Situasi:


Dalam Perjalanan balik dari rumah Pah Nah ke Batu Gajah. Setelah penat teman Cik Along shopping kat TESCO.

Mama tengah drive panggil2 dia tapi diam je takde jawapan. Konpem dah lena.

Tuesday, November 1, 2011

Hannah & Constipation



Si kakak yg snap photo si adik memunggah buku2 kakak. Dia guna HP Cokia Mama



Pada umur belum mencecah 8bulan Hannah dah merasai constipation dia yg pertama. huhuhu..
Saya mmg selalu ambil tahu kisah anak2 saya dah membuang ke belum. Saya akan tanya MIL and now saya akan tanya my mum hari2. Supaya saya tahu dan bleh monitor.

Sebabnya Qaseh selalu susah nak membuang. Kadang2 2-3 hari baru membuang. That's why saya mesti ambil tahu. So same goes to Hannah. Qaseh ada 2-3 kali pergi klinik sebab hal ini. NI kisah Qaseh dulu.

Hannah boleh dapat constipation maybe sebab dia baru start on solid since 6months old dulu. Tapi Hannah ni tak berapa nak makan. 1-2 sudu pastu dia mula menyembur food tu. Ok tu kisah lain le kan.

Last Hannah poo poo was last Friday. So dari Sabtu sampai Isnin dah 3 hari. Mmg perut kembung dan dia cam kuat meragam skit. Dah sapu minyak kt perut & gently massage pon tak jalan.

Pagi tadi belum azan subuh dia dah bangun. Itupon sebab Mama dah bangun dulu. Bila dia jaga then tak dapat nenen mula lah tak nak tidur balik. So Mama ambil Hannah dan bagi meniarap kat carpet sambil Mama lipat baju.


Hannah tengah sedap tidur atas perut muncit Papa



Masa tu le dia rasa nak meneran. Tapi dia merengek2 juga. Saikit gamaknya. Poo poo dah keras skit. Tapi alhamdulillah berjaya juga. Mesti LEGA rasanye perut kan. Mama baru bercadang nak bawak ke klinik hari ni. huhuhuhu..