Hari ini baru 8hb tapi penuh dugaan yang kami satu family telah hadapi. Yang paling mengejutkan dan paling menyedihkan adalah pemergian Ayah angkat en.suami & suami SIL semalam.
Hari Ahad, suami SIL terima panggilan dari anak Ayah angkat bgtau yg 'Ayah Din' sakit. Ptg Ahad tu dorang gi jenguk Ayah Din. Cirit2 & muntah2. Anak nye jumpa dia pengsan dalam bilik air. Tapi Ayah Dina masih boleh bersembang semua la.
Tiba2 pagi semalam dlm kol 10.58am saya terima sms dari kawan yg satu sekolah dgn Ayah Din. Mereka cikgu. Katanya Cikgu Sam (Ayah Din) dah meninggal. Terkejut kelam kabut saya cll en.suami & suami SIL utk konpemkan. Dorang pon tak tahu.
Ayah Din meninggal di Klinik Ali Batu Gajah. Isterinya bawa dia ke Klinik semasa menunggu giliran, Ayah Din tumbang. Tak sempat jumpa doktor pon. Tghari jenazah dibawa pulang. Dan selamat dikebumikan selepas Asar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Khamis lepas saya ada buatkan Tiramisu utk anaknya sbb dah lama anaknya bertanya pada suami samada sy boleh buat Tiramisu tak. Alhamdulillah khamis lepas dapat bg dorang makan2. Arwah masa tu sempat cakap dgn en.suami "Hah.. kek Munir(anaknya) dah buat. Kek Ayah Din bila pula? Ayah Din nak cheese cake"
Itule, tak sempat saya nk buatkan arwah dah pergi. T____T
En. suami amat sedih. Dulu dah merasai ayah sendiri meninggal. Dalam beberapa tahun ni menumpang kasih ayah dengan Ayah Din. Sekali lagi en.suami terpaksa melalui sekali lagi detik perpisahan yg abadi.
1 comment:
Innalillahiwainnailaihirajiuun....Al fatihah moga roh arwah Ayah Din tenang di sana!Yang tinggal harus teruskan kehidupan..tabah lah ya!
Post a Comment