Tuesday, April 3, 2012

Piyah is 3 Today!!







03 April 2009 lahirnya seorang puteri, permata hati pertama Mama & Papa. Pengalaman yg takkan dapat Mama lupa. Sakit untuk melahirkan seorang anak. Lepas 24jam menanggung sakit, Mama redha bukan rezeki Mama untuk lahirkan Piyah secara normal. Pasrah untuk perut ini dibelah. Janji anak Mama selamat. Walaupon selepas kamu selamat Mama dikhabarkan dengan berita kurang baik dimana rahim Mama terkoyak dan tidak boleh melahirkan anak secara normal lagi. Perkara sudah terjadi biarkanlah janji Piyah & Mama sehat dan selamat.


03 April 2010 genaplah Piyah setahun. Alhamdulillah kesihatan kamu sentiasa dipelihara oleh Allah. Hanya demam, selsema & batuk biasa2 saje. Syukur kepadaNya. Birthday Piyah Mama & Papa bawa Piyah jalan2 ke Genting. Potong kek di Awana Genting bersama2 Opah2, makcik2 & Pakcik2.



03 April 2011 Piyah dah 2 tahun. Bukan lagi anak Mama sorang. Piyah dah jadi kakak. Kali ni Mama buat birthday party Piyah sekali dengan majlis doa selamat & akikah adik Hannah. InsyaAllah selagi mampu tiap2 tahun Piyah akan celebrate Birthday dengan adik. ^___^



03 April 2012 - 3 tahun sudah. Piyah is a big girl now. Dah independent. Tak selalu tidur dengan Mama lagi. Piyah selalu tidur dengan Mak Long tak pon Opah. Ikut suka dia. Piyah suka main dengan adik..gaduh pon suka. Piyah paling minat menari & menyanyi, Masih macam dulu, rancangan cartoon bukannya kegemaran dia. Tetapi channel Astro Warna dan program Raja Lawak dan seangkatannya le menjadi pilihan hati. Lagu favorite ketika ini adalah Ombak Rindu dan Lagu2 Najwa Latif.

Birthday Party/Vacation Piyah kali ni dah sambut dengan birthday adik bulan lepas. InsyaAllah hari ni kita potong kek lagi ye. Kek Mama dah bakar. Tak deco je lagi. Kalau tak sempat kita ajak Papa gi Secret Recipe saje. hahaha..Alasan ajak Papa gi Aeon Station 18. hahaha....


Mama & Papa doakan semua yang terbaik untuk Piyah. Mama & Papa akan cuba yang terbaik memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Piyah & adik. Semoga membesar menjadi insan yg berjaya dunia & akhirat. We love you so much darling. 

Jika dulu April 2009 Piyah lahir membawa rezeki kepada kita di mana Mama naik pangkat, kini April 2012 datang bersama rezeki lagi untuk kita sekeluarga. ALHAMDULILLAH SYUKUR. 


p/s: Jangan buat sebarang spekulasi yg Mama pregnant ye. Belum lagi.

No comments: