Tuesday, October 11, 2011

Hantar MIL ke Kelana Jaya



Selepas Asar kami pon mula berkonvoi menghantar MIL, Moyang Qaseh, Adik MIL serta suaminya ke Tabung Haji Kelana Jaya. Kami gerak dari Taman Medan, PJ. Nasib baik tak jauh sangat.



Sampai2 mmg dah penuh gile orang. Pengalaman pertama saya menghantar orang nak gi Haji. Dah jadi macam pesta pon ada. Keliling pagar penuh dengan orang jual2 belon2 kartun & lampu2 tu. Konpem le budak2 nak punyer. Tak pasal2 mak pak keluar duit beli macam2. Dalam perkarangan Kompleks TH pon dah macam funfair je. Penuh dengan belon2.



Sampai je mula le sessi cam whoring. Tapi gambar tuan tanah ada 2-3 kerat je. Penuh dengan gambar kaum kerabat lain. Dan of course penuh dengan gambar MIL le. Qaseh pula dari mula sampai dia dah tidur. Letak dalam stroller. Nasib baik bawak stroller. Bila kakak dah dalam stroller adik kena le dukung.



Bila dah lepas maghrib orang dah makin sibuk. Jemaah2 haji ada briefing sume. Makin dekat dengan saat jemaah haji akan masuk ke dalam. Makin sebak di hati. Saat sume orang mula bersalam gugur le air mata. Sedih giler.



Bukan mendoakan yg tak baik. Tapi pergi tu antara hidup dan mati. Kalaulah dah ajal meninggal di sana. Mungkin dah tak berjumpa lagi. Itu lagi buat kebanyakan orang sedih.


MIL
Opah yg dirindui Qaseh. Mak yg dirindui anak2.


Kami ada kat sana dari sebelum kol 6pm kalau tak silap. Sampai le setel sume dalam kol 10pm lebih. Hannah sekali pon tak meragam. Sampai dia lembik le sebab penat. Terlentok je kat bahu Mama. Mama yg most of the time dukung Hannah pon takde le sampai tahap tak larat kan. Maintain je gitu. Alhamdulillah le Hannah such a good girl sepanjang kat sana. Tapi dengan syarat berdukung le. Letak dalam stroller pon kejap2 time dia tidur. Dah le tidur tu tidur2 ayam je. Kejap sgt..


Setel hal di Kelana Jaya terus kami ke Putrajaya, ke rumah Angah saya. Dengan perut yg berkeroncong tak makan malam lagi kami dijamu mee goreng Udang marvelous. TQ Angah & Abg Najib bagi kami stay sana & buat macam rumah sendiri. Ahhakksss..

Qaseh yg happy sebab dapat paw Mama Pistol Bubbles yg selalu bleh beli dgn harga RM10 tapi kt situ dorang mark up rege jadi RM15.

No comments: