Tuesday, August 9, 2011

Hari Pertama untuk En.hubby

Hari ini en.hubby mula bekerja di tempat baru. Nun jauh di Tasek. Jauh le juga dari Batu Gajah. Sebelum jam 7pg en.hubby dah keluar rumah gerak ke Tasek. Tak mahu terlewat pada hari pertama melaporkan diri. Lagipon tak boleh agak traffic macam mana ke sana. Nasib baik gerak awal kata en.hubby jalan jem. Di mana yang jem kurang pasti. huhuhuhu..

Actually terpancar wajah gembira + excited + cuak pada en.hubby. Cuak katanya sebab tak tahu lagi keadaan di sana macam mana. Cuak nak kena buat kawan baru. Tapi dalam hati dia saya tahu dia gembira dapat kerja baru ini. Itu kerana sudah bertahun dia tidak suka dengan kerja lama tu. Tidak suka pada bahagian management. Tak boleh ulas banyak..kang jadi isu races pula. Kita kan kena semangat 1 Malaysia. ;-)

Apepon kami bersyukur kerana dengan kerja baru, en.hubby pon dapat gaji baru. Lebih la dari di tempat lama. Tapi kalau ditimbang tolak dengan kos minyak untuk berulang alik Batu Gajah- Tasek lebih kurang juga dihujung bulan. Tapi kata en.hubby banyak le sikit potongan EPF tu banding dengan tempat lama. Betul juga kan. Simpanan hari tua tu.

Lagi satu rezeki dari Allah, en.hubby sempat terima duit bonus di tempat kerja lama before berhenti. Lepas le nak baiki kereta pusaka arwah FIL yang digunakan untuk ulang alik kerja. Dan untuk beli baju raya anak2. Alhamdulillah..Biar mak pak takde baju raya tapi untuk anak2 MESTI diusahakan. Duit dah ada kat tangan Mama ni, hhmm tapi bila nak gi belinya. huhuhu..





No comments: