Saturday, November 3, 2012

Tempat kerja baru

Mungkin dah ada yg tahu saya akan menamatkan perkhidmatan sebagai Sr. Executive QA di kilang barangan konkrit. Ogos lepas genap 5thn sy berkhidmat di situ. Bukan le satu career yg diidamkan. Hanya sekadar berkerja untuk mencari rezeki.

Bila mengandungkan anak ke2 tiba2 datang satu keinginan dan minat untuk baking. Sejumlah RM1K dari bonus yg dpt ketika itu habiskn utk beli peralatan asas dn bahan2 utk mencuba pelbagai resepi yg mudah2.

Itu kisah tahun 2010 sekarang 2012 pon sudah ke penghujungnya. Alhamdulillah biz yg pd mulanya dgn choc moist cupcake sekarang pelbagai jenis kek yg ditawarkan. Dan insyaallah saya tidak akan jemu menuntut ilmu baru dan menajamkan skill2 yg ada.

Untuk memastikan langkah berhenti bekerja ini bukan sia2. Sy mahukan sesuatu yg lbh serius. Mahukan ruang khas utk saya berkerja. Mahukan kedai diluar kemampuan lg. Jadi bila rumah kami siap kena masa saya berhenti satu petanda yg amat baik. 

Bilik diruang bawah akan dijadikan "My bakery Sanctuary". Biarpon kecil sya amat bersyukur. Tidak sabar menunggu bekalan air dah ready. Elektrik sudah dapat. Nanti boleh mula merealisasikan impian saya.

Doakan kejayaan saya ye. Aminnnn..

3 comments:

Sarah said...

Rumah baru ke kak? tahniah :) semoga bisnes tambah maju.. dah lama jd silent reader,first time komen ni. hehe..

Puan ApasH said...

A ah rumah pertama kami. Thanks ye dik. Tak yah le jadi silent reader. jom kenal2 lg..hehehe

Lina said...

all the best ya Apash! and congrats for ur new home.. :)