Friday, December 3, 2010

20 months


Hari ini Qaseh genap 20 bulan @ setahun 8 bulan. Selama itulah Qaseh menjadi penyeri hidup Mama. Mama doakan Qaseh dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.

Tinggal lagi 4 bulan je Qaseh akan melangkah ke alam budak2 2 tahun. hehehe...Time tu insyaallah Mama dalam pantang. Adik Qaseh belum pon keluar Mama dah pasang angan2 buat birthday party sekali dengan kenduri lepas pantang Mama & adik Qaseh. Hahahahaha..jimat belanja. Tinggal sediakan kek, decoration skit2 & goodie bags untuk budak2. Wahhh kuat berangan tol Mama ni. Mama hanya merancang Allah yang menentukannya...

Sempena Mama baru setel transfer kan 1256kpg gambar dari dslr semalam. Mama nak share photo Qaseh yg dicapture oleh EOS 550D since dari Jun sampai November. Bulan December ni belum start tembak gambar lagik. hehehe..tugas diserahkan bulat2 kepada Papa...Mama xde feel nk tgkap gambar..feel nak bake cakes je...Adik Qaseh besar nanti nak jadi chef ke?? hahahaha..



14 months @ June 2010


15 months @ July 2010


16months @ August 2010


17months @ September 2010


18 months @ October 2010


19 months @ November 2010



Bila suruh senyum..senyum sampai tutup mata then tayang gigi..

MAMA & PAPA LOVE YOU SO MUCH!!

Thursday, December 2, 2010

Gambar raya 2010



Dulu time raya puasa kami langsung tak sempat buat sessi photography raya family kami. Ingatkan dah ade DSLR ni tak perlu lah ke studio bayar RM40 dapat gambar hampeh. Click sini untuk tgk gambar raya hampeh kami 2009. Last2 1 keping gambar official raya pon takde untuk 2010 atas sebab2 saya sendiri pon malas nak fikir. huhuhuhu

Alhamdulillah Raya haji baru ni dapat juga tertunai hajat. Kire qada' sekali dgn raya puasa punye gambar. Baju pon sama je. Kalau tak bgtau bukan orang tau raya bile tgkap gambar tu. hehehehe..

Bila dah setting punye baik..Qaseh plak cranky tak tentu pasal. Tak sporting betul le Qaseh ni. Bukan senang tau nak dapat opprtunity Papa hensem pakai baju melayu tu tau.

So ini je la hasil yang dapat...ok lah dari takde langsung.

Gambar yang terbaik tapi tangan Qaseh dalam mulut plak.


Qaseh bleh pandang papa tapi tak mau pandang camera.


Percubaan yang tidak berjaya untuk tgkap gambar ngn Opah.


Sama kes terjadi bila ngn Mama.


Budak kenit yang kuat melalak...

Wednesday, December 1, 2010

Saya sudah Scan...jeng..jeng..sape mahu teka?

::STICKY MODE::

Update:
Ade lagi ke yang nak teka ni?? Buat jadi sticky mode dulu le ye. Tgk esok camne plak ok.

*************

Isnin malam haritu dah pergi scan kat Klinik Ong di Batu Gajah je. Plan asal nak buat detail scan dgn Dr. Mimin di Pantai Putri tapi lepas call dia kata better tunggu 27weeks. So, lepas discuss ngn en.hubby kitaorg just gi scan biasa2 dulu.


So, sempena saya baru cash out duit nuffnang ni..saya ingat nk kongsi sikit ngn semua pembaca blog ni. Tanda terima kasih saya pada anda semua. Takde le banyak sebab yang saya dapat pon bukan banyak mana kan. Tapi apa yang penting?? kerjasama KEIKHLASAN..

So, agak2 sapa nak menang RM20 cash..mari teka apakah hasil scan haritu..



BOY ke GIRL???




Pada yang menjawab dengan betul akan layak untuk masuk cabutan bertuah. Maknanya ada 1 je la pemenang bertuah ye. Cara pilih pemenang..maybe just guna random.org tak pon kita suruh Qaseh je yg cabut undi. Tengok le camne nanti.


Peringatan: Ahli keluarga tak dibenarkan meneka nya. Tak aci la kan. hehehe..

So apa lagi..nak duit free??? Jom teka cepat!!